Macam-macam produk yang dijual di pasaran dikatakan membantu untuk menurunkan berat badan. Selain mengambil makanan yang sihat, terdapat banyak suplemen lain yang boleh membakar berat badan and dan salah satunya adalah kopi hijau. Mungkin ada yang sudah mencuba. Tak kurang juga yang langsung tak pernah mendengar tentang kewujudan kopi ini.
Kopi hijau adalah biji kopi asli yang belum dipanggang dan masih mempunyai zat-zat dan kelebihan yang terkandung dalamnya. Kopi ini bertindak untuk membakar lemak dan dapat mengawal anda daripada makan dengan banyak.
Antara kelebihan kopi hijau yang boleh membantu anda untuk menurun berat dengan cepat adalah, ia kaya dengan anti-oksidan yang berguna untuk mengurangi efek kerosakan sel akibat daripada radikal bebas dalam tubuh.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan metabolisme dalam tubuh sehingga mampu meminimalkan pelepasan glukosa berlebihan dari hati ke dalam darah. Kandungan ini juga mampu untuk membakar lemak dengan lebih cepat.
Bukan saja itu, ia juga boleh membuatkan anda tahan lapar dan mengawal nafsu makan anda.
Menurut rootofscience.com, terdapat banyak kajian yang menunjukkan kopi hijau boleh menurunkan berat badan. Tetapi yang menjadi masalah kepada kajian tersebut adalah ia menggunakan jumlah sampel yang kecil, cara membuat kajian yang salah, masa kajian yang pendek dan beberapa kelemahan lagi.
Ini membuatkan saranan untuk mengurangkan berat badan dengan pengambilan ekstrak kopi hijau masih lagi dalam dilema.
Kajian yang lebih mampan menggunakan cara yang betul dan masa yang lebih lama masih lagi diperlukan. Buat sementara waktu ini, kepercayaan bahawa kopi hijau boleh menurunkan berat badan adalah masih tidak berasas.
Lagi-lagi jika mereka menjual green coffee sahaja. Sebab kajian yang dibuat hanya pada ‘ekstrak’ green coffee. Bukan kopi hijau sahaja.
Tapi kami sarankan supaya anda mencuba sendiri. Mana tahu dengan alternatif ini anda dapat menurunkan dan maintainkan berat badan anda.
Sumber: rootofscience.com & greencoffee.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Protein sangat penting untuk pembinaan otot, pilih makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya. Sumber dari karbohidrat sangat penting untuk membekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu selama 10- 15 minit sahaja. Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Pastikan dapat rehat sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak ada sesiapa pun di dalam dunia ni suka sakit. Penyakit sering singgah ke dalam diri seseorang itu jika mereka terlalu stress berkerja dan tidak menjaga pemakanan yang seimbang. Penyakit yang sering datang dan pergi dalam hidup kita adalah demam, batuk dan selesema. Kadang-kadang, ketiga-tiga ini akan datang serentak.
Untuk anda yang sering mengalami masalah selesema, biasanya doktor akan menyalahkan cuaca yang tidak menentu dan anda kurang hidrat dengan tidak mengambil minuman secukupnya. Jadi, kecenderungan anda untuk terlantar di atas katil, selama beberapa hari itu menjadi kewajipan.
Mual dan muntah sebahagian daripada selesema, dan kemungkinan besar anda tidak mempunyai selera makan yang baik sepanjang anda sakit. Penting untuk seseorang mendapat nutrisi yang mencukupi semasa anda mempunyai selesema untuk memberi kekuatan tubuh bagi melawan virus. Sesetengah makanan memang baik, namun ada beberapa jenis makanan yang anda rasa bagus, namun sebenarnya ia akan lebih menerukkan keadaan. Ini antara senarai makanan yang anda harus elak bila terkena selesema
Makanan bergula
Tidak lagsung mempunyai ciri-ciri makanan yang sihat! Makan diet yang tinggi gula juga akan menyebabkan selesema kerana akan berlaku keradangan. Keradangan merupakan elemen sinus dan akan menyukarkan anda untuk mengusir lendir, iaitu jenis persekitaran yang hangat dan lembap yang disukai oleh virus selesema. Keradangan juga boleh melemahkan jangkitan badan yang membunuh sel darah putih. Jadi, walaupun halia mempunyai pelbagai fungsi, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat ketika anda selesema. Buat teh halia juga membantu untuk anda hilangkan selesema.
Produk tenusu
Susu dan seluruh kaum tenusu sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Namun, ia juga adalah penyebab anda selesema tidak henti-henti kerana ia boleh menebalkan lendir dan kekal di dalam sistem anda lebih lama. Sekiranya anda mendapati bahawa tenusu membuat selesema anda lebih teruk, tiba masanya untuk anda mengelak. Tetapi jika tidak, sebenarnya ada manfaat untuk memakan sesuatu seperti susu dan yogurt apabila anda sakit. Mereka berdua mengandungi protein dan vitamin D yang boleh membantu tubuh anda melawan jangkitan. Yogurt mempunyai probiotik yang dapat membantu mengimbangi bakteria usus.
Daging
Protein sangat penting untuk menguatkan badan anda semasa melawan selesema, dan daging merupakan salah satu makanan berbentuk protein. Walau bagaimanapun, ia juga mengandungi banyak lemak, yang lebih sukar dicerna. Sesetengah pakar mencadangkan anda makan lemak haiwan untuk memulihkan keupayaan tubuh anda dan mengusir kuman yang menyebabkan selesema. Ini bermakna selain daging, anda boleh nikmati telur dan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti lentil, kacang, kacang, dan wild rice. Chickpeas juga tinggi protein, jadi sedikit hummus pada kepingan roti bakar boleh menjadi makanan tambahan anda semasa anda selesema.
Minuman berkafien
Semua orang tahu bahawa minum banyak air bagus untuk hidrasi badan apabila sakit. Kurang hidrat adalah salah satu daripada kesan sampingan yang paling teruk kerana ia datang dengan pelbagai gejala dan komplikasi yang tersendiri. Berpeluh akibat demam, serta muntah berulang, boleh menyebabkan badan anda kurang hidrasi dengan cepat. Oleh itu bukan sahaja anda perlu mengambil air secara banyak, anda juga perlu jauhkan diuretik seperti kafein, yang menjadi antara punca penyakit. Apa yang dikatakan ramai bahawa kafein menyebabkan kurang hidrat, dibantah sama sekali oleh saintis, cuma ketika sakit ni, berhenti seketika, badan anda juga memerlukan rehat.
Suplemen
Tentu ramai antara kita yang mempunyi inisiatif untuk makan makanan tambahan seperti susu berfomula mahupun tablet yang mempunyai vitamin C. Suplemen mempunyai kandungan yang berbeza-beza, terutamanya Echinacea dan zink. Walau bagaimanapun, tidak banyak bukti untuk menyokong idea bahawa salah satu dari mereka ini boleh menyebabkan virus selesema. Kecuali doktor anda mencadangkan mereka, jika anda masih memerlukan ia secara harian, ambillah buah-buahan segar yang turut mengandungi vitamin C seperti buah oren, kiwi dan mangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.