Tahukah anda yang penyakit kanser prostat mampu ditangani tanpa sebarang rawatan jika ia dikesan pada tahap awal?
Perkara ini disahkan oleh Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Profesor Madya Dr Shanggar Kuppusamy ketika ditemui MASKULIN.
“Biasanya, bila diberitahu yang kita menghidap kanser, semua orang takut. Seperti tamatlah riwayat kita, begitu,” seloroh Dr Shanggar.
Foto: Dr Shanggar (kanan) ketika ditemui MASKULIN.
Beliau menceritakan pengalamannya sendiri mengendalikan seorang pesakit yang disahkan menghidap kanser prostat kira-kira lapan tahun lalu.
Ketika itu, pesakit yang berusia lebih kurang 72 tahun itu tampil mendapatkan rawatan kerana mempunyai masalah buang air kecil.
“Dia tiada masalah apa-apa penyakit lain. Tiada kencing manis, darah tinggi semua tiada. Sihat sahaja, tetapi masalah kencing,” kata Dr Shanggar.
Ads
Tambahnya, pesakit itu mengadu kerap ingin membuang air kecil sehingga mengganggu tidurnya pada waktu malam akibat terjaga beberapa kali.
Selain itu, aliran kencing pesakit itu juga kurang deras berbanding kebiasaannya.
Selepas menjalankan pemeriksaan lanjut dengan teliti, Dr Shanggar mendapati yang pesakit itu menghidap kanser prostat.
Pesakit Masih Bertahan Sehingga Hari Ini
Maka, beliau selaku doktor perlu membuat keputusan sama ada pesakit itu perlu menjalani rawatan ataupun tidak.
Ads
“Jadi saya bagi dia cadangan, kita memantau sahaja melalui repeated surveillance. Buat ujian PSA (Antigen Khusus Prostat) setiap tiga bulan, kita periksa, mungkin kita buat biopsi lagi selepas satu atau dua tahun.”
Pesakit itu kini masih bertahan pada usia lebih kurang 80 tahun tanpa perlu melalui sebarang rawatan, demikian menurut Dr Shanggar.
“Satu berita yang sangat baik untuk pesakit. Tak payah melalui pembedahan ke, radioterapi ke.
Ads
“Selagi kita dapat kesan awal dan pesakit mengikuti pemeriksaan susulan, walaupun ia (kanser) ada perkembangan menjadi lebih teruk, tapi kita dah tangkap awal dah,” jelas Dr Shanggar.
“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap lelaki mempunyai jenis-jenis rambut yang berbeza. Ada yang lebat dan tidak kurang juga yang mudah gugur. Bagi lelaki masalah rambut botak yang berlaku seawal usia penghujung 20-an merupakan satu mimpi ngeri.
Dan percayakah anda ramai lelaki berdepan masalah hubungan romantis dengan pasangan disebabkan penampilan mereka yang botak tengah? Bila ini berlaku ia bukan sahaja meruntuhkan jiwa malah boleh memberikan kesan mental dan keyakinan diri yang semakin rendah.
Jenis rambut juga banyak dipengaruhi oleh faktor genetik namun ia tidak seharusnya menjadi faktor keseluruhan semata-mata. Terdapa beberapa cara, amalan serta pantang larang yang boleh anda amalkan untuk pastikan rambut tidak mudah botak terutamanya di tengah-tengah kepala!
VITAMIN A DAN D
Pertama sekali faktor pemakanan. Anda adalah apa yang anda makan. Jenis makanan seperti ikan dan juga sayur-sayuran mengandungi vitamin A dan D. Dan kedua-dua vitamin ini boleh membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
JANGAN BASUH RAMBUT GUNA AIR PANAS
Ini amalan yang ramai sangat lelaki amalkan. Terutamanya yang sukan mandi dengan air panas. Tahukah anda bahawa air bersuhu panas adalah tidak baik untuk kesihatan rambut anda? Bukan sahaja boleh merosakkan pada akar rambut, malah ia boleh membuatkan rambut nampak kurang bersinar, bercabang dan juga mudah gugur.
PENGAMBILAN KAFEIN
Lelaki dan kopi. Kombinasi yang cuup sinonim. Malah ramai yang tidak daoat berfungsi denagn baik di waktu pagi tanpa kopi. Namun di sebalik itu kopi yang mengandungi kafein boleh memberikan kesan tidak baik dalam jangka masa panjang kepada rambut. Pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi. Dan bila ini berlaku ia boleh menyebabkan rambut mudah ‘rapuh’ dan gugur.
Contoh lelaki yang memiliki rambut sihat.
SENAMAN
Sejak dari dulu lagi MASKULIN sering laungkan. Lelaki yang sihat adalah lelaki yang bersenam. Bukan sahaja manfaat fizikal tetapi ia juga memberi ketengan kepada minda. Bila minda tenang maka stres pun akan berkurangan. Melakukan senaman juga boleh melancarkan pergerakan darah dalam badan. Jika anda stres dan kurang bersenam ia boleh memberikan impak kepada rambut.
PRODUK TAK SESUAI
Sebelum menggunakan mana-mana produk seperti syampu anda hendaklah membaca kandungannya terlebih dahulu. Syampu mempunyai banyak bahan kimia yang jika tidak sesuai dengan kulit kepala dan jenis rambut boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu ketahuilah terlebih dahulu jenis syampu yang sesuai untuk anda.
Faktor utama kenapa lelaki lagi ramai botak berbanding wanita
95 peratus masalah keguguran rambut yang berlaku pada lelaki berpunca daripada Androgenetic Alopecia. Selain itu, masalah keguguran rambut juga berlaku berpunca daripada penghasilan hormon dalam badan yang disebut dihydrotestosterone (DHT).
Hormon ini mengikat pada bahagian folikel rambut dan menyebabkan bahagian itu mengecut serta tidak akan tumbuh lagi.
Kesannya, rambut mula menipis dan juga membawa kepada masalah keguguran.
Oleh kerana lelaki cenderung untuk mempunyai paras hormon testosterone (dan hasilnya, DHT) lebih tinggi berbanding wanita, ia mungkin menjelaskan mengapa lelaki lebih ramai botak berbanding wanita.
Dengan kata lain, jika paras DHT dalam badan anda tinggi, anda cenderung untuk mengalami masalah rambut gugur.
Kolesterol tinggi adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh membawa kepada penyakit jantung serta strok. Namun begitu, dengan mengamalkan beberapa gaya hidup sihat, anda boleh mengawal dan merendahkan kadar kolesterol dalam badan anda. Berikut MASKULIN kongsikan 5 gaya hidup yang boleh diamalkan bagi membantu turunkan kadar kolesterol.
1. Makan Makanan Kaya Serat
Makanan yang tinggi serat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Serat larut, seperti yang terdapat dalam oat, barli, kacang, dan buah-buahan seperti epal dan pear, boleh mengurangkan penyerapan kolesterol dalam saluran darah anda.
2. Kurangkan Pengambilan Lemak Trans & Lemak Tepu
Lemak tepu, yang sering ditemui dalam daging merah dan produk tenusu penuh lemak. Manakala lemak trans pula terdapat dalam makanan segera dan makanan ringan.
Kedua-duanya boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat (LDL). Gantikan lemak tepu dengan lemak tak tepu seperti minyak zaitun, kacang dan ikan berlemak seperti salmon dan makarel. Ketahui lebih lanjut mengenai lemak sihat di sini.
3. Aktif Secara Fizikal
Melakukan aktiviti fizikal yang kerap juga merupakan salah satu 5 gaya hidup yang baik. Ia boleh membantu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL).
Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging, berenang, atau berbasikal. Lihat cadangan aktiviti fizikal yang sesuai di sini.
4. Berhenti Merokok
Amaran buat anda yang merokok. Tabiat merokok boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dan menurunkan kadar kolesterol baik.
Jika anda berhenti merokok, ia memberikan mempunyai manfaat kesihatan yang besar dan dapat memperbaiki kadar kolesterol anda dalam beberapa minggu sahaja.
Mengamalkan diet yang seimbang dan rendah kolesterol adalah penting. Fokus kepada makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan, avokado, dan kacang.
Elakkan makanan yang tinggi gula dan garam kerana ia boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol.
Dengan mengamalkan lima cara ini, anda dapat mengekalkan kadar kolesterol yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan kolesterol tinggi.
Ingatlah bahawa perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kepada manfaat kesihatan yang besar. Mulakan hari ini untuk masa depan yang lebih sihat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pejam celik pejam celik, esok kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan.
Bila nak menyambut bulan puasa ini rata-rata dari kita sibuk membuat persiapan untuk bersahur. Tapi ramai juga yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah anda akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu video TikTok yang menarik tambahan lagi kita akan berpuasa selang beberapa hari ini. Seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.
Kenyang Lama Ketika Berpuasa
1. Makan kurma 3 biji
Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.
3. Minum milo oat
Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki Kelantan Ramai Pilih Wanita Thailand Sebagai Pasangan Hidup. Wanita Thailand, terutama dari wilayah Selatan seperti Pattani, Yala, dan Narathiwat, sering menjadi perhatian lelaki Melayu.