Ramai di antara kita sebenarnya mengetahui akan kepentingan dan kebaikan bersenam pada setiap hari. Tetapi ianya bukan suatu perkara yang mudah sekiranya anda tewas dengan kemalasan diri sendiri apatah lagi tiada motivasi untuk melakukan senaman secara berseorangan.
Salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri untuk terus bersenam adalah dengan mencari kawan untuk turut serta bersenam.
Mengapa Memiliki Rakan Senaman Lebih Baik Untuk Anda dan Rakan Anda
Akauntabiliti (Tanggungjawab Bersama)
Anda dan rakan senaman boleh saling bertanggungjawab. Jika salah seorang daripada anda kehilangan motivasi, yang lain boleh membantu mengembalikan semangat.
Perasaan bersalah sering menjadi pemangkin terutama apabila anda rasa malas untuk bangun dan pergi bersenam, tetapi rakan anda sudah berada di luar menunggu untuk berlari bersama.
Seronok
Bersenam sebenarnya boleh menjadi seronok bila bersenam bersama rakan anda. Sekiranya anda berseorangan, perasaan bosan akan muncul disebabkan tiada benda yang menarik untuk dihiburkan.
Ditambah pula, jika anda pernah berlari, pasti anda tahu bahawa mempunyai pasangan menjadikan aktiviti itu lebih mudah dan menyeronokkan.
Ads
Persaingan yang sihat
Jika anda seorang yang berdaya saing, bersenam bersama rakan boleh mendorong anda untuk berusaha lebih keras daripada bersenam sendirian.
Sebagai contoh, anda tentu tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah hanya kerana sempat habiskan 5km sahaja ketika berlari berbanding rakan anda sebanyak 7km. Tapi kena ingat satu benda, jangan terlalu bersaing sehingga hubungan anda menjadi seperti “musuh dalam selimut” atau “frenemy.”
Keselamatan terjamin
Bergantung pada masa dan tempat anda bersenam, mempunyai rakan boleh menjamin keselamatan bersama.
Ads
Berlari di bahu jalan raya pada waktu pagi yang masih gelap boleh berisiko sekiranya berseorangan dan akan mengundang bahaya yang tak diingini. Lebih baik dan lebih selamat jika ada rakan yang boleh bersama anda.
Kepelbagaian aktiviti
Walaupun anda dan rakan senaman mempunyai minat yang sama, mungkin ada beberapa perbezaan. Mungkin rakan anda suka bermain bola dan itu adalah sesuatu yang tidak pernah anda cuba.
Jadi, cubalah bermain bola bersama-sama. Kemudian, cari aktiviti yang anda suka dan ajak rakan anda untuk mencuba sesuatu yang baru juga. Mengubah rutin boleh menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.
Rehat dari kesibukan bekerja
Ads
Seharian kita sibuk bekerja apa kata rehat seketika demi mengurangkan stress. Bersenam bersama rakan memberikan peluang untuk berbual mengenai perkara peribadi, berbincang mengenai politik, berkongsi berita menarik tentang diri anda atau keluarga atau sekadar meluahkan perasaan tentang sesuatu yang berlaku di tempat kerja.
Bersama rakan senaman memberi anda ruang untuk menjauhkan diri seketika daripada tanggungjawab hidup dan menikmati masa untuk menjaga kesejahteraan sosial.
Mempunyai matlamat yang sama
Mungkin anda dan rakan senaman sama-sama menyasarkan untuk menyertai pertandingan ataupun berlari untuk kuruskan badan. Apabila kita mempunyai matlamat yang sama dengan orang lain, ia kembali kepada idea untuk menjadikan senaman lebih menyeronokkan.
Mencapai matlamat yang telah anda dan rakan tentukan bersama juga boleh menjadi pendorong yang kuat untuk terus berusaha.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuba kira dalam sehari berapa jam anda habiskan masa untuk pergi dan balik ke temopat kerja serta jumlah masa dihabiskan untuk bekerja.
Dalam zaman moden kini sudah jadi perkara biasa seseorang turun pada awal pagi pada waktu subuh dan pulang bila matahari sudah pun terbenam.
Jadi purata sehari anda habiskan kira-kira hingga 12 jam sehari untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
Tahukah anda ini merupakan satu rutin yang boleh menyebabkan anda alami burnout dalam jangka masa tertentu?
Tapi apakah itu burnout? Ia sebenarnya satu istilah yang digunakan untuk menggembarkan keadaan seseorang yang alami kepenatan melampau dari segi mental dan fizikal.
Dan burnout ini jika dibiarkan lama boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, masalah tekanan jiwa, kemurungan dan juga boleh pengsan akibat kepenatan melampau. Tapi bagaimanakah untuk kenal pasti sama ada anda sudah alami burnout atau tidak?
Jika salah satu daripada 9 gejala di bawah ini berlaku pada anda maka sah anda sedang alami burnout!
TAK SERONOK
Mula rasa tak seronok untuk datang kerja. Bangun sahaja pagi anda rasa cukup malas dan terbeban dengan tugasan kerja. Motivasi anda boleh dikatakan berada pada tahap paling rendah.
PENAT
Bila anda sudah alami burnout badan anda akan mudah jadi penat. Bukan itu sahaja mental anda juga berasa sangat berat dan terbeban dengan rasa kurang seronok.
MASALAH TIDUR
Selain itu anda juga berdepan dengan masalah untuk tidur. Setiap hari anda akan alami kesukaran untuk melelapkan mata. Jadi tidak hairanlah jika anda pukul 1 atau 2 pagi baru boleh lelapkan mata. Kemduian jam 6 pagi sudah kena bangun awal untuk pergi kerja pula.
TIADA MOTIVASI
Bila badan dan mental sudah burnout anda secara langsung tidak mempunyai motivsi untuk bekerja. Malah segala apa yang berlaku di pejabat sudah tidak anda hiraukan. Apa yang ada dalam minda anda ialah untuk segera pulang dan keluar dari pejabat.
BUAT-BUAT SIBUK
Salah satu sindrom burnout ialah anda akan cuba menyibukkan diri dengan pelbagai hal. Sedangkan ia bukanlah perkara penting pun. Perkara ini berlaku kerana minda anda cuba untuk lari daripada realiti bahawa anda sebenarnya kepenatan.
KUALITI KERJA MENURUN
Motivasi yang hilang akan secara tak langsung menurunka prestasi kerja anda. Dan bila ini berlaku ia boleh menjejaskan mutu pekerjaan serta boleh mengkibatkan anda kehilangan kerja!
SELALU MC
Perkara ini banyak berlaku di negara kita. Disebabkan anda burnout maka tumpuan anda berlaih kepada perkara yang tidak penting. Jadi perhatian anda terlaih kepada perkara luar pejabat. Lalu jumlah cuti mengejut dan cuti sakit (MC) akan meningkat dengan segera.
MUDAH NAIK ANGIN
Petanda paling jelas bahawa anda sebenarnya perlu cuti dan lari ketika daripada pelbagai tabggungjawab di pejabat. Jika dbiarkan masalah panas baran ini bukan sahaja boleh mengeruhkan hubungan anda dalam keluarga malah di pejabat juga.
SAKIT BADAN DAN SENDI
Perkara ini berlaku kerana fizikal anda berdepan dengan kepenatan yang melampau. Cuma dalam hal ini akan menyebabkan badan anda menerim kesannya. Sakit sendi dan lenguh badan merupakan antara kesan yang sering berlaku bila seseorang alami burnout.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tekanan darah merupakan pengukur kepada tekanan darah dalam sistem peredaran darah anda. Tekanan darah yang sihat atau normal adalah lebih daripada 120 berbanding 80 dan kurang daripada 140 lebih 90 (120 / 80-140 / 90). Sekiranya ia lebih tinggi daripada yang telah dinyatakan, katakan 150/100, anda akan dianggap mempunyai tekanan darah tinggi dan ini akan lebih teruk jika anda tidak mengawal pemakanan anda dengan baik.
Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi, berlaku apabila tekanan darah yang akan menyebabka arteri anda berkembang. Tekanan ini boleh menyebabkan kerosakan saluran darah yang sering membawa kepada penyakit jantung, angin ahmar, dan pelbagai penyakit lain lagi yang mengancam nyawa. Jangan risau jika anda salah seorang mangsa tekanan darah tinggi, anda boleh mengubah dengan makan beberapa makanan yang sihat dan menyelerakan dalam pada masa yang sama. Ini antara makanan yang baik untuk anda:
Oatmeal
Oatmeal merupakan super food yang sangat membantu anda untuk sihat dari segala penyakit. Ia juga berfungsi untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Pada tahun 1995, FDA meluluskan tuntutan kesihatan jantung dari The Quaker Oats Company. Malah, ia telah diakui baik untuk kesihatan dan merupakan makanan pertama yang diluluskan oleh FDA untuk dijadikan produk berbungkus. Sebab itu anda boleh dapat di pasar raya.
Pisang
Pisang mempunyai beberapa vitamin sihat seperti vitamin C dan B-6. Ia juga mampu untuk memberi karbohidrat, protein, serat dan magnesium. Antara sebab utama pisang popular di hati orang ramai adalah kerana ia mempunyai potassium yang baik untuk hati anda. Jadi, kalau tak ada pisang berdekatan dengan anda pun, carilah makanan yang berasaskan potassium.
Kentang
Jika anda tidak suka makan pisang, anda mempunyai beberapa pilihan lain untuk mendapatkan potasium yang sangat penting. Satu yang tinggi dengan potassium kentang. Dalam satu biji kentang, ia mengandungi kira-kira 897 mg kalium. Itulah 25 peratus daripada jumlah yang disyorkan. Cuma janganlah makan kentang goreng, makan secara sihat ye.
Coklat gelap (Dark Chocolate)
Dengar coklat saja tentu anda gembira kan? Terdapat banyak manfaat kesihatan jantung dalam coklat gelap – hampir terlalu banyak untuk disenaraikan. Dalam 100 gram bar yang mempunyai koko 70-85% mengandungi serat, besi, magnesium, tembaga, mangan, serta banyak kalium, fosforus, zink dan selenium. Kajian mendapati bahawa coklat gelap boleh meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah, dan kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa makan coklat gelap dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk penyakit kardiovaskular (CVD). Kajian itu menunjukkan bahawa sehingga 100 gram sehari coklat gelap mampu menurunkan kadar risiko CVD. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa 100 gram (3.5 auns) adalah jumlah yang cukup besar, dan mempunyai sejumlah besar kalori (647 tepat) serta 42g lemak dan 24g gula.
Berries
Berry seperti blueberries, strawberi, raspberi, blackberry dan segala-galanya yang berbentuk berry lah. Ia adalah sumber polifenol yang baik, terutamanya antosianin, mikronutrien, dan serat. Selama hampir 40 tahun, serat telah dikaitkan dengan penurunan tekanan darah. Namun, setelah kajian menunjukkan berry mampu untuk menurunkan tekanan darah, anda boleh masak oat, dan campurkan berr, pisang (yang juga beri secara teknikal), sedikit coklat gelap di atas, sebagai makanan harian anda yang penuh dengan khasiat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan senaman menggunakan dumbbell merupakan satu teknik yang cukup popular. Ini terutamanya di kalangan penggemar aktviti senaman yang aktif di gimnasium. Penggunaan dumbbell memang terbukti telah berkesan untuk menjadi alat merangsang otot di pelbagai bahagian pengan dan tangan.
Jadi tidak hairanlah ia menjadi alat senaman pertama yang menjadi sasaran kaki gym. Namun begitu anda haruslah berhati-hati memilih dumbbell yang sesuai.
Sebelum menggunakan dumbbell sebagai salah satu alat senaman anda harus mengikuti beberapa langkah penting. Harus ingat setiap senaman berbeza memerlukan dumbbell yang juga berbeza.Begitu juga dengan skil dan tahap kekuatan fizikal anda.
Apa yang penting jangan tergopoh-gapah nak tunjuk handal dan terus jump kepada dumbbell berat.
IKUT JENIS SENAMAN
Bergantung kepada jenis senaman anda memerlukan dumbbell yang mempunyai berat berbeza. Sebagai contoh jika melakukan basic curl anda perlu dumbbell 5 kilogram.
Manakala jika melakukan squat mungkin ada perlu dumbbell yang lebih berat iaitu 10 kilogram. Mulakan apa jua jenis senaman baru dengan dumbbell yang ringan kemudian beransur-ansur kepada lebih berat.
TAHAP KEKUATAN DIRI
Anda adalah orang yang terbaik untuk tentukan kekuatan dan keupayaan sendiri. Sebelum mula latihan tetapkan dahulu sasaran kerana ia boleh menentukan jenis dumbbell mana yang sesuai digunakan.
Sebagai contoh jika ingin bina otot, dumbbell yang berat lebih sesuai. Manakala yang bersaiz medium sesuai untuk membesarkan otot dada, kaki dan belakang badan.
LAKUKAN BERSAMA TRAINER
Jika anda baru mula menggunakan dumbbell sebagai alat senaman, silalah berlatih dengan trainer. Mereka akan dapat menentukan anda memerlukan dumbbell yang sesuai berdasarkan skil, ketahanan dan berat badan. Banyak gimnasium mempunyai krew terlatih jadi janganlah malu untuk dapatkan bantuan mereka.
DARI BAWAH
Seperti yang kami katakan di atas adna tak boleh tergopoh-gapah untuk terus menggunakan dumbbell yang berat. Sebaliknya mulalah dari bawah dengan membiasakan diri deangan berat sesuai.
Jika sudah selesa anda boleh terus menukar ke berat lebih tinggi mengikut keupayaan fizikal. Untuk sentiasa alert, catatlah rutin work out anda untuk mengetahui sejauh mana anda telah berjaya.
HARUS BERSEDIA
Kadang-kadang minda kita boleh memperdayakan kekuatan sendiri. Dalam kepada anda yakin untuk melakukannya sedangkan badan anda masih belum sampai ke tahap itu.
Disebabkan itulah anda perlu tahu bila untik berhenti dan step back. Jika anda tak boleh melakukan 7 rep berturut-turut itu bermakna anda belum bersedia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.