Kita selalu pepatah yang cinta itu buta, tetapi lelaki di Indonesia ini benar-benar membuktikan bahawa cinta itu buta apabila dia sanggup mengahwini wanita yang berbeza 49 tahun dan seusia neneknya .
Ade Irawan melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, dalam satu majlis di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini baru-baru ini.Merdeka.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.
Ads
“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.
“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.
Ads
Menurut saudara rapat Sanih, Ijo 44, sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai RP 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.
Ads
“Dia (Sanih) guna Rp 20 juta (RM6,300), Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.
Ijo juga menambah, Sanih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi wang hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).
Sementara itu, Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keganasan seksual terhadap wanita merupakan isu yang amat serius di India.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan keganasan terhadap seorang doktor berusia 31 tahun yang ditemui mati di sebuah hospital kerajaan di Kolkata.
Terpanggil untuk mengulas isu ini, Dr.Say Shazril yang juga pernah melanjutkan pelajaran di India tampil mengulas dan memberi peringatan kepada orang ramai sebelum ke sana.
Berdasarkan laporan statistik yang dikongsikan dalam video Dr.Say, lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Malah lebih menyeramkan adalah, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.
Dr.Say sendiri menjelaskan bahawa seorang manusia (lelaki) hanya boleh hasilkan 10ml air mani sahaja? Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya 3 orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.
Dr.Say turut berkongsikan pengalamannya ketika menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di India sekitar tahun 2008-2013, pernah berlakunya satu kejadian besar di Delhi pada 2012. Kejadian itu melibatkan seorang pelajar wanita dirogol dan dibunuh oleh 5 orang lelaki, semua pelaku telah dihukum mati.
Bulan kemerdekaan tahun ini menyaksikan Astro melancarkan kempen istimewa bertemakan “Inilah KITA, Sehati Bersama”, bermula 15 Ogos hingga 16 September 2025. Kempen ini diraikan sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya, semangat perpaduan, dan keindahan komuniti Malaysia.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata, “Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian.
“Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama, dan kerjasama seni kreatif.
“Kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita, dan mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Astro turut memperkenalkan KITA Channel di saluran 100. Channel ini bakal menayangkan pelbagai program tempatan seperti filem, drama, dokumentari dan rancangan juga program realiti.
Bermula dari 15 Ogos hingga 17 September, lebih 50 program akan dipersembahkan untuk mengangkat kisah rakyat Malaysia, semangat patriotisme dan pencapaian anak seni tempatan.
Penonton turut boleh menantikan tayangan perdana telefilem baharu hebat. Di antaranya seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh.
Seleksi pelakon-pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani dan MK K-Clique bakal menghiasai kaca TV dengan watak-watak menarik.
Konsert eksklusif seperti Slam X Exist: Our Journey dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire turut menjadi tarikan utama sebagai satu lagi cara meraikan bakat-bakat tanah air.
Selain itu, Astro turut mempersembahkan dokumentari pendek “Kisah Perpaduan Inilah KITA” di YouTube Astro Malaysia bermula 7 Ogos. Dokumentari ini memaparkan kisah-kisah inspirasi seperti:
Kempen ini turut mengajak rakyat Malaysia menghadiri acara Hello Inilah KITA pada 23 dan 24 Ogos di Pavillion Kuala Lumpur, bermula 5ptg.
Ia akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti pelbagai bangsa seperti Meerqeen, Qasrina, Mira Filzah, Hun Haqeem, TCO, Noryn Aziz, Niki Palikat dan ramai lagi.
Sementara itu, KITA FM akan bersiaran langsung dari Putrajaya pada Hari Kemerdekaan dan mengadakan jelajah ke 13 negeri sehingga 16 September, dengan sasaran mencipta rekod Malaysia Book of Records.
Lagu tema kempen, “Bangkit Malaysia” nyanyian Hael Husaini, akan dilancarkan di semua platform digital, manakala acara KITA Run pada 25 Oktober di Serenia City Central Park bakal menjadi penutup kempen. Larian ini menawarkan kategori 5KM dan 10KM, selain karnival dan konsert untuk seluruh keluarga.
Kempen “Inilah KITA, Sehati Bersama” bukan sahaja meraikan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, tetapi juga memperkukuh mesej bahawa kepelbagaian adalah kekuatan sebenar negara.
Di setiap cerita, aktiviti dan acara, semangat untuk bersatu dalam perbezaan menjadi nadi yang menyatukan rakyat Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermula dengan sekadar angan-angan seorang kanak-kanak melihat ahli gusti profesional Amerika Syarikat (AS) menerusi kaca televisyen, Ayez Shaukat kini berjaya bergelar sebagai ahli gusti profesional hingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan belum wujudnya industri gusti di Malaysia ketika dia bermula dahulu, kegigihan Ayez Shaukat merealisasukan angan-angannya itu sekaligus menjadikannya pelopor industri gusti profesional di negara ini.
Ayez mengakui usahanya bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkembangan baik dari usahanya dapat dilihat hanya selepas lebih 10 tahun.
Cita-cita Ayez sudah pun ditetapkan dalam perancangan hidupnya sejak kecil lagi disebabkan begitu minat menonton rancangan gusti dari luar negara yang disiarkan di kaca televisyen tempatan.
“Semua kenal siapa Stone Cold, siapa The Rock, siapa Undertaker semua. Jadi saya salah seorang yang tengok gusti daripada zaman itu dulu dan memang rasa obsess,” ujarnya kepada Maskulin
“Jadi memang daripada kecil dah memang tetapkan dalam otak saya nak jadi seorang ahli gusti profesional”.
Kini, Ayez bukan sahaja sudah mempunyai pengalaman bergusti bersama syarikat gusti profesional seperti Ohio Valley Wrestling (OVW) dan Reality of Wrestling (ROW), dia juga berjaya muncul di kaca televisyen AS bagi sukan itu.
Sebagai seorang ahli gusti profesional, Ayez tidak menafikan yang sukan itu merupakan satu bentuk hiburan sukan.
“Memang betul gusti ini adalah berlakon, berskrip. Kita (ahli gusti) tidak pernah cuba tipu kalian pun. Saya seorang penghibur, seorang pencerita.
“Gusti ialah hiburan sukan. Saya tak kisah orang nak kutuk ke sebab selera orang berbeza-beza. Ada yang minat, ada yang tak minat,” tegas Ayez.
Seperti sukan yang lain, gusti juga tidak terlepas dari sebarang risiko kecederaan.
Antara kecederaan yang telah dialami oleh Ayez termasuklah terkehel lutut kiri dan kanannya.
Selain bergiat aktif dalam sukan gusti profesional, Ayez juga seorang penggiat industri perfileman Malaysia.
Ayez merupakan seorang pengarah, pengarah aksi serta pelakon aksi.
Antara projek akan datang yang Ayez terlibat adalah seperti “Kahar: Kapla High Council” dan juga “Takluk: Lahad Datu”.
Bekerja di dalam dua industri ini, Ayez menyimpulkan yang menjadi seorang ahli gusti profesional tidak jauh berbeza dengan seorang pelakon lagak ngeri.
Yang membezakannya adalah, aksi ahli gusti dilakukan secara langsung, spontant, tanpa cut dan suntingan.