Nama Aizat Hamdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
Menerusi hantaran Instagram @aizathamdan, dia berkongsi sudah lebih setahun ‘low profile’ dalam mengikuti latihan sukan pertahanan diri itu.
Tambahnya lagi, pengalaman latihan yang dijalaninya itu sangat luar biasa.
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
Ads
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Aizat
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Ads
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai orang yang melakukan senaman sering tidak memberi tumpuan di bahagian pinggul dan bahagian punggung. Ini mungkin belaku kerana terlalu asyik melakukan senaman angkat berat atau cabaran bebanan bahagian upper body.
Antara cara untuk anda kurangkan lemak di mana-mana bahagian terutamanya di kawasan di punggung adalah anda perlu kurangkan berat badan melalui pemakanan dan lakukan senaman untuk dapatkan bentuk yang diidamkan.
Kali ini MASKULIN ingin mengesyorkan beberapa step senaman untuk anda mantapkan bahagian kaki. paha, betis dan juga punggung agar lebih mantap!
Lakukan skuat atau cankungan sekurang-kurangnya 30 kali dan repeat selama 3 kali.
Hold squat sama seperti squad cuma bezanya anda perlu cangkung dan selarikan tangan dengan bahu dan tahan selama 10saat. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Pergerakan ini sama seperti squat cuma anda perlu lebarkan sedikit kaki seperti sumo, dan tangan anda perlu mengikut pergerakan badan. Jika Turun, tangan perlu rapat di dada dan jika anda bangun, anda perlu membukanya atau bagai menolak badan ke atas. Lakukan pergerakan ini sebanyak 20 kali dan ulangi sebanyak 3 kali.
Sama juga seperti squad, cuma bezanya anda perlu menolak badan dengan cara melompat. Lakukan pergerakan ini selama 15 kali serta ulangi pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Pastikan peha di hadapan anda berkedudukan 90 darjah dan lutut ke kaki melutu ke tanah. Lakukan selama 25 kali dan ulang pergerakan ini sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali. Untuk lebih extreme lakukan dengan perlahan dan selang seli peha kanan dan kiri.
Lakukan pergerakan yang sama seperti Split Lunges cuma bezanya anda perlu melompat dan tukar-tukar peha kiri dan kanan. Lakukan 25 kali dan ulang sebanyak 3 kali.
Bagaikan katak melompat, itu gambaran yang paling mudah untuk anda bayangkan. Lompat dari point A ke B dan ulangi dari B ke A. Lakukan pergerakan ini sebanyak 10 kali dan ulang pergerakan ini sebanyak 2 kali.
Anda juga boleh guna beberapa jenis alat bantuan senaman untuk variasi senaman lebih baik. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam, apa kata buat jus diet ini. Selain menggunakan bahan yang menyihatkan, jus diet ini juga boleh mengenyangkan perut.
Ingin tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian jus diet oleh Sharinaz Redwan menerusi laman Facebooknya. Cara nak membuatnya juga mudah dan hanya menggunakan empat bahan sahaja iaitu timun, epal hijau, lemon dan madu.
Pagi ni Kak Naz nak share satu resepi jus peberet Kak Naz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.
Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting Kak Naz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.
Ok, ni sukatan jus yang Kak Naz buat untuk 1 gelas gedabak ni ye.
Tengah syok beraya, tiba-tiba tersondol batu sampaikan kaki terseliuh. Langkah awal yang biasa kita buat bila kaki terseliuh ialah sapu minyak panas atau urut bahagian kaki yang terseliuh itu untuk mengurangkan kesakitan.
Sebenarnya cara yang kita biasa lakukan ini rupanya salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk. Sekiranya kaki terseliuh, anda boleh kurangkan kesakitan mengikut tip yang dikongsikan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang kerap melakukan aktiviti berlari, berjoging atau bersenam.
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.