Sebenarnya masalah atau simptom ‘microsleep’ bukanlah satu perkara baharu. Saban tahun kita dapat membaca berita kemalangan jalan raya yang ngeri disebabkan pemandu terlelap dalam masa beberapa saat atau dikenali sebagai microsleep.
Dan ketahuilah juga bahawa masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pemandu kenderaan empat roda tetapi juga boleh berlaku kepada penunggang motosikal.
Menerusi sebuah video yang telah tular beberapa hari lalu seorang penunggang motosikal dipercayai tertidur atau microsleep lalu nyaris digilis sebuah lori tangki di sebelahnya.
Video tersebut mendapat reaksi warganet yang cukup ngeri dengan kemalangan tersebut. Kejadian microsleep boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Dan ia mungkin lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana keletihan.
Tapi adakah anda tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sindrom microsleep?
MAKSUD MICROSLEEP
Microsleep merupakan kondisi yang sangat berbahaya dan telah meragut banyak nyawa di jalan raya. Malah ia kini dikenali pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Jadi apakah penyebab utama microsleep?
Punca utama ia berlaku ialah disebabkan badan berasa penat dan berlaku terutamanya bila kurang tidur. Ia juga berlaku dalam situasi bila seseorang berdepan dengan perkara yang dilakukan secara berterusan seperti memandu atau menonton TV. Lebih mengantuk anda maka rasa lebih tinggi berdepan risiko sindrom microsleep.
Dan microsleep ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada mereka yang rasa tubuh badan sihat.
Jadi bagaimanakah anda sebagai pemandu boleh mengelak daripada berdepan risiko bahaya microsleep?
MASKULIN ingin kongsi beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak jadi mangsa kemalangan akibat microsleep.
Pilih waktu sesuai
Pertama sekali, elak elak memandu ketika anda rasa diri kurang aktif atau peka. Sebaiknya mulakanlah perjalanan ketika badan berasa paling segar yang maksima.
Tidur yang cukup
Rancang perjalanan dengan baik mengikut waktu tidur. Ingatlah tidur yang mencukupi dapat memberikan kondisi fizikal yang lebih peka dengan sekeliling.
Ads
Bawa teman
Jika memandu jarak jauh carilah teman sekurang-kurangnya seorang. Memandu seorang diri dalam perjalanan jauh cukup membosankan.
Semasa memandu sentiasalah ingat untuk fokus pada jalan raya dan juga kenderaan lain. Jika kita sentiasa beringat InsyaAllah perjalanan akan bertambah selamat.
Berinteraksi
Jika balik bersama ahli keluarga atau kawan-kawan berinteraksilah dengan mereka dari semasa ke semasa. Jangan biarkan kesemua penumpang tidur dalam satu masa.
Sentiasa bergerak
Apabila berhenti di R&R, ambil masa 5 hingga 10 minit untuk regangkan badan, berjalan dan basuh muka untuk badan yang lebih segar. Pengaliran arah yang baik boleh memberikan keselesaan bukan sahaja kepada fizikal tetapi mental.
Ads
Tempoh berhenti
Bagi perjalanan yang lebih efisien berhentilah setiap 2 atau 3 jam perjalanan. Jangan paksa diri untuk memandu terlalu lama.
Guna Aplikasi
Sekarang terdapat beberapa jenis apps anti-tidur yang terdapat di pasaran. Gunakan apps ini untuk membantu korang daripada tertidur semasa memandu. Ia akan berbunyi dan bergegar selang beberapa minit megikut tetapan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang baik untuk anda. Terutamanya buat anda yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh dan balik kampung dalam masa yang terdekat. Berhati-hati di jalan raya!
Bagi peminat automotif di antara model kereta yang cukup sinonim dengan jenama Volkswagen ialah Golf. Tidak dapat dinafikan dengan reka bentuk yang sporty serta saiznya yang ideal menjadikan model ini cukup digemari ramai.
Kini selepas 20 tahun ia diperkenalkan, Volkswagen melancarkan edisi khas, Volkswagen Golf R ’20 Years’ edition. Lebih menarik, ini merupakan buat pertama kali model Golf hadir dengan lencana ‘R’ yang membawa maksud ‘racing’.
Hadir dengan spesifikasi mantap dan sporty, Golf R tampil dengan enjin 2.0 turbocharged yang mampu menjana 328 hp (245 kW). Ia merupakan angka peningkatan yang sangat signifikan berbanding model Golf biasa.
Enjinnya cukup hadir dengan pacuan empat roda dengan penambah baikin sistem turbocharger menjadikannya sebagai sebuah jentera yang jauh lepas pantas ketika memecut. Menurut Volkswagen, model yang cukup istimewa ini mampu melakukan pecutan 0 hingga 100 km/j hanya dalam tempoh masa 4.6 saat.
Satu catatan yang cukup mengagumkan bagi kereta dalam kelasnya. Dari segi gaya perincian, ia juga hadir dengan lencana ’20’ dan juga ‘R’ menandakan signifikasi tersendiri mewakili ulang tahunnya. Selain itu, ia juga ditampilkan dengan spoiler bumbung dan rim VW Estoril Wheel.
Pada bahagian dalamannya juga cukup menarik dengan pelbagai kelengkapai multimedia dan kemasa berkualiti tinggi. Dekoratifnya penuh dengan kemasan dari karbon dan tempat duduknya dari bahan kulit Nappa dan logo ‘R’ berwarna biru yang bersulam.
Jelas mereka lagi, Volkswagen R ’20 Years’ bakal dipertontonkan kepada umum pada pertengahan tahun ini dan dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Telah tular dalam media sosial baru-baru ini apabila kelibat dua kereta peronda polis yang bermodelkan Honda Civic Type R kelihatan merentasi beberapa buah jalan di ibu kota.
Ujar Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa, kereta model berkenaan sebenarnya cuma dipinjam sahaja.
Dipinjam untuk lihat kesesuaian
Tujuan kereta berkenaan dipinjam adalah untuk dipandu uji pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melihat sejauh mana keserasian pasukan tersebut dengan jentera berkenaan.
Tambahan pula, ia juga merupakan cadangan daripada pihak Honda bagi membolehkan PDRM menjalankan penilaian teknikal dengan lebih efektif.
PDRM nilai 3 hingga ke 6 bulan
Tajudin turut memberitahu agensi media tempatan, kereta berkenaan dipinjam dan dipandu uji dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Kemudian, kereta yang turut menerima jolokan nama FK8R ini akan dipulangkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos.
Keupayaan Honda Civic Type R
Model kereta FK8R ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter VTEC Pengecaj Turbo yang menjanjikan kuasa maksimum 310PS pada 6,500 rpm.
Manakala tork maksimum pula boleh mencecah sehingga 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm dan harga pasarannya ketika ini adalah RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.
Andai kata PDRM jadi guna kereta model ini membanteras penjenayah dalam negara, cun tak cun?
Kena pula kalau yang bawa tu abang polis yang hensem, cairlah hati para gadis melihat jejaka yang tampan segak memberkas penjenayah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada angin, tiada ribut kereta anda tiba-tiba ada bau hangit dan kemudian berasap. Lampu suhu indikator pula menyala merah. Enjin kereta rupanya berasap dan bermasalah!
Ya, sebenarnya enjin kereta anda sudah overheat! Tapi tahukah anda sebenarnya kondisi kereta atau enjin kereta menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Foto: emanualonline.com
JADI APA MASALAHNYA?
Berikut merupakan beberapa masalah enjin kereta yang boleh anda kenal pasti.
Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
Motor kipas rosak atau bermasalah
Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
Radiator bocor
Radiator tersumbat
Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
Masalah termostat
Drive belt kendur, rosak atau putus
Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
Core plugs bocor
Laluan air atayu coolant di dalamnya tersumbat
PERKARA PENTING
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Foto: reliableautomotive.com
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat.
Dalam kesimpulannya, masalah enjin overheat bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Ia boleh mengakibatkan kerosakan serius kepada komponen enjin dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlu sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal masalah ini, seperti jarum suhu yang meningkat, asap putih dari ekzos, atau bau terbakar.
Penyelenggaraan berkala, seperti menukar cecair penyejuk dan memastikan sistem penyejukan berfungsi dengan baik, adalah langkah-langkah pencegahan yang penting.
Dengan cara ini, kita dapat memastikan kenderaan beroperasi dengan lancar dan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.