Suatu ketika dahulu ramai lelaki yang memandang sini akan apa jua bentuk hiburan dari Korea. Mungkin kerana populariti drama-drama cinta Korea menyebabkan ramai yang berfikiran begitu.
Namun kini segalanya sudah berubah. Lihat sahaja seleksi filem, drama, program aneka ragam serta muzik K-pop yang kini diterima ramai tanpa mengira umur dan jantina.
Malah filem Korea juga kini dipandang sangat tinggi bukan sahaja oleh peminat tapi penggiat filemnya juga. Nila berbicara tentang pelakon Korea pula ramai menganggap mereka semua menjalani pembedahan plastik.
Ads
Sebenarnya ada sahaja pelakon Korea terutamanya wanita yang semula jadi cantik sejak dari zaman remaja lagi. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari allkpop yang menyenaraikan aktres Korea dengan foto graduasi mereka.
Ads
Aktres seperti Lee Yeon Hee, Moon Chae Won, Han Hyo Joo, Park Bo Young, Park So Dam, Kim Tae Ri, Go Ara, Kim Go Eun, Jung Yoo Mi dan ramai lagi turut tersenarai.
Timbulnya uban di kepala sering kali dikaitkan dengan proses penuaan. Ada lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik. Namun, jangan terkejut ramai wanita mengakui lelaki beruban punya daya tarikan tersendiri.
Siapa yang tidak mengenali Richard Gere. Bagaimana pula dengan George Clooney dan Steve Martin?. Tetap kacak dan bergaya bukan?. Di Malaysia pula, Dato’ Jalaluddin Hassan, Chef Wan serta Dato’ Hj Rahim Razali. Kesemua daripada mereka masih lagi tampil segak, menawan dan digilai walau pun umur sudah mencecah setengah abad. Rambut yang beruban langsung tidak membayangi persona mereka. Bagaimana?
Ramai berpendapat rambut beruban di kepala lelaki boleh mencairkan hati sang wanita. Berdasarkan uban yang timbul, wanita mudah terpikat kerana uban menampakkan sisi matang si dia, selain itu lelaki beruban dipercayai berpengalaman, misteri dan romantik.
MITOS RAMBUT BERUBAN 1) Kejadian mengejutkan penyebab uban di kepala. Tidak, menurut Penolong Profesor Klinik bidang Dermatologi, University Medical Center, Amerika Syarikat menyatakan uban muncul ketika sel-sel melanosit yang ada di folikel rambut telah berhenti menghasilkan melanin (pigmen yang memberikan warna pada rambut).
2) Tekanan mempercepatkan ketumbuhan uban. Ya, aktiviti dan ketumbuhan melanosit di sel rambut dipengaruhi oleh hormon stres. Saintis percaya mereka yang mengalami tekanan berpanjangan memiliki uban lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengalami tekanan.
3) Nutrisi tidak seimbang punca uban timbul dengan cepat. Ya, kajian pakar kesihatan global percaya kurangnya pengambilan vitamin A dan B-12 akan mempengaruhi penghasilan melanin di akar rambut.
4) Mencabut uban akan membuatkan banyak lagi uban timbul. Tidak. Kajian membuktikan uban akan timbul pada folikel yang sama setelah dicabut. Tiada bukti saintifik makin banyak uban akan timbul. Malah doktor menyarankan agar uban tidak dicabut kerana tindakan ini boleh melukakan kulit kepala dan terjadinya infeksi.
5) Aspek penuaan punca rambut beruban. Tidak tepat 100% kerana ada yang sudah beruban bermula umur 20-an dan 30-an lagi. Ini disebut uban pra-matang (premature graying). Aspek keturunan juga mempengaruhi genetik uban di kepala.
ELAK RAMBUT BERUBAN
– Ambil makanan yang tinggi kandungan protein seperti ikan.
– Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi di sel rambut.
– Vitamin E juga elok untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban.
– Gunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan semula jadi bagi mengatasi rambut beruban.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isotretinoin adalah salah satu ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Namun, pengambilannya perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Seorang doktor pakar kulit, Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky menekankan beberapa aspek penting mengenai pengambilan Isotretinoin yang perlu anda ketahui.
Pertama sekali, pengambilan Isotretinoin haruslah mengikut dos dan jangka masa yang bersesuaian. Penggunaan dos yang salah atau pengambilan dalam tempoh yang terlalu lama boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius seperti kerosakan hati dan ginjal. Maka, amatlah penting untuk tidak mengambil ubat ini tanpa bimbingan doktor.
Sebelum memulakan rawatan dengan Isotretinoin, adalah wajib untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar kulit. Doktor akan menilai keadaan kulit anda dan menentukan sama ada anda memerlukan Isotretinoin atau tidak.
Jika perlu, doktor akan menetapkan dos yang sesuai dan tempoh pengambilannya. Ini kerana hanya doktor pakar yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang cara terbaik untuk menggunakan ubat ini dengan selamat.
Selain itu, ubat Isotretinoin perlu diperoleh secara eksklusif daripada doktor pakar kulit yang merawat anda. Mendapatkan ubat ini dari sumber luar, terutama melalui pembelian dalam talian, adalah sangat berbahaya.
Ubat yang dibeli dari sumber yang tidak sah mungkin tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti, dan tiada jaminan bahawa ia adalah produk yang sah. Hanya doktor yang merawat anda yang boleh memantau perkembangan kulit anda dan melakukan penyesuaian dos jika perlu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Dr Ingky juga menegaskan bahawa sebarang risiko buruk akibat pembelian ubat secara sendiri adalah tanggungjawab individu tersebut.
Tanpa pengawasan doktor, seseorang mungkin tidak sedar akan kesan sampingan yang boleh timbul dan bagaimana untuk menanganinya dengan betul. Pemantauan doktor adalah kunci untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan selamat.
Secara keseluruhannya, pengambilan Isotretinoin memerlukan perhatian dan pemantauan yang rapi oleh doktor pakar kulit. Pastikan anda mengikuti arahan doktor dan tidak mengambil risiko dengan membeli ubat ini dari sumber yang tidak sah. Kesihatan kulit anda adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan bijak, dan konsultasi dengan doktor pakar kulit adalah langkah pertama yang penting dalam perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.