adidas 1

Dalam satu penyatuan semula yang dinantikan selepas lebih satu dekad, adidas dan Liverpool FC mengumumkan kerjasama semula dengan pelancaran jersi baharu Home dan Away untuk musim 2025/26.

Namun lebih daripada sekadar pelancaran koleksi, kehadiran adidas di TRX Kuala Lumpur bermula 4 hingga 10 Ogos menandakan sebuah aktivasi yang meraikan legasi, komuniti dan keagungan juara EPL 2024/25 yang cukup ikonik ini.

Pop-up eksklusif adidas x Liverpool FC di Pavilion Kuala Lumpur bukan sekadar ruang pameran. Ia menjadi medan interaksi antara jenama global dan peminat tempatan yang setia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by adidas Malaysia (@adidasmy)

Menurut kenyataan rasmi adidas, aktivasi ini menampilkan beberapa elemen utama seperti iaitu The Champions Wall yang memaparkan deretan trofi paling ikonik.

MEMBAWA LEGASI ADIDAS & LIVERPOOL 

Selain itu, Liverpool Jersey Display yang memperlihatkan jersi baharu dengan lebih dekat, dan Letter to the Players, satu inisiatif unik di mana peminat menulis mesej tangan kepada pemain-pemain Liverpool yang akan dihantar terus ke Anfield.

Pengurus Besar adidas Football, Sam Handy berkata, “Kembalinya adidas ke Liverpool FC merupakan satu detik bersejarah buat kami.

Ads

adidas dan Liverpool FC Aktifkan ‘Semangat The Reds’ di TRX Kuala Lumpur

“Melihat tiga jalur ikonik kami kembali menghiasi jersi Liverpool FC adalah sesuatu yang sangat kami banggakan. Jersi Home benar-benar mewakili DNA Liverpool — elegan dan bersahaja, manakala jersi Away memberi penghormatan kepada sejarah gemilang kelab ini,” tambahnya lagi.

Dari aspek reka bentuk, jersi Home tampil dengan rona merah strawberry gelap, dilengkapi tiga jalur putih di bahu dan kolar leher bulat yang moden.

Manakala jersi Away pula tampil dalam palet klasik krim, hitam dan merah, gabungan warna yang pernah mendominasi sejarah jersi kedua LFC.

adidas dan Liverpool FC Aktifkan ‘Semangat The Reds’ di TRX Kuala Lumpur

Ads

Ben Latty, Ketua Pegawai Komersial Liverpool FC turut mengulas, “Ini lebih daripada sekadar pelancaran jersi baharu, ia menandakan permulaan hubungan selama 10 tahun antara LFC dan adidas.

“Sejak pengumuman kerjasama ini pada bulan Mac, kami merasai gelombang keterujaan dan jangkaan yang besar. Koleksi pertama ini menjadi penanda aras kepada musim-musim akan datang.”

Selain jersi, pelancaran ini turut memperkenalkan Pre-Match jersey, jaket Anthem ZNE dan kasut Samba edisi khas LFC. Setiap satu direka dengan elemen nostalgia dan budaya Liverpool termasuk corak gerbang Shankly dan frasa ‘YNWA’ yang tersemat pada perincian produk.

adidas dan Liverpool FC Aktifkan ‘Semangat The Reds’ di TRX Kuala Lumpur

Ads

Aktivasi ini tidak hanya menjadi sambutan terhadap koleksi baharu, tetapi juga simbol kebangkitan semula hubungan dua nama besar dalam dunia bola sepak dan gaya hidup sukan.

BACA: Rio Ngumoha, Budak 16 Tahun Permata Baharu Liverpool

Jersi terhangat Liverpool FC kini boleh didapati di butik adidas terpilih seluruh negara serta di laman sesawang www.adidas.com.my/en/liverpool serta rakan runcit utama. Pop-up di Pavilion TRX dibuka kepada umum dari 4 hingga 10 Ogos.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads