Setiap kali ke gim, ada lihat kiri kanan. Semua orang berbadan cantik. Berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih di gim. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama. Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
Program Latihan
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat ( load ) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
Ads
Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang dilakukan.
Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung ( cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
Ads
Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur?. Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak cukup?. Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Ads
Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad dengan banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging di pasar raya yang segar berbanding makan di restoran makanan segera. Ingat, anda ialah apa yang anda makan.
Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan fuel. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda ( beyond your ability) . Sekiranya masih di tampuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama saja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga ( preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan ( repetition) kerana takut untuk berasa penat dan sakit ( burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh badan anda menjadi lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin tidak gusar dengan catatan masa ke 15 terpantas yang diraihnyanya pada seisi kelayakan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Bakal memulakan perlumbaan dipetak ke 15, Adam mencatatkan masa 2 minit 13.847 saat namun pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat Johor ini tekad melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok.
“Saya masih dalam perlumbaan dan hari ini adalah penentu untuk Moto3 ini, jarak dengan pelumba didepan tidaklah jauh sangat, saya yakin masih ada ruang untuk terus ke hadapan.
“Keadaan motosikal juga berada dalam keadaan terbaik jadi tidak mustahil untuk saya memberikan saingan kepada pelumba dihadapan,” katanya yang bersedia untuk perlumbaan penting esok.
Mengulas sasaran dan tekanan yang bakal dirasai beraksi dilaman sendiri, pelumba Petronas Sprinta ini mengakui akan tekanan namun mengambil pendekatan positif dengan menganggap ia motivasi.
“Bagi pelumba, apabila beraksi dilaman sendiri pasti ada tekanan, ia normal. Melihat sokongan padu dari ahli keluarga dan rakan akan menaikkan motivasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik.
“Sudah pasti saya ingin menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik dan doakan kejayaan saya,” ujarnya yang menghargai sokongan peminat Malaysia terhadapnya.
Musim lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Adam gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dengan perlanggaran ketika perlumbaan dipusingan pertama.
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’12.078 saat)
2- Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3 / 2’12.457 saat)
3- John Mcphee (British Talent Team / 2’12.816 saat)
Tahun 2023 membawa bersamaan kilauan wajah-wajah lelaki yang tidak hanya menawan tetapi juga penuh daya tarikan.
Dari dunia seni hingga sukan, berikut adalah senarai 10 lelaki paling menarik dan seksi versi antarabangsa pilihan MASKULIN!
Pelakon kelahiran negara kita, Malaysia yang cukup terkenal, Henry Golding, meneruskan penampilan menariknya dengan penuh pesona. Kehebatan lakonannya dalam filem-filem antarabangsa dan gaya kelasiknya menjadikannya salah satu lelaki paling dicari di tahun ini.
Dengan kemenangan di Anugerah Akademi dan bakat lakonannya yang luar biasa, Riz Ahmed muncul sebagai lelaki yang menarik dan memiliki daya tarikan tersendiri.
Sukan juga memiliki perwakilan dalam senarai ini dengan kehadiran megabintang bola sepak Cristiano Ronaldo. Kejayaannya di padang bola dan gaya hidupnya yang aktif menjadikannya ikon seksi tahun ini.
Bintang pop antarabangsa, Zayn Malik, terus mengekalkan statusnya sebagai lelaki paling seksi dengan gaya rambut dan tatou yang menjadi tanda pengiktirafan peminatnya.
Pelakon veteran, Idris Elba, memikat hati peminat dengan kombinasi keterampilan lakonannya yang hebat dan ketampanannya yang menawan.
Keaktifan Joe Alwyn di dunia lakonan dan hubungannya dengan penyanyi terkenal menjadikannya salah satu lelaki paling menarik di tahun 2023.
Ahli kumpulan BTS, Jin, terus memikat hati peminat dengan senyumannya yang menawan dan bakat menyanyinya yang luar biasa.
Bintang filem India, Mahesh Babu, bukan sahaja menawan dengan kehebatan lakonannya tetapi juga sebagai ikon gaya di dunia perfilman.
Tom Hardy, dengan kehadiran badannya yang maskulin dan bakat lakonannya yang serbaguna, kembali menyertai senarai lelaki paling seksi tahun ini.
Diketahui dengan peranan-peranannya dalam filem-filem remaja popular, Noah Centineo menambah kepelbagaian senarai ini dengan keperibadiannya yang menyeronokkan dan daya tariknya yang remaja.
Dari pelbagai bidang industri, lelaki-lelaki ini muncul sebagai wajah-wajah yang tidak hanya menarik tetapi juga memancarkan daya tarikan yang tidak dapat diabaikan.
Tahun 2023 membuktikan bahawa keunikan dan keberagaman tetap menjadi elemen penting dalam menentukan daya tarik sejati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setelah berminggu-minggu lamanya penonton diheret ke dalam dunia penuh helah, strategi dan realiti yang tidak pernah jelas hitam atau putih, siri drama thriller Honey Trap akhirnya tiba ke penghujung yang dijangka akan menggegarkan segala teori.
Surya Gabriel lakonan Nina KSC, perisik wanita yang bukan sekadar cantik dan berkaliber, tetapi simbol kepada keberanian dan ketahanan emosi.
Dia kini berada dalam misi paling berisiko tinggi yang pernah ditugaskan kepadanya.
Diburu oleh musuh, dipergunakan oleh sistem dan dikhianati dari arah yang tidak disangka, Surya berdiri di persimpangan yang bukan sahaja akan menentukan hidup matinya, tetapi juga hala tuju Masraya.
Di bawah arahan Imran Sheik, pengarah yang sebelum ini mengemudi Kudeta, episod akhir Honey Trap bukan sekadar penamat. Ia adalah letusan segala konflik dan misteri yang disulam rapi sejak episod pertama.
Naskhah yang ditulis bersama Siti Marzuliana Marzuki, Zuli Ismail, Amar Amir, Lemuel Ong dan Syakir ‘Mo’ Zakii ini membuktikan bahawa penulisan skrip di Malaysia mampu berdiri setaraf dengan produksi antarabangsa.
Dibarisi pelakon hebat seperti Nina KSC sebagai teraju utama, bersama Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Amyza Aznan dan penampilan istimewa dari dunia Kudeta, Honey Trap melebihi jangkaan dari segi lakonan dan naratif.
Pertembungan dua organisasi, MSB dan CAKRA kini bukan lagi berlaga dalam sebuah vakum atau ruang rahsia. Ia kini menjadi medan perang terbuka.
MSB, dengan agendanya yang nasionalis dan sistematik. Manakala CAKRA pula dengan ideologinya yang kompleks dan jaringan kuasa yang mencengkam.
Dalam dunia di mana siapa benar dan siapa salah tidak lagi boleh ditentukan oleh logo di dada atau senjata di tangan, penonton dipaksa memilih untuk berpihak yang mana. Walaupun hakikatnya pilihan itu sendiri penuh dengan keraguan.
“Adakah kemenangan itu benar-benar milik yang sebetulnya?”
Inilah persoalan yang akan menghantui penonton sejurus kredit terakhir muncul di skrin. Kerana dalam Honey Trap, tiada siapa yang selamat, tiada siapa yang betulbetul menang. Yang tinggal hanyalah kebenaran yang terlambat dan kesan yang kekal.
Episod akhir Honey Trap akan ditayangkan pada hari Jumaat, jam 9 malam, di Astro One dan sooka.
Saksikan penamat kepada sebuah naskhah yang membuktikan bahawa televisyen tempatan juga mampu menggugah minda dan emosi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
'Good Boys Go To Heaven ', siri thriller psikologi Astro Originals yang sarat emosi, trauma dan penceritaan diterajui hero Malaya popular, Beto Kusyairy.