Aidid Marcello dan pasangan antara yang menghantar anak ke institusi tahfiz untuk memberi penekanan ilmu agama.
Malah, kini ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Anak Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.
Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.
Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.
Ads
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.
“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ini.
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.
Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.
Ads
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah tiada nanti.
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.
Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.
“Doakan juga kepada emak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.
“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.”
Mat Never Zero atau nama sebenarnya Adzim Hariz, merupakan seorang content creator sepenuh masa yang berjaya memikat hati ribuan penonton dengan kandungannya yang kreatif dan bermakna.
Berusia 26 tahun, perjalanan Mat untuk mencapai kejayaan dalam dunia digital bermula dari latar belakang yang mungkin tidak dijangka ramai.
Sebelum bergelar content creator, Mat bekerja dalam bidang pemasaran di pejabat.
Kehidupan rutinnya sebagai pekerja pejabat tidak pernah memadamkan impian besarnya.
Mat sering mendapat inspirasi daripada content creator terkenal seperti Luqman Podolski, Kyo Propaganda dan Mat Luthfi.
Melihat karya mereka membuatkan Mat tergerak hati untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Saya suka tengok konten-konten mereka. Benda itu menyebabkan saya rasa nak jadi macam diorang,” kata Mat.
Keinginan itu semakin membuak apabila dia mula melihat kadar bayaran untuk influencer.
Nama “Mat Never Zero” lahir daripada sebuah peristiwa yang menarik.
Video pertama Mat mendapat sambutan hangat kerana kandungannya yang unik dan “tidak kosong.”
Komen-komen daripada penonton yang mengatakan “mamat ni tak kosong” menjadi inspirasi utama untuk nama tersebut.
Mat mengubahnya ke dalam Bahasa Inggeris dan lahirlah identiti “Mat Never Zero.”
Antara impian besar Mat sebagai content creator ialah berkolaborasi dengan Luqmanrv, seorang content creator terkenal dari Indonesia.
“Saya rasa kerjasama itu boleh menghasilkan sesuatu yang hebat dan membuka peluang kepada penonton dari dua negara,” ujarnya.
Seperti kebanyakan content creator, Mat tidak lari daripada menghadapi cabaran antaranya adalah idea yang dihasilkan mesti kena sentiasa fresh.
Menjadi penting untuk memastikan idea kandungan sentiasa asli dan tidak meniru orang lain. Ini adalah asas kepada identiti kreatif Mat.
Yang kedua, cabaran turun naik viewers iaitu perubahan jumlah tontonan.
“Ramai content creator akan down bila tengok view mereka drop daripada 300k ke 20/30k,” kata Mat.
Namun, cara Mat mengatasinya adalah dengan berfikiran positif. “Tak payah fikir sangat, nanti next content akan naik la tu”, ujarnya.
Mat Never Zero telah membuktikan bahawa perjalanan dari kerja pejabat ke dunia content creator adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan usaha dan dedikasi.
Kandungannya bukan sahaja menghibur tetapi juga memberikan inspirasi kepada mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang ini.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda bersetuju bahawa hidup single adalah sesuatu yang menakjubkan dalam hidup lelaki? Jika tidak, anda mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Ketahui mengapa terdapat sebahagian lelaki lebih senang memilih hidup secara solo dari berpasangan.
Ada beberapa pemimpin negara yang “membujang’ tanpa ‘first lady’ mereka disisi. Dari pemimpin negara masa lalu hingga pemimpin negara yang masih ada saat ini. Para pemimpin negara tersebut tidak mempunyai kekasih mahupun isteri, atau ada yang sempat mempunyai isteri tapi kemudian bercerai dan menyendiri.
Berikut para pemimpin dunia yang pernah “membujang”:
Founding Father atau Bapa Pendiri Bangsa Amerika Syarikat Thomas Jefferson hidup menduda ditinggalkan isterinya yang wafat, ketika itu dua bermula menjabat jawatan Presiden pada 1801. Ketika dia masih bekerja sebagai pengacara, Jefferson menikahi janda muda berusia 23 tahun bernama Martha Wayles Skelton. Setelah 10 tahun kemudian, Martha menderita sakit diabetes.
Beberapa bulan setelah melahirkan anak bongsunya, Martha meninggal pada pada usia 33 tahun. Jefferson sangat terkesan dengan tragedi ini. Dia sempat mengurungkan dirinya di dalam bilik selama 3 minggu. Selepas itu, dia sering melancong jauh sendirian kerana masih terasa kehilangan isterinya yang begitu besar. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1801, dia terpilih sebagai Presiden dan memimpin pemerintahan tanpa First Lady.
Sebelum menjadi Presiden ke-15 AS, James Buchanan awalnya sempat bertunang dengan seorang wanita bernama Anne Caroline Coleman pada 1819. Namun sejak itu, mereka jarang bertemu kerana Buchanan sangat sibuk dengan pekerjaannya sebagai pengacara hingga akhirnya Coleman membatalkan pertunangan itu. Coleman sendiri meninggal secara tiba-tiba pada 9 Desember 1819.
Selepas kematian Coleman, Buchanan diketahui tak pernah menjalin hubungan lagi dengan seorang wanita ataupun menunjukkan rasa tertarik terhadap wanita. Ada khabar angin yang menyebut dia tidak tertarik dengan seks dan banyak petanda bahawa dia seorang pencinta sesama jenis. Buchanan tetap membujang hingga terpilih sebagai Ketua Negara AS pada 1857. Selama pemerintahannya, anak saudaranya, Harriet Lane diangkat menjadi anaknya dan berperanan sebagai First Lady.
Vladimir Putin pernah bernikah sebelum dirinya menjadi Presiden Rusia. Tapi kini dia menbujang dan tak punyai pasangan. Pada 28 Julai1983, Putin menikahi Lyudmila Shkrebneva, seorang mahasiswi jurusan filologi Sepanyol yang juga bekas pramugari Aeroflot. Putin dan Lyudmila kemudian dikhabarkan bercerai pada 6 Jun 2013.
Cleveland menjadi penghuni utama Rumah Putih atau Presiden AS dengan status bujang. Saudara kandungnya, Rose Cleveland, diangkat sebagai First Lady selama 2 tahun pertama pemerintahannya. Tapi status bujangnya berakhir pada 1885 ketika bertemu dengan Frances Folsom, seorang mahasiswi yang merupakan anak dari temannya. Setelah berkali-kali menjalin komunikasi menerusi surat, Cleveland memutuskan untuk mengahwini Frances.
Pada 2 Jun 1886, Cleveland menikahi Frances Folsomdi Rumah Putih. Ia merupakan satu-satunya presiden AS yang melangsungkan pernikahan di Rumah Putih.
Francois Hollande menjabat sebagai Presiden Perancis sejak 2012. Ketika itu, statusnya sudah menduda. Dia bercerai dengan isterinya, Segolene Royal pada 2007. Sehingga dia menjadi pemimpin utama negara tanpa isetri. Walaupun Hollande diketahui tengah menjalin hubungan dengan seorang wartawan Perancis bernama Valerie Trierweiler sejak 2007. Hingga terpilih sebagai presiden pada 2012, Hollande masih bercinta dengan Valerie sebagai sepasang kekasih.
Sejak itu, Valerie tinggal bersama Hollande di Istana Elysee dan ikut sang presiden ke beberapa perjalanan kenegaraan. Namun hubungan keduanya berakhir sejak Hollande dikhabarkan curang. Pada 25 Januari 2014, Hollande secara rasmi mengumumkan hubungannya dengan Valerie telah berakhir, setelah majalah Closer mewartakan kecurangannya dengan aktres Julie Gayet. Kini Hollande jadi presiden namun belum mempunyai isteri meski sudah punya kekasih.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam satu pendedahan mengejutkan, legenda aksi dunia, Jackie Chan, mendedahkan bahawa ayahnya, Charles Chan, sebenarnya seorang perisik semasa Perang Saudara China. Lebih mengejutkan, Jackie turut mengetahui bahawa nama keluarganya yang sebenar bukanlah “Chan”, tetapi “Fang”.
Jackie, 71, mengakui dia terkejut dan sukar mencerna maklumat yang terlalu besar itu secara tiba-tiba. Pendedahan ini berlaku ketika Jackie berusia 40-an, semasa satu perjalanan menaiki kereta bersama ayahnya. Charles berkata, “Anakku, aku sudah tua. Mungkin aku tidur dan tidak bangun lagi. Aku ada rahsia untuk diberitahu… Kamu bukan Chan. Nama asal kamu ialah Fang.”
Jackie mengakui bahawa beliau sangat terkejut dan pada mulanya tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Namun, selepas beberapa jam, beliau bersedia untuk mendengar kisah sebenar ayahnya.
Charles Chan, atau nama asalnya Fang Daolong, pernah berkhidmat sebagai perisik untuk Parti Nasionalis Kuomintang (KMT) yang dipimpin oleh Chiang Kai-shek pada tahun 1930-an dan 1940-an. Selepas kemenangan Parti Komunis China, beliau melarikan diri ke Hong Kong pada tahun 1950-an untuk mengelakkan penangkapan.
Kisah hidup Charles turut didokumentasikan dalam filem dokumentari “Traces of the Dragon: Jackie Chan and His Lost Family” yang diterbitkan pada tahun 2003. Dokumentari ini menggambarkan kehidupan Charles sebagai perisik dan juga mendedahkan bahawa ibu Jackie, Lee-lee, pernah terlibat dalam penyeludupan candu dan perjudian.
Mengimbas zaman kecilnya, Jackie mengakui dia seorang kanak-kanak nakal yang sering bergaduh, menyebabkan bapanya menghantarnya ke kelas seni mempertahankan diri.
Malah, bapanya akan memarahinya jika dia bergaduh dan turut pergi ke rumah mangsa untuk meminta maaf. Jackie kemudian digalakkan menyertai kumpulan opera Cina yang banyak menggunakan unsur seni bela diri dalam persembahan mereka.
Bermula sebagai pelakon lagak ngeri atau stuntman dalam filem-filem Bruce Lee, Jackie mengingati Bruce sebagai seorang yang sangat baik dan menyukainya sejak mula.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.