Cuaca panas terik sekarang ni buat ramai mengeluh bila nak masuk kereta lepas parking bawah matahari.

Bahang dia tu, boleh buat peluh mencurah-curah walaupun baru duduk seminit!

Tapi jangan risau, ada beberapa cara mudah dan berkesan untuk kurangkan bahang dalam kereta.

Menariknya, seorang pengguna TikTok @altimatsaujana turut berkongsi tip berguna ini dengan gaya santai tapi penuh informasi.

@altimatsaujana 6 cara untuk hilangkan haba dalam kereta #bengkelkereta #bengkel #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #altimatautogarage #petronasautoexpert #raya2024 ♬ original sound – Altimat Saujana Utama

Guna Windshield Cover & Sunshade

Kalau kereta anda tak ada tinted, windshield cover dan sunshade boleh jadi penyelamat.

Ibarat pelindung matahari untuk kereta, ia halang cahaya terus masuk melalui cermin depan dan tepi, sekaligus kurangkan suhu dalaman.

Bila cahaya matahari terhalang daripada masuk secara terus, suhu dalaman kereta akan jadi jauh lebih rendah.

6 Cara Hilangkan Bahang Dalam Kereta Bila Parking Di Tempat Panas
Foto : Siakap Keli

Tambahan pula, ini juga membantu mengelakkan kerosakan pada bahagian dalaman seperti papan pemuka dan tempat duduk akibat pendedahan UV yang berterusan.

Turunkan Cermin Sikit

Cara mudah tapi ramai tak tahu adalah turunkan cermin tingkap sikit bila parking.

Ads

Ini beri ruang untuk pengudaraan dan elakkan udara panas terperangkap. Tapi, pastikan tempat parking tu selamat ya!

Namun, pastikan kereta diparkir di tempat yang selamat dan terjaga, seperti dalam kawasan berpagar atau tempat awam yang ramai orang.

Elakkan buat di kawasan sunyi bagi mengelakkan risiko kecurian.

6 Cara Hilangkan Bahang Dalam Kereta Bila Parking Di Tempat Panas
Foto : Carlist

“Kipas” Udara Panas Keluar

Sebelum masuk kereta, buka pintu pemandu dan turunkan tingkap penumpang.

Lepas tu, hayun pintu pemandu beberapa kali untuk keluarkan udara panas. Nampak kelakar, tapi sangat berkesan!

Sebenarnya teknik ini berkesan untuk mengeluarkan udara panas yang terperangkap dalam kereta.

Ads

Dalam beberapa saat, anda akan rasa suhu dalam kereta jadi lebih ‘bernafas’.

Cover Tempat Duduk, Lagi-Lagi Yang Kulit

Tempat duduk kulit memang mudah serap haba. Bila duduk je rasa macam terbakar! Guna kain nipis atau sarung khas untuk lindungi tempat duduk dari matahari.

Selain kurangkan panas, ia juga jaga permukaan kerusi dari cepat rosak.

Selain melindungi dari panas, ia juga dapat memanjangkan jangka hayat kerusi daripada cepat merekah atau rosak akibat sinaran matahari.

6 Cara Hilangkan Bahang Dalam Kereta Bila Parking Di Tempat Panas
Foto : mStar

Tinted Cermin Kereta

Kalau bajet mengizinkan, pasang tinted berkualiti dan ikut spesifikasi JPJ.

Ads

Tinted bukan sahaja kurangkan haba, tapi juga halang sinaran UV yang boleh merosakkan dalaman kereta.

BACA LAGI : Suka Tunggu Sampai Tangki Kering? Jaga-Jaga Enjin Menangis!

Buka Tingkap & Aircond Dulu Sebelum Jalan

Lepas masuk kereta, buka semua tingkap beberapa minit dan hidupkan aircond.

Ini bantu keluarkan haba dengan cepat dan buatkan suasana dalam kereta lebih selesa.

Tak susah pun nak kurangkan bahang dalam kereta. Tip dari pengguna TikTok ni bukan sekadar hiburan, tapi sangat praktikal.

Cuba amalkan salah satu atau gabungkan beberapa teknik ni supaya kereta pun lebih selesa, korang pun kurang berpeluh!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI