Semenjak kos sara hidup makin meningkat ni, hidup kita sebagai rakyat marhaen pun turut terjejas. Mana taknya, harga minyak naik, perbelanjaan harian meningkat, ditambah dengan gst memang terkadang terasa perit lagi-lagi akhir bulan. Sungguh berat ujian Allah buat kita semua.Moga kita semua dipermudahkan urusan dan murah rezeki. InshAllah. Jom amalkan zikir harian ini di bulan puasa yang mulia ini. Mudah-mudahan rezeki kita akan melimpah ruah dan berlipat ganda hendaknya.
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-IKHLAS
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
Ads
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk mengetahui punca sakit belakang. Terdapat beberapa jenis sakit belakang dan cara sakit belakang yang paling biasa dipanggil Sakit Belakang Mekanikal.
Masalah pesakit untuk sakit belakang seperti ini berpunca daripada otot yang bekerja terlalu kuat, berpanjangan dan tidak berhenti-henti boleh menimbulkan sakit belakang.
Secara umumnya sakit belakang dapat diklasifikasikan kepada empat jenis.
Sakit belakang jenis ini kebiasaannya berlaku apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak menitikberatkan tulang belakang seperti cara duduk, berdiri, berjalan, bekerja dan cara tidur yang betul.
Selain itu, masalah otot turut mempengaruhi sakit belakang jenis ini.
2. Sakit Belakang Disebabkan Osteoporosis
Tulang yang paling senang cedera akibat Osteoporosis ialah tulang belakang. Kesannya tulang akan menjadi semakin pendek dan rapuh.
Osteoporosis sering berlaku keatas wanita yang telah berumur. Wanita pada usia 20-an, tulangnya kelihatan tegak dan lurus, tetapi apabila menjangkau umur 5-an dan mendapat oesteoporosis, tulangnya semakin lama semakin bengkok. Justeru itu, wanita tersebut akan menjadi bongkok.
3. Sakit Belakang Degeneratif
Sakit belakang degenaratif lebih kerap berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan seperti jatuh dan patah.
Akibat kecederaan, tulang menjadi retak dan semakin lama tulang semakin lari. Implikasinya tulang belakang yang melindungi saraf tunjang akan terhimpit. Ini boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan, lemah otot, kebas kaki tangan dan sebagainya.
Apabila pesakit mula berasa kebas ia dipanggil gejala neurologi dan pembedahan terpaksa dijalankan. Ini disebabkan setiap tulang belakang mempunyai selapis rawan yang dipanggil disc.
Apabila kita tua, lapisan tersebut akan menjadi keras, kenyal dan tidak lembut lagi. Dengan ini, ia tidak dapat menampung berat badan dan lama-kelamaan tulang belakang akan menjadi “haus”. 4. Sakit Belakang Disebabkan Jangkitan Kuman dan Sebagainya
Sakit belakang seperti ini berlaku disebabkan kanser yang sedang merebak atau jangkitan kuman. Sakit belakang ini dikatogerikan sebagai sakit yang serius.
Punca Sakit Belakang
Sakit belakang paling kerap berlaku adalah daripada masalah otot. Seseorang yang tidak mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan masalah kepada otot.
Cara tidur turut mempengaruhi, jenis tilam keras atau lembut juga memainkan peranan. Selain itu terdapat sebab lain yang turut menajadi punca sakit belakang.
Masalah sakit belakang sebenarnya bukan berpunca daripada masalah tulang belakang sendiri.
Kebanyakan pesakit mengadu sakit belakang kerana masalah seperti tekanan, masalah salur kencing pada buah pinggang, sakit pada rahim , sakit pada ovari dan kebayakkannya sakit pada anggota dalam perut. beritahu beliau.
Masalah seperti ini telah dimenifestasikan menjadi sakit belakang walaupun asalnya bukan berpunca daripada tulang belakang.
Penghidap
Orang yang selalu mendapat sakit belakang biasanya mereka yang tidak pernah exercise, kerjanya hanya duduk dan tidak banyak bergerak, mengamalkan duduk yang tidak tegak, berdiri yang tidak betul dan tidak begitu mengambil berat mengenai penjaan tulang belakang.
Menurutnya lagi, terdapat beberapa golongan yang dikenal pasti sering mendapat sakit belakang:
Golongan Muda
Golongan ini terdiri daripada mereka yang berusia dalam 30an, lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam, serta tidak menjaga tulang belakang. Mereka ini lebih cenderung mendapat Sakit Belakang Mekanikal.
Golongan Tua
Wanita yang mudah mendapat sakit belakang pada waktu ini adalah disebabkan osteoporosis, manakala lelaki pula lebih kepada sakit sendi. Golongan seperti ini pula lebih kepada mendapat sakit belakang degeneratif.
Golongan Kanak-Kanak
Bagi kanak-kanak, kes sakit belakang tidaklah sebanyak golongan dewasa atau tua. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat sakit belakang disebabkan tulang bengkok sejak kecil lagi.
Ada juga sakit belakang yang berlaku disebabkan serangan kenser yang merebak ketulang belakang.
Serangan ini berlaku kepada golongan tua atau dewasa. Manakala sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman boleh dihidapi oleh semua golongan.
Sakit belakang memang susah untuk diatasi. Masalah yang paling serius adalah disebabkan kenser dan kuman.
Wanita sememangnya perlu lebih menjaga tulang belakang disebabkan golongan wanita mudah menghidap osteoporosis dan juga faktor mengandung.
Wanita yang kerap mengandung juga akan menyebabkan otot belakang cepat menjadi lemah. Sebab itu wanita patut lebih membuat senaman untuk menguatkan otot belakang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melihat mangsa kebakaran rumah adalah satu pemandangan yang cukup menghibakan. Kediaman yang menjadi ‘syurga’ kecil buat mereka musnah dalam sekelip mata akibat dijilat api.
Sejak kebelakangan ini banyak kes kebakaran melibatkan unit kediaman berlaku di beberapa lokasi. Selain kediaman premis perniagaan juga turut terkesan dengan tragedi bangunan terbakar dengan kes tular terbaru berlaku kepada Jakel Shah Alam.
Kebakaran merupakan satu tragedi yang amat ditakuti kerana sekali ia tercetus dan merebak, anda berisiko untuk kehilangan harta, wang ringgit serta nyawa.
Walaupun kebakaran merupakan satu kemalangan yang tidak boleh diduga, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, anda harus memastikan kediaman anda selamat.
Yang penting, ikuti senarai sebab kebakaran yang MASKULIN jelaskan di bawah ini. Pastikan anda pantau beberapa perkara di bawah ini terutamanya sebelum tidur pada waktu malam atau keluar dari rumah untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.
Tutup semua suis elektrik dalam rumah anda seperti suis TV, lampu, aircond, kipas, computer dan lain-lain yang sentiasa mengalirkan elektrik. Selain menjimatkan bil elektrik, ini langkah keselamatan utama yang perlu sentiasa dipantau.
Jangan buang punting rokok sembarangan atau bersepah-sepah. Ditakuti pada punting rokok anda itu masih ada bara yang boleh mengakibatkan kebakaran. Seeloknya, benar-benar padamkannya dan buang di tempat yang disediakan.
Percikan api bukan sahaja berbahaya sewaktu bermain bunga api malah jika berlaku kebocoran gas dalam rumah, jangan sesekali gatal tangan untuk nyalakan api. Jika tidak, berapi satu rumah nanti dan anda akan menjadi mangsanya.
Kes kebakaran yang melibatkan mercun bukanlah tidak pernah terjadi malah orang-orang tua pun sudah sampai penat nak melarang. Pada musim perayaan, pasti akan ada berita rumah terbakar bermula dari letupan mercun sebelum ia merebak.
Ramai yang suka mengecas telefon sewaktu tidur. Jika bateri tiba-tiba rosak, ia ada potensi untuk meletup dan mengakibatkan kebakaran. Nasihat untuk mengelakkan perkara ini, sila tutup telefon untuk mengecas pada waktu malam dan tutup suis setelah penuh.
Sebelum tidur, jika anda memasang lingkaran ubat nyamuk, pastikan ia dialas dengan bahan yang tidak mudah terbakar. Jangan letak kertas sebagai pelapiknya. Begitu juga lilin, ada baiknya padamkan sebelum tidur.
Sama seperti info di atas, jika rumah berbau seperti gas, jangan buang masa untuk Google buat carian ‘Bagaimana bau gas yang sebenar?’. Itu memang adalah bau gas. Terus buka pintu dan tingkap untuk aliran pengudaraan dan cabut kepala gas yang terpasang pada tong. Jangan mengada-ngada nak buka dapur gas ketika itu.
Memang seronok bermain dengan api. Lebih-lebih lagi mancis. Tetapi ingat, sekali ia terpercik atau terjatuh ke tempat mudah terbakar seperti permaidani, kalau lambat dipadamkan, ia boleh merebak.
Semoga kehidupan kita semua terus diindungi dari sebarang bencana seperti kebakaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mendirikan rumah tangga kelihatan mudah apabila anda fikir sudah cukup segala-galanya. Namun memegang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang suami bukan semudah disangka. Ia memerlukan pemahaman sebenar dan kemahiran tersebut tidak dapat dijual beli. Ia perlu dianalisis sebaiknya sebelum mendirikan rumah tangga. Sebenarnya banyak faktor mengapa lelaki tidak layak bergelar suami yang sebenar-benarnya.
1-Takut terpaksa berkongsi ruang dan kelengkapan. Setelah sekian lama memiliki segala-galanya secara bersendirian, ada lelaki berasa takut dan menyampah untuk kongsi bersama pasangan.
2-Tidak pandai menguruskan tanggungjawab dengan baik. Memperdagangkan diri sendiri untuk menjalankan tanggungjawab sudah dianggap sukar, apatah lagi terpaksa melakukannya untuk orang lain (isteri dan anak-anak).
3-Terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerja. Satu-satunya cinta sejati anda adalah ‘kerja’. Sekiranya anda merasakan kerja adalah satu-satunya keutamaan hidup sehingga taasub mendapat bonus, pangkat serta gelaran teratas di syarikat, maka perkahwinan bukanlah untuk anda.
4-Tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Terlambat bangun dan lewat tiba di pejabat hanyalah beberapa perkara yang menyukarkan diri sendiri kerana tidak menghormati masa. Bagaimana mematuhi prinsipal perkahwinan sekiranya prinsipal harian tidak diuruskan dengan baik?
5-Suka merendah-rendahkan orang di sekeliling dan mengkritik setiap gerak geri ahli keluarga serta kenalan. Toleransi dan hormat menghormati saling memerlukan dalam perkahwinan. Ia bermula dengan diri anda sendiri kerana in order to gain respect, you have to respect others first… and that how marriage works!
6-Suka berhutang dan tidak pandai menguruskan wang. Sure, anda boleh membelanjakan sejumlah wang sewaktu majlis perkahwinan berlangsung. Namun, sekiranya perbelanjaan diri dimulakan secara kredit, maka alam rumah tangga anda akan turut dibelanjakan secara kredit seperti pembelian rumah, bil elektrik, keperluan harian dan lain-lain lagi.
7-Terlalu banyak menghabiskan masa keluar rumah bersama dengan rakan-rakan. Selepas waktu kerja dan hujung minggu dihabiskan masa bersama dengan rakan-rakan sehingga anda terlupa bahawa anda sudah mempunyai keluarga.
8-Apabila waktu ‘boys night out’ seperti pergi menonton bola dan bermain futsal menjadi keutamaan anda kerana keluar bersama isteri tidak lagi seindah waktu yang diluangkan bersama dengan golongan sejantina.
9-Masih mengingati momen-momen indah bersama bekas kekasih. Walaupun sudah mempunyai isteri, ada sebahagian lelaki cuba untuk melayan pasangan bagaikan bekas kekasih. In your eyes you see her… But in your eyes you see you ex.
10-Terjebak dalam ‘sindrom’ bertukar-tukar pasangan menjalankan hubungan intim. Tidak pernah puas dengan yang sedia ada, anda beralih ke orang baru. Lalu anda ‘gentar’ dengan gelaran suami kerana terpaksa bersama si isteri for the rest of your life!.
11-Mementingkan diri sendiri. Kerap mendahulukan diri sendiri daripada orang lain. Untuk menjadi suami yang baik, you have to be the perfect gentleman first.
12-Lelaki yang tidak sukakan kanak-kanak adalah antara sebab terbesar mengapa tidak layak bergelar suami. Apabila sudah mempunyai anak nanti, belum tentu anak itu dapat dijaga dengan baik atau mendapat kasih sayang sepenuhnya.
13-Takut dengan kegagalan. Belum bergelar suami tetapi sudah fikirkan tentang perceraian. Alam perkahwinan tidak semestinya indah. Magis perkahwinan itu sendiri disebabkan oleh masalah rumah tangga. Tetapi ada lelaki tidak berani mengambil risiko.
14-Inginkan kebebasan. Semuanya terpaksa dikongsi. Terpaksa berkongsi rumah, kereta dan sebagainya. Apabila mempunyai anak, ada lelaki menganggap ruang semakin terhad.
15-Kurang bijak menguruskan kewangan. Sama ada melebihkan perbelanjaan terhadap diri sendiri atau pasangan, pasti ia berakhir dengan hutang. Akaun simpanan sepatutnya dipenuhi ‘debit’ dan bukannya ‘kredit’.
16-Tidak bersikap terbuka dan ingin selalu menang dalam pertelingkahan bersama pasangan. Lelaki yang tidak berfikiran matang dalam pergaduhan should take a closer look.
17-Lebih banyak mendiamkan diri dan mengalah juga adalah tidak bagus. Hidup secara berpasangan memerlukan komunikasi dua hala. Ada lelaki tidak pandai dan tidak berminat untuk mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan betul.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.