
Budaya larian di Malaysia kini bukan lagi sekadar trend hujung minggu atau aktiviti kecergasan semata mata. Ia sudah berkembang menjadi satu gaya hidup yang membentuk komuniti, identiti dan semangat baharu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menyedari perkembangan itu, adidas Malaysia kini melangkah lebih jauh menerusi kerjasama strategik bersama SCORE Marathon 2026 sebagai Official Sportswear Partner untuk salah satu acara larian terbesar negara.
Penganjuran SCORE Marathon 2026 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya dijangka menghimpunkan sehingga 50,000 pelari dalam usaha mencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di Malaysia.
Namun di sebalik angka besar itu, apa yang lebih menarik sebenarnya adalah bagaimana kerjasama ini mahu membentuk pengalaman larian yang lebih holistik untuk komuniti running tempatan.
Lihat siaran ini di Instagram
Larian Kini Sebahagian Daripada Gaya Hidup Moden
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, budaya running di Malaysia berkembang dengan sangat pantas. Dari casual runners hinggalah marathon chasers, semakin ramai menjadikan larian sebagai sebahagian daripada rutin hidup.
Dan adidas melihat fenomena ini sebagai sesuatu yang lebih besar daripada sekadar sukan.
“Di adidas, ‘You Got This’ mencerminkan kepercayaan kami bahawa setiap pelari, tidak kira di mana tahap perjalanan mereka, layak untuk berasa yakin, disokong dan diberi semangat untuk pergi lebih jauh,” kata Preston Page, Pengurus Negara adidas Malaysia.
Menurut beliau lagi, jenama itu mahu terus menjadi sebahagian daripada perjalanan setiap pelari tanpa mengira tahap kemampuan mereka.

“Daripada larian 5KM pertama hinggalah mengejar rekod peribadi baharu, kami komited untuk berada bersama pelari dalam setiap langkah perkembangan mereka dalam sukan ini,” tambahnya.
Pendekatan ini jelas menunjukkan bahawa adidas bukan sekadar mahu hadir sebagai penaja, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada budaya running yang semakin berkembang di Malaysia.
SCORE Marathon Kini Semakin Besar
Kerjasama ini juga dilihat sebagai satu langkah besar buat SCORE Marathon yang semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti pelari serantau.
Menurut CEO SCORE Sports Management, Patricia Tan, kolaborasi bersama adidas membawa dimensi baharu kepada keseluruhan pengalaman acara tersebut.
Lihat siaran ini di Instagram
“Kami sangat gembira mengalu alukan adidas Malaysia sebagai Official Sportswear Partner SCORE Marathon 2026. Ketika acara ini terus berkembang, kerjasama ini mencerminkan cita cita bersama kami untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman perlumbaan sambil menginspirasikan komuniti pelari yang lebih luas di seluruh rantau ini,” katanya.
Dengan pengiktirafan daripada World Athletics, SCORE Marathon kini bukan sekadar acara larian biasa, tetapi semakin dilihat sebagai antara platform running terbesar di rantau ini.
Pengalaman Lebih Daripada Sekadar Race Day
Apa yang membezakan kolaborasi ini adalah pengalaman menyeluruh yang mahu dibawa kepada peserta.
Bermula Mei hingga Julai 2026, adidas akan menganjurkan siri running clinics bersama adidas Runners Kuala Lumpur yang disokong oleh jurulatih bertauliah, pacers berpengalaman dan elite runners.
Klinik ini direka untuk membantu pelari daripada kategori 5KM hinggalah full marathon dengan fokus terhadap pacing, endurance, race preparation dan recovery.
Selain sesi fizikal, peserta juga akan menerima sokongan digital seperti training tips dan community runs bagi memastikan mereka benar benar bersedia sebelum race day.
Adizero Jadi Tumpuan
Menjelang Race Entry Pack Collection pula, adidas akan membuka Adizero experiential zone yang memberi peluang kepada pelari merasai sendiri teknologi kasut performance mereka seperti Adizero Evo SL dan Adizero Adios Pro 4.
Ruang ini bukan sahaja menawarkan product try on dan konsultasi bersama adidas crew, malah turut menyediakan customisation booth untuk peserta personalise race essentials mereka sendiri.
Dua koleksi eksklusif adidas x SCORE Marathon juga akan diperkenalkan khas sempena acara ini.
Race Village Lebih Meriah
Ketika race weekend berlangsung nanti, adidas turut membawa konsep recovery dan celebration menerusi Adizero experiential zone di Race Village.
Antara aktiviti yang bakal disediakan termasuk post race recovery zone, stretching station, foam rolling serta ruang khas untuk finisher celebration dan social content.
Ia menjadikan pengalaman marathon kali ini bukan sekadar tentang perlumbaan, tetapi juga komuniti dan gaya hidup.
BACA: 10 Kelebihan Larian Bersama Running Club Terutamanya Buat Beginner
Lebih Luas
Kerjasama antara adidas Malaysia dan SCORE Marathon 2026 jelas menunjukkan bagaimana budaya larian kini berkembang menjadi satu movement yang lebih besar.
Ia bukan lagi sekadar tentang siapa paling laju.
Tetapi tentang komuniti, pengalaman dan bagaimana sukan mampu menyatukan ribuan individu dengan semangat yang sama.
Dan dengan skala yang semakin besar, SCORE Marathon 2026 mungkin bakal menjadi titik penting dalam evolusi budaya running di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




