Senyum seindah suria yang membawa cahaya. Itu lirik lagu yang kita selalu dengar, tapi kalau senyum nampak pula plak gigi yang kekuningan tu kan dah rasa nak muntah.

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Senyuman yang sempurna boleh dianggap sebagai sebuah ciri menarik yang boleh ada pada diri seseorang. Malangnya, terdapat banyak benda yang boleh merosakkan kesihatan gigi seperti merokok, mengambil minuman berkafein dan jarang mendapatkan rawatan doktor gigi.

Sikap yang sering menjadi kebiasaan ini boleh menjadi punca kepada berlakunya plak di celah-celah gigi. Kali ini kami senaraikan beberapa cara yang mudah untuk menjaga kebersihan gigi dan mengurangkan masalah gigi.

1. Soda penaik

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Baking soda boleh digunakan sebagai ‘scrub’ semula jadi dan seringkali digunakan di dalam banyak barang perubatan.

IKLAN

Dari segi pembersihan gigi pula, anda boleh campurkan satu sudu teh soda penaik dan secubit garam. Selepas itu anda boleh tenyehkan berus gigi yang basah pada campuran tersebut dan berus gigi anda seperti biasa.

2. Aloe vera dan gliserin

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Untuk menghasilkan ubat gigi semula jadi yang baik, anda memerlukan:

satu cawan air

1/2 cawan baking soda

1 sudu teh Aloe vera gel

4 sudu teh gliserine tumbuhan

1 sudu pati minyak limau

Anda boleh memberus gigi anda dengan campuran ini dan anda akan dapati gigi anda lebih putih, bersinar dan lebih sihat selepas beberapa minit.

IKLAN

3. Kulit oren

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Selepas anda memakan oren, anda boleh cuba mengosokkan kulit oren pada gigi anda. Ini adalah cara mudah untuk membersihkan enamel gigi anda. Selain itu, ia boleh memutihkan gigi dan melawan dan membantu menghalang kesan bakteria. Setelah selesai menggosok selama beberapa minit, bilas dengan air.

4. Bijirin

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Anda boleh mengambil segenggam bijirin dan mengunyahnya selama beberapa minit dan meludahkannya semula bagi membersihkan gigi yang secara perlahan-lahan. Selepas itu, gunakan berus kering untuk membuang bijirin yang tersekat pada celah gigi. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghapuskan kesan kotor pada gigi.

IKLAN

5. ‘Vitamin tooth mask’

Hancurkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi. Kaedah ini merupakan salah satu cara mudah dan cepat untuk membentuk satu ‘paste mask‘ untuk gigi anda. Kisarkan bersama tomato, strawberi, oren dan letakkan campuran itu pada gigi. Tunggu selama 5-6 minit dan bilas. Kaedah ini boleh membunuh bakteria di dalam mulut dan menyegarkan gigi anda.

6. Larutan cuka

6 Bahan Paling Efektif Untuk Membuang Plak Gigi Dengan Kos Paling Murah

Walaupun cuka mempunyai rasa yang tidak sedap, tetapi ianya adalah satu cara semula jadi yang boleh bertindak dengan paling baik sekali dalam membersihkan gigi anda tanpa merosakkannya.

2 sudu teh cuka

1 sudu teh garam

4 oz water

Campurkan campuran, gosok gigi, bilaskan dan ulangkan untuk beberapa hari untuk kesan yang efektif.

Kami berharap anda boleh mengunakan kaedah ini. Mungkin anda mempunyai cara anda tersendiri? Sila kongsikan di dalam ruang komen!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI