Bukan mudah untuk membuang lemak. Ramai yang hadapi kesukaran untuk bersenam disebabkan kekangan masa. Selain bersenam, sebenarnya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk anda hilangkan 2 inci lemak pada tubuh.
Walaupun nampak jumlah lemak yang hilang itu sikit, tapi jika anda lakukan 6 cara mudah ini, lama-kelamaan kehilangan lemak pada tubuh anda akan bertambah. Jangan berlengah, jom mulakan hari ini.
1. Selamat tinggal kepada gula
Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan.
Benar, gula penting untuk badan namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga dengan buah-buahan. Jadi kawal pengambilan gula agar tidak berlebihan.
2. Mulakan hari anda di waktu pagi
Ads
Walaupun hujung minggu, apa kata anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang mantap dan kekal segar sepanjang hari, lakukan perkara ini. Kualiti tidur yang cukup di waktu malam membantu meningkatkan kadar metabolisme anda di waktu pagi.
Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan. Penyelidik di Northwestern University mendapati bahawa, orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.
3. Tolak tepi segala jenis sos
Sedap kan makan salad dengan sos? Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan termasuk kandungan gula yang banyak. Daripada anda makan sos, apa kata anda makan yang raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada yang sedap. Tapi itulah yang terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?
Ads
4. Makan snek kekacang
Benar, kacang merupakan lemak namun ia juga lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya asalkan anda tidak makan sebalang kacang. Kacang yang berlemak membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme ketika badan anda dahagakan benda-benda manis. Jadi, cuba makan kekacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.
5. Berus gigi selepas makan
Ads
Memberus gigi sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan kepada lebih daripada 14,000 peserta mendapati, berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah.
Rasa ubat gigi bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, malah memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan selepas itu.
Hanya kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin, pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal dihukum penjara selama lapan bulan.
Memetik laporan Aljazeera, hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah Perancis pada Rabu lalu, selain mengenakan denda sebanyak 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian.
Atal yang mewakili kelab Ligue 1, Nice itu dihukum selepas meluahkan pandangannya secara terbuka terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin dalam siri pembunuhan beramai-ramai terbaru sejak 7 Oktober lalu.
Pada Oktober, Atal memuat naik sokongannya terhadap Palestin di media sosial sejurus selepas Zionis memulakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.
Mungkin Digantung Kelab
Selain dikecam teruk di Perancis, Atal turut berdepan penggantungan oleh kelabnya sehingga memaksa pemain berusia 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.
Dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis, memfailkan dakwaan ke atas Atal.
Atal bukan pemain bola sepak pertama dikecam kerana memberikan sokongan ke atas Palestin.
Pemain Maghribi, Noussair Mazaoui yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti sudah biasa lakukan push up, bukan? Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip melakukan close-grip push up!
Ia merupakan antara teknik push up yang paling berkesan membantu anda untuk ‘pump’ otot di bahagian tangan, bisep, trisep dan juga bahu. Tapi kalau ingin lakukannya biarlah dengan teknik yang betul agar boleh elak berlakunya kecederaan.
KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.
Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:
1. Kedudukan Badan
Untuk melakukan push up yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,
2. Diamond Bukanlah Segalanya
Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.
Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.
3. Rapatkan Siku
Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.
Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika push up.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dumbbell Incline Press adalah senaman yang sangat baik untuk menguatkan otot dada atas, bahu, dan triceps.
Mengamalkan senaman ini dalam rutin kecergasan anda boleh membantu membina dada yang seimbang, meningkatkan kekuatan bahagian atas badan, dan menyelaraskan perkembangan otot secara keseluruhan.
Namun, adalah penting untuk melakukannya dengan teknik yang betul bagi mengelakkan kecederaan, terutamanya pada bahu dan bahagian belakang.
Kelebihan Dumbbell Incline Press
Pembangunan Dada Atas: Fokus pada kepala klavikular pectoralis major.
Kekuatan Bahu: Mengaktifkan anterior deltoid, membina bahu yang lebih kuat.
Peningkatan Kestabilan: Dumbbell membolehkan pergerakan yang lebih luas dan penglibatan otot yang lebih mendalam.
Pertumbuhan Otot Seimbang: Setiap tangan bekerja secara individu, membetulkan ketidakseimbangan otot.
Panduan Langkah Demi Langkah: Teknik Betul untuk Dumbbell Incline Press
Langkah 1: Menetapkan Bangku
Laraskan Bangku: Sesuaikan bangku kepada sudut 30 hingga 45 darjah. Posisi ini memastikan anda memberi fokus pada dada atas sambil mengurangkan ketegangan pada bahu.
Penjajaran yang Betul: Duduk di bangku dengan belakang rata dan kaki diletakkan rapat di atas lantai untuk kestabilan.
Langkah 2: Memilih Dumbbell yang Sesuai
Pilih sepasang dumbbell yang anda boleh kawal sepenuhnya melalui julat pergerakan. Pemula harus memulakan dengan beban yang lebih ringan untuk menguasai teknik sebelum beralih ke beban yang lebih berat.
Langkah 3: Persediaan dan Posisi Permulaan
Angkat Dumbbell: Pegang dumbbell dengan genggaman neutral (tapak tangan menghadap ke dalam). Pegang pada paras dada, dengan siku dibengkokkan pada sudut kira-kira 90 darjah.
Kunci Otot Teras: Tegangkan otot teras dan tarik sedikit bilah bahu ke bawah dan bersama-sama untuk menstabilkan bahu anda.
Pastikan Kaki Tetap Kuat: Tekan kaki ke lantai untuk kestabilan, pastikan bahagian belakang anda berada dalam posisi melengkung sedikit semula jadi ke bangku.
Langkah 4: Gerakan Menekan
Tekan Ke Atas: Tolak dumbbell ke atas dengan gerakan yang terkawal sehingga lengan anda diluruskan sepenuhnya tetapi elakkan daripada mengunci siku.
Kekalkan Kedudukan Dumbbell: Kekalkan sudut sedikit ke dalam, dengan dumbbell sedikit rapat di bahagian atas pergerakan tetapi tidak menyentuh. Ini membantu mengekalkan ketegangan pada otot dada.
Hembus Nafas: Hembus nafas semasa anda menekan beban ke atas.
Kawal Penurunan: Turunkan dumbbell perlahan-lahan kembali ke posisi permulaan, pastikan pergerakan adalah terkawal dan lancar. Siku anda harus turun ke sudut sekitar 90 darjah atau sedikit di bawah, bergantung pada fleksibiliti anda.
Tarik Nafas: Tarik nafas semasa anda menurunkan dumbbell.
Langkah 6: Ulangan dan Set
Sasarkan 3 hingga 4 set dengan 8 hingga 12 ulangan, bergantung pada tahap kecergasan anda. Pemula boleh memulakan dengan lebih sedikit ulangan dan secara beransur-ansur meningkat seiring dengan peningkatan kekuatan mereka.
Kesalahan Umum yang Perlu Dielakkan
Melengkungkan Bahagian Bawah Belakang: Pastikan bahagian belakang sedikit melengkung, tetapi jangan terlalu melampau. Melengkung secara berlebihan boleh menyebabkan ketegangan pada belakang bawah.
Siku Terlalu Terbuka: Pastikan siku berada pada sudut 45 darjah dari badan anda dan bukannya terbuka luas. Ini membantu mengurangkan tekanan pada sendi bahu.
Beban Terlalu Berat: Menggunakan beban yang terlalu berat boleh menjejaskan bentuk dan meningkatkan risiko kecederaan. Mulakan dengan beban ringan dan fokus kepada teknik.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan teliti dan mengelakkan kesilapan umum, anda boleh melakukan Dumbbell Incline Press dengan selamat dan berkesan, memaksimumkan latihan dada anda sambil mengurangkan risiko kecederaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.