Bagi kebanyakan lelaki, abdomen merupakan bahagian yang dianggap agak kritikal apatah lagi jika semakin bertambah usia perut pun turut meningkat saiz diameternya. Membina six-pack pula tidak dinafikan merupakan bonus besar buat lelaki yang gemar bersenam.
Terdapat pelbagai jenis senaman yang melibatkan abdomen. Namun apakah senaman yang paling baik dan memberikan kesan berimpak tinggi terhadap abdomen?
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
Ads
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
Ads
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
Ads
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mudah nak kurus dan bakar kalori degil jika ia sudah lama bertapak dalam badan. Kalau tidak melakukan senaman, bimbang kalori ini boleh mengganggu kesihatan tubuh, sekali gus mendatangkan pelbagai penyakit. Namun apabila disuruh untuk bersenam ke gim, terasa malas!
Jangan bimbang! Jika anda kategori lelaki yang malas nak ke gim, 12 cara paling mudah ini boleh anda cuba untuk bakar kalori.
Setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung. Oleh itu mulai dari sekarang. Latih diri anda untuk naik dan turun tangga sama ada di pejabat atau di rumah berserta dengan sedikit senaman selama 30 minit. Dengan aktiviti ini, anda telah dapat membakar sebanyak 100 kalori.
Letak kenderaan anda di tempat letak kereta agak jauh agar anda boleh memaksa diri anda untuk banyak berjalan. Berjalanlah di mana sahaja dan pada bila masa yang anda sukai. Dengan berjalan kaki selama 20 minit bersamaan dengan 2000 langkah, anda telah berjaya membakar 100 kalori.
Jika anda makan sedikit tetapi lebih kerap, badan anda akan sentiasa mencernakan makanan, sekali gus menjadi lebih aktif untuk membakar kalori. Makan dengan cara ini lebih menyihatkan jika dibandingkan anda makan banyak satu atau dua kali dalam sehari.
Makan makanan pedas seperti cili juga boleh menghilangkan kalori. Cili mengandung capsaicin yang akan memanaskan badan, mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.
Aktiviti ini merupakan senaman yang baik kerana ia dapat membakar banyak kalori.
Tidak hanya hubungan kelamin, pemanasan (foreplay) juga membakar kalori meskipun dalam jumlah yang lebih sedikit. Orang yang sama seperti di atas akan membakar sebanyak 25 kalori jika melakukan pemanasan selama 15 minit. Ia akan membakar 216 kalori jika melakukan 45 minit pemanasan.
Membakar kalori dengan ketawa mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi ketawa mampu meningkatkan denyut jantung dan mempercepat metabolisme yang mempengaruhi berat badan seseorang.
Kafein merangsang sistem saraf di dalam badan dan membantu untuk memecahkan lemak-lemak kepada bentuk yang paling ringkas. Ia juga membantu dalam pengeluaran hormon adrenaline. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolisme mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein.
Melakukan senaman melompat atau skipping selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.
Cuci rumah, membasuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga. Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
Jika anda berdiri selama 20 minit selang beberapa jam, ia dapat membakar 100 kalori dalma badan. Anda boleh lakukan aktiviti ini sama ada di pejabat (berdiri semasa menjawab panggilan telefon, bercakap dengan rakan sekerja atau ketika melakukan pembentangan kertas kerja). Tidak pun anda lakukan aktiviti ini di rumah.
Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gim.
Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam? Mesti banyak kalori yang sudah terbakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Macam mana bentuk badan nak sasa kalau anda selalu buat kesalahan masa workout? Ingat! Apabila anda melakukan workout dengan teknik yang betul, bukan saja bentuk badan jadi sasa, malah dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan.
Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti memberi pelbagai faedah.
Antaranya meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.
Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu ketika melakukan latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah-langkah yang betul.
Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout kerana anda terlepas pandang. Perhatikan 5 kesalahan ini dan jangan sesekali buat. Kalau tak susahlah bentuk badan nak sasa.
Ramai lelaki yang buat workout tidak mengamalkan teknik yang betul. Ini terjadi apabila mereka melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapatkan ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai.
Malah ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya. Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan.
Oleh itu, melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam. Malah jika anda melakukan teknik yang salah, ia akan mengakibatkan berlakunya kecederaan serta membuang masa dan tenaga.
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Manakala regangan pula dilakukan selepas workout bagi tujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan dan memaksimumkan prestasi workout, selain mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum melakukan workout. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak tersebut akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Bagi anda yang inginkan bentuk badan sasa dan solid, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk.
Ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding lelaki yang hanya melakukan latihan asas dan mengangkat dumbbell sahaja.
Ramai yang komplen workout yang dibuat tak menjadi, padahal cara anda tak bersungguh-sungguh. Untuk menampakkan anda buat workout, anda pulun semua aktiviti di gym. Sudahnya anda sendiri yang keletihan tapi hasilnya tak ada.
Jangan sesekali mengejar kuantiti workout dalam sehari kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. Jika anda mahukan keputusan yang terbaik untuk tubuh anda, anda perlu melakukan workout yang serius. Sebaik sahaja anda mula bersenam dengan tujuan sebenar, anda akan dapati workout anda menjadi lebih mudah dan hasilnya akan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang