Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh tekanan, ramai lelaki kini mencari alternatif sukan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mencabar dari segi fizikal dan mental.
Salah satu sukan yang semakin mencuri perhatian, terutamanya dalam kalangan lelaki muda dan pertengahan umur, ialah footgolf gabungan dua elemen sukan yang sangat popular iaitu bola sepak dan golf.
@maskulinmyFootgolf kini muncul sebagai sukan gaya hidup lelaki moden yang nak aktif tapi masih chill. Campuran bola sepak dan golf ni cipta satu vibe baru yang tak terlalu lasak, tapi tetap mencabar dari segi fokus dan teknik. Tak pelik kalau ramai lelaki mula tukar futsal Sabtu malam kepada footgolf Ahad pagi. ⛳⚽ #maskulin #majalahmaskulin #footgolf♬ original sound – Maskulin
Apa Itu Footgolf?
Footgolf ialah sukan yang dimainkan di padang golf, tetapi menggunakan bola sepak dan bukannya bola golf.
Pemain akan menendang bola sepak dari satu titik permulaan ke dalam lubang khas yang lebih besar berbanding lubang golf biasa, dengan matlamat untuk menyempurnakan lubang tersebut dengan tendangan sesedikit mungkin.
Peraturan asasnya hampir sama seperti golf, tetapi ia tidak memerlukan kemahiran menggunakan kayu golf, sebaliknya bergantung pada ketepatan dan kekuatan kaki pemain.
Sukan Santai Tapi Penuh Cabaran
Foto : X
Footgolf mungkin nampak santai, tetapi ia sebenarnya menuntut ketepatan, strategi, dan stamina.
Ads
Inilah yang menjadikannya menarik bagi ramai lelaki yang sukakan cabaran tetapi tidak mahu sesuatu yang terlalu agresif seperti futsal atau bola sepak 11 sebelah.
Tambahan pula, footgolf boleh dimainkan dalam suasana yang lebih tenang, santai, dan sosial sesuai untuk lepak hujung minggu dengan kawan-kawan atau sebagai aktiviti korporat.
Meningkat Populariti di Malaysia
Walaupun masih baru di Malaysia, footgolf semakin mendapat tempat, terutama dalam kalangan lelaki yang ingin mencuba sesuatu yang ‘fresh’ dan berbeza.
Beberapa kelab dan resort di Malaysia mula menawarkan padang footgolf khas, dan kejohanan kecil juga mula dianjurkan.
Ads
Di media sosial, semakin ramai lelaki berkongsi pengalaman bermain footgolf, sama ada untuk bersenam atau sekadar mencuba hobi baru.
Foto : Footgolf Frenzy
Gaya Hidup & ‘Bragging Rights’
Dalam era media sosial, aktiviti luar seperti footgolf bukan sahaja tentang sukan, tetapi juga tentang gaya hidup.
Ramai lelaki kini melihat footgolf sebagai satu aktiviti yang “cool” cukup unik untuk dibualkan, cukup mencabar untuk dibanggakan.
Ia memberi bragging rights yang tersendiri, terutama jika dapat mengalahkan rakan-rakan dalam satu pusingan permainan.
Soalnya sekarang, adakah footgolf sekadar trend sementara atau bakal menjadi sukan arus perdana?
Jawapannya mungkin bergantung kepada pendedahan media, sokongan komuniti, dan ketersediaan fasiliti.
Namun buat masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa footgolf sedang mencipta gelombang tersendiri terutamanya dalam kalangan lelaki yang mencari kombinasi keseronokan, cabaran dan gaya hidup aktif.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASKULIN faham tak semua orang mampu mencuri masa untuk pergi ke gym atau bersenam dalam tempoh yang lama.
Mungkin pada peringkat permulaan ketika semangat masih berkobar ia bukanlah satu masalah besar. Namun lama-kelamaan ‘api’ semangat itu semakin kurang bahangnya.
Setiap hari turun awal pagi balik rumah pun sudah hampir malam. Memang tak sempat. Tapi anda sebenarnya boleh curi masa selama 15 minit setiap hari melakukan salah satu 5 senaman yang MASKULIN kongsikan kali ini.
Senaman push up adalah senaman yang sangat popular. Siapa yang tidak tahu push up? Bagi yang tidak tahu, boleh dikatakan pasti anda jarang sekali bersenam dan sekarang berada dalam kondisi kurang cergas! Tidak mengapa, kerana selepas anda mengamalkan push up, pasti akan menjadi lebih berotot, lebih kuat, lebih bergaya dan lebih hebat! Push up mengerjakan seluruh badan dengan penekanan pada otot bahu, dada, dan triceps.
Jika anda berasa lemah dalam bench press, cuba lakukan dip untuk beberapa minggu. Nescaya, kekuatan bench press anda akan meningkat. Bukan itu sahaja, senaman dip adalah senaman yang sangat versatil! Anda boleh lakukan hampir di mana-mana sahaja, di rumah, di pejabat, di taman permainan. Kelebihannya adalah hampir sama dengan bench press.
Lunges adalah gerakan asas manusia dan ia sangat efektif dalam melatih kekuatan serta membina saiz otot kaki! Jika sebelum ini anda jarang lakukan lunges, cuba buat senaman ini pula setiap petang. Apa anda akan dapati adalah pembakaran lemak secara rapid dan otot kaki yang semakin menyerlah! Stamina anda juga akan meningkat. Ini bukan sekadar senaman untuk orang bina badan, ini adalah senaman bagi mereka yang ingin cergas dan sihat dalam hidup mereka.
Kalau anda kena pilih satu sahaja senaman untuk bahagian belakang anda, saya akan cadangkan anda sentiasa lakukan chin up bagi mempercepatkan pembesaran back anda! Sekejap sahaja anda boleh dapat back yang kembang seperti kepak. Tengok sahaja atlit-atlit bar seluruh dunia yang bertaraf professional. Semuanya mempunyai bentuk back dan biceps yang sangat besar. Apa yang anda perlukan hanyalah satu tempat untuk anda bergayut sahaja!
Burpees bukan calang-calang senaman. Ia mencabar kekuatan seluruh badan, ketahanan otot, ketahanan jantung, dan ketabahan serta kecekalan jiwa nurani hati sanubari anda. Mereka yang ingin membina tahap stamina yang tinggi sambil merendahkan lemak badan, burpees ibarat ubat ajaib dan sangat mujarab.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin mencatatakan masa kedua terpantas pada seisi latihan bebas hari pertama Moto3 pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Adam mencatatkan masa 2 minit 13.409 saat dan hanya dibezakan dengan 0.280 saat dengan pelumba pasukan Leopard Racing, Joan Mir yang mencatatkan masa 2’13.129 saat manakala rakan sepasukan Joan Mir iaitu Livio Loi ditempat ketiga terpantas dengan catatan 2’13.437 saat.
Pada seisi latihan pertama disebelah pagi, Adam berada dikedudukan kedua terpantas sebelum beraksi dalam keadaan litar basah pada seisi latihan kedua disebelah petang untuk berada ditangga keenam terpantas dengan catatan 2’29.655 saat.
Jelas Adam, keputusan yang diraih pada hari pertama begitu memuaskan namun apa yang penting adalah pada hari perlumbaan dan mengharapkan semua berjalan lancar.
“Untuk ujian pertama dalam keadaan litar basah ia begitu mengujakan namun memasuki ujian kedua agak perlahan memandangkan hujan sebelum seisi ujian kedua.
“Namun apabila digabungkan ujian masa pertama dan kedua, syukur apabila berada di dua terpantas,” jelasnya ditemui selepas seisi ujian masa.
Adam turut memaklumkan, beberapa aspek masih perlu dipertingkatkan khususnya dari segi brek dan ujian hari ini (semalam) lebih kepada mencari kepada keserasian dengan motor dan cuaca.
“Masih boleh dipertingkatkan lagi dan saya mengharapkan keadaan cuaca elok untuk esok (hari ini) dan pada hari perlumbaan,” katanya.
Catatan masa terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’13.129saat)
2- Adam Norrodin (SIC Racing Team / 2’13.409s)
3 – Livio Loi (Leopard Racing / 2’13.437s)
4 – Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers / 2’13.581s)
5 – Enea Bastianini (Estrella Galicia 0,0 / 2’13.728s)
Pernah lihat bagaimana bentuk badan atlet tomoi? Kebanyakan mereka mempunyai badan yang tidaklah terlalu ‘berketak’. Malah ada ramai yang mempunyai fizikal agak kurus tapu dalam masa yang sama mempunyai six-pack di perut.
Peratusa emak di badan mereka sangat sedikit dan banyak dimonopoli oleh otot. Lihat sahajalah perut, kaki, belakang dan lengan mereka.Semuanya berurat dengan otot pejal yang tidaklah terlalu besat tetapi tahan lasak.
Ramai lelaki yang megimpikan bentuk badan seperti mereka. Walaupun latihan mereka lebih keras dan bertaraf profesionla namun ada beberapa bentuk senaman anda boleh lakukan.
Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha.
Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut.
Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Jangan lupa subsribe YouTube MASKULIN untuk video work out seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.