Tak dinafikan bila berlaku konflik suami isteri berlaku situasi satu pihak bertindak keluar dari rumah dan keras hati untuk berbaik semula walaupun pasangannya sudah beralah atau memujuk.
Bagi pasangan yang dalam konflik ini moga doa dan amalan yang dikongsi oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh diamalkan
Amalan Lembutkan Hati Pasangan Berkonflik, Agar Kembali Bahagia
Amalan Lembutkan Hati Pasangan Berkonflik
Pergaduhan dalam rumahtangga merupakan satu kebiasaan kerana ketika itulah kita lebih mengenali hati budi dan cara kita menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Namun, janganlah pertengkaran ini dibiarkan lama kerana ia akan mengkeruhkan lagi keadaan. Maka, antara amalan untuk melembutkan hati pasangan agar kembali ke pangkuan keluarga adalah:
Amalan Lembutkan Hati Pasangan Berkonflik, Agar Kembali Bahagia
Maksudnya: TaaHaa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Antara cara yang terbaik adalah dengan bermu’asyarah sebaik-baiknya dengan pasangan suami isteri. Hal ini berdasarkan nas Ilahi:
Ads
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Amalan Lembutkan Hati Pasangan Berkonflik, Agar Kembali Bahagia
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Ads
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.
Takrifan kacak atau ‘paling handsome’ tidak dinafikan cukup subjektif bagi setiap orang. Namun salah satu perkara kita harus setujui ia kebanyakan secara konsensusnya tidaklah terlalu berbeza.
Saban tahun pasti akan ada sahaja carta artis atau selebriti paling cantik dan juga kacak. Dan setiap kali itulah ia akan dapat mencuri perhatian para peminat dengan penuh minat.
Salah satu carta yang dikeluarkan oleh TechnoSports tidak kurang popularnya. Menerusi laman sesawangnya, mereka membariskan 10 orang artis atau figura yang dianggap paling kacak di dunia.
Difahamkan carta ini disusun berdasarkan oleh pelbagai laporan dan berita sebelum ia dihimpunkan serta dirangkumkan kepada carta kedudukan paling tinggi.
Untuk carta lelaki paling kacak 2023 mereka mendapati Kim Tahyung atau popular dengan gelaran V dari grup K-pop, BTS berada di carta pertama. Populariti BTS sememangnya tidak dapat disangkal dengan pelbagai rekod industri muzik telah berjaya dipecahkan mereka.
V yang merupakan salah seorang ahli BTS paling popular telah berjaya mengalahkan nama-nama besar seperti bintang Hollywood iaitu Robert Pattinson, bintang Bollywood, Hritik Roshan dan juga aktor memainkan peranan Spider-Man, Tom Holland.
Manakala di tempat kelima pula diduduki oleh David Beckham yang kini berusia 48 tahun namun penampilannya masih dikagumi ramai.
Carta ini juga turut menempatkan Idris Elba di tempat keenam. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula menjadi satu-satunya figura bukan artis yang berjaya menembusi top 10 dengan kedudukan di tempat Kanada.
Top 10 carta tersebut dilengkapkan dengan membariskan nama-nama besar Hollywood iaitu Bradley Cooper, Chris Evans dan juga Zac Efron.
Adakah anda bersetuju dengan senarai ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.
Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.
Walaupun perjalanan melebihi radius 10 km sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.
Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan COVID-19 kepada keluarga masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif COVID-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.
Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.
Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.
Trend berbasikal di negara kita sememangnya semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lihat sahajalah pada hujung minggu atau cuti umum, pasti kita dapat melihat kellibat penunggang basikal melakukan kayuhan di atas jalan raya.
Akan tetapi dengan populariti yang semakin melinjak timbul pula masalah lain apabila ada warganet dan rakyat Malaysia mengeluh kerada terdapat kaki basikal melakukan kayuhn di atas lebuh raya.
Lalu ia mengundang persoalan adakah ia boleh di lakukan di atas lebih raya?
Perkara ini telah dijelaskan oleh Polis Diraja Malaysia dengan cukup tegas sekali. Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Jelasnya lagi, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan tunggangan secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
“Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal,” katanya lagi.
Mengulas isu kumpulan berbasikal di atas lebuh raya kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.
Tambahnya lagi, penunggang basikal yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal juga boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.
“JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advokasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya. Pihak polis tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan”.
Berdasarkan rekod sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan telah direkodkan.
Beliau turut menasihati para penunggang basikal supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain. Pilih lokasi dan masa sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelak tempat sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta mengundang risiko kemalangan.
Buat pemandu kenderaan lain yang lebih besar, bertimbang rasa dan berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.