Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua konsert mega yang menampilkan barisan artis ternama, dan yang lebih menarik, ia terbuka kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk.
Inisiatif membawakan Konsert MeleTOP TVS dan Konsert Berkat Gawai Kaamatan ini merupakan kolaborasi strategik antara TVS dan Astro, disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, serta Majlis Bandaraya Miri.
Penganjuran ini bukan sekadar acara hiburan, bahkan signifikan dalam meraikan ulang tahun Miri yang ke-20 serta menyemarakkan sambutan Gawai dan Kaamatan.
Konsert MeleTOP TVS bakal membuka tirai pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri. Konsert ini menandakan kerjasama sulung antara dua jenama hiburan gergasi, TVS dan Astro, selain menjadi penampilan perdana MeleTOP di Bumi Kenyalang.
Barisan artis yang akan memanaskan pentas termasuk nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, dan ramai lagi.
Gabungan bakat ini dijangka membawakan persembahan yang menggabungkan elemen kontemporari dengan sentuhan budaya Borneo. Konsert ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (Saluran 122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan platform Sooka.
Tidak terhenti di situ, kemeriahan bersambung dengan Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 21 Mei 2025, bertempat di lokasi sama.
Konsert ini dimeriahkan dengan kehadiran ratu rock negara, Ella, sebagai tunjang utama. Turut sama berkongsi pentas adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, serta artis dari Kalimantan, Marina Jara.
Konsert yang bermula jam 7:30 malam ini akan disiarkan oleh TVS pada 31 Mei 2025, jam 9 malam.
Penganjuran dwikonsert ini menzahirkan komitmen dalam menyebarkan keceriaan dan hiburan berkualiti kepada masyarakat.
Menurut Sardon Zainal, Ketua Kandungan Tidak Berskrip & Kreatif di Gen Next Astro, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei dan Kalimantan adalah lokasi yang tepat untuk sambutan ini.
“Dengan ulang tahun Miri yang ke-20 semakin hampir, tiada masa yang lebih baik untuk menganjurkan konsert ini. Kami teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua orang!”
Elyna Bidol, Ketua Pegawai Operasi TVS, turut berkongsi sentimen yang sama. “Kami berbangga dapat menyatukan dua jenama hiburan utama untuk malam yang tidak dapat dilupakan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS.
“Jutaan terima kasih kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri, serta penduduk Sarawak dan Sabah atas sokongan luar biasa mereka. Muzik menyatukan kita semua, dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”
Kedua-dua konsert ini menawarkan peluang keemasan untuk menikmati persembahan bertaraf bintang secara percuma.
Tiket boleh didapatkan melalui tvsarawak.my/kejutan-tvs selagi stok masih ada. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sambutan muzik, budaya, dan perpaduan yang epik ini di Miri Mei depan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semenjak kos sara hidup makin meningkat ni, hidup kita sebagai rakyat marhaen pun turut terjejas. Mana taknya, harga minyak naik, perbelanjaan harian meningkat, ditambah dengan gst memang terkadang terasa perit lagi-lagi akhir bulan. Sungguh berat ujian Allah buat kita semua.Moga kita semua dipermudahkan urusan dan murah rezeki. InshAllah. Jom amalkan zikir harian ini di bulan puasa yang mulia ini. Mudah-mudahan rezeki kita akan melimpah ruah dan berlipat ganda hendaknya.
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan Power Rangers, bukan? Disebabkan itulah baru-baru ini telah tular sebuah video memaparkan rakaman sepasang pengantin baru diraikan di sebuah acara dengan menggayakan kostum Power Rangers.
Menerusi video tersebut pengantin disambut dengan penuh keceriaan dengan pengantin lelaki mengenakan kostum Blue Ranger manakala pengantin perempuan pula dengan kostum Pink Ranger. Menariknya pengantin lelaki walaupun berkostum tetap lengkap dengan samping manakala pengantin perempuan pula dengan veil.
Rakaman video tersebut difahamkan berlangsung pada 13 April yang lalu bertempat di UTC Datuk Keramat. Susulan tularnya video tersebut, terdapat segelintir warganet yang turut rasa panas punggung dengan telatah mereka.
Malah ada yang menuduh pasangan tersebut membelakangi budaya orang Melayu. Walhal itu bukanlah perkara yang sebenarnya berlaku! Sebenarnya itu bukanlah majlis kenduri mereka tetapi diraikan di sebuah acara Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL). Bahkan difahamkan juga pasangan tersebut baru sahaja selesai diraikan dalam dua majlis bersama keluarga iaitu majlis pernikahan dan majlis bertandang.
Rentetan dengan pelbagai komen berbaur negatif dan tuduhan melulu itu, salah seorang penganjur tampil memberikan penjelasan. Menerusi sebuah posting di Facebook, penganjur yang dikenali dengan nama Wan Kedah tampil untuk menjernihkan keadaan.
Ikuti penjelasan daripadanya di bawah:
Salam semua dgn views video dah beratus ribu kot..dan komen2 agak kasaq. saya rasa bertanggungjawab kena clearkan isu ni
1. Ya saya organiser event geng mainan dan cosplay nama CTFKL atau Collectors Toy fair Kuala Lumpur… atau kelab pengumpul mainan kuala lumpur yg sah dah sudah diregistered.
2. Depa 2 ni memang geng cosplay lama dah(pakai costume la)
3. Sudah diijab kabul pada 12 mac 2019
4. Ni merupakan bersanding kali ke 3..
5. Kami geng mainan hanya meraikan depa. Di event mainan.. dalam dewan tu kami dah macam family.
6. Depa pun mula berjumpa dan bercinta di CTFKL3 (2016) dan CTFKL4 (2018)
7.Kami cuma meraikan depa cara kami. Sat saja 30 minit
Nama event pun kampong geng mainan.. ala macam ada org kawin di kampong la. Tapi kampong kami Bukan kampong hangpa
8. Bacaan doa dan negaraku pun ada
Aku sini minta maaf kpd kedua pengantin baru kita serta keluarga dia.
*Ada kata pakai helmet sebab nak kawin 2. Hahaha lawak..
Tq semua geng menan yg defend dan cuba clearkan..
Harap clear la. Maafkan daku depa tak paham
Event tadi pun event amal utk anak yatim dan asnaf raudah gombak.
Tq Saya yg sentiasa mencari menan Wan Muhammad Aznan Dato Wan Azmi Founder CTFKL Kampong Bendang Man 08200 Sik.Kedah
#ctfkl2019
Semoga dengan penjelasan ini tiada lagi komen bukan-bukan dihamburkan kepada pasangan tersebut. Apa salahnya mereka diraikan bersama-sama dengan minat mereka.
Kepada pasangan ‘Power Rangers’, Selamat Pengantin Baru diucapkan daripada kami di team MASKULIN! Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.
Go, go Power Rangers!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang