Pelakon terkenal Hollywood, Mark Ruffalo menyeru pemimpin dunia terutamanya Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk segera menuntut gencatan senjata di Gaza.
Memetik klip video dikongsikan Middle East Eye, dia yang terkenal dengan watak Hulk di dalam siri filem Avengers itu berkata demikian ketika anugerah tahunan Directors Guild of America (DGA) ke-76 di Beverly Hilton, AS.
Kata Mark, ramai sudah maklum yang pengeboman di Gaza jelas tidak berkesan demi mencapai keamanan.
Ads
“Apa salahnya beri peluang kepada gencatan senjata?” tambahnya.
“Terdapat jutaan pelarian di sempadan Rafah sekarang yang sedang melihat satu lagi lonjakan pengeboman, dan terdapat 400,000 orang mati kelaparan sekarang tanpa sebarang bantuan kemanusiaan dapat masuk ke sana.
Baginya, pengeboman berterusan lambat laun akan mencetuskan perang serantau yang akan mengheret AS untuk terlibat.
Ads
“Oleh itu, kami meminta kepada para pemimpin dunia, terutamanya Presiden Biden, untuk menuntut gencatan senjata, gencatan senjata yang berkekalan, dan memberi peluang keamanan dan bukannya hanya pengeboman berterusan, peningkatan keganasan dan apa yang tidak lama lagi akan menjadi perang serantau yang mana Amerika akan diheret masuk”.
Foto: Tangkap layar video oleh Middle East Eye.
Memakai Pin Tanda Solidariti
Memetik laporan Hindustan Times, Mark merupakan antara selebriti yang hadir ke anugerah tersebut memakai pin bersolidariti menuntut gencatan senjata berkekalan di Gaza.
Ads
“Ini adalah bunga lili damai, dan ini adalah lambang untuk artis, untuk gencatan senjata, yang menyeru gencatan senjata secara kekal di Gaza,” jelasnya sambil menunjuk pada pin di bahagian lapel tuksedonya.
Acap kali kita dengar orang mengambil pil untuk kurus atau turunkan berat badan. Tetapi menurut Nana Mahazan, tidak ada sebarang jalan short-cut untuk kurus, apa yang penting jaga pemakanan dan exercise. Malah dia menitik beratkan soal metabolism badan.
Di video Facebook berdurasi 10 minit lebih, Nana sempat memberi sepatah dua kata apabila ditanya tentang pil kurus mana yang berkesan.
“Orang kata nak workout kena pergi gym, sebenarnya tak payah! Kat rumah pun boleh. Pertama sekali yang anda boleh buat hari ini, iaitu elakan mengambil makanan atau minuman bergula.
“Nasi memang mengandungi gula tetapi ia lebih bagus daripada makanan manisan yang ada seperti Bombolini atau Chorus. Ada orang selalu bagi alasan tak makan nasi, tetapi mereka ambil manisan lepas tu tanya macam mana nak kurus, tak boleh lah! Stop taking sugar!” tegas Nana dalam videonya itu.
Nana turut mengakui dia sering mengambil nasi kerana dia tidak boleh hidup tanpa nasi malah bertambah, tetapi dia tidak mengambil ‘gula tambahan’ dalam menu makanan hariannya.
“Ada orang pula kata dia tak makan pagi petang tetapi end up beli minuman Boba Tea dan Creamel Macchiato. It’s a big no!
“70 – 80% untuk mendapatkan berat badan ideal dengan jaga permakanan dan selebihnya adalah exercise. Betapa pentingnya kita perlu menjaga pemakanan kita terlebih dahulu.
“Untuk mulakan diet, jangan mulakan diet drastik dengan hanya memakan buah sahaja. Benda-benda ni jangan buat terlalu extreme. Hidup dalam kesederhanaan, jangan salahkan makanan jika anda tidak turun kerana anda tidak mengubah habit makan.
“Saya cakap ini melalui apa yang saya amalkan, sebaiknya dapatkan nasihat pakar nutritionist yang sahih. Kita perlu ada usaha barulah segalanya akan berjalan dengan lancar.” Tuturnya lagi.
Malah Nana juga memberitahu apabila umur semakin meningkat metabolisma akan jatuh tetapi dengan mengawal pengambilan gula dan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti exercise jika tidak mahu lemak dan kulit mengelebeh jatuh.
Nana juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai jika ada masa terluang pergi temankan anak-anak bermain di padang dan keluarkan peluh sekali.
Malah Nana juga menekankan sebagai permulaan ambil masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 15 minit untuk sehari sahaja. Tiada sebarang pil atau jalan short cut untuk turunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mereka wira negara yang bekerja siang dan malam tidak mengenal erti penat atau lelah demi nusa dan bangsa.
Barisan hadapan negara memainkan peranan yang sangat penting dalam misi negara untuk memastikan penularan wabak maut COVID-19 dikawal sebaiknya. Dan kini kita telah dapat merasai kesan positif dengan penurunan kes dari hari demi hari.
Jadi tidak hairanlah pengorbanan mereka diberi penghargaan oleh setiap segenap lapisan masyarakat. Begitu juga dengan para pemimpin tertinggi negara. Terbaru telah tular sebuah rakaman video Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengzahirkan perhargaan baginda buat frontliners.
Menerusi video yang tular di Twitter tersebut Sultan Nazrin cukup terharu dan sebak melahirkan rasa penghargaan baginda terhadap para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus sejak beberapa bulan lalu.
Sultan Nazrin turut berdiri bersama semua yang berada di dalam Dewan Undangan Negeri berdiri memberikan tepukan sebagai tanda apresiasi kepada wira-wira negara yang berada di barisan hadapan menangani ancaman virus Covid-19.
“Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara.”
SULTAN PERAK SEBAK DAN BERDIRI TANDA TERIMA KASIH KEPADA BARISAN HADAPAN. Sultan Perak terkenal dengan kebijaksanaan dan budi pekerti baginda yang sangat tinggi. Semoga semua warga Perak mencontohi baginda. Terima kasih frontliners 👏 @WeArePerakians@iloveyouIPOH@MohKeIpohpic.twitter.com/vbnW5NYsqH
Memetik laporan Sinar Harian, baginda turut memuji rakyat Malaysia yang bersatu hati merentasi sempadan agama, kaum, politik dan sosial ketika berdepab menghadapi krisis nasional dan global ini.
Pengguna laman media sosial di Twitter rata-rata turut melahirkan rasa terharu dengan titah baginda yang cukup bermakna tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Bukan mudah untuk berdiri sekadar dengan tiket anda seorang pereka fesyen, tahun 2019 selain adanya butik baru di Kelantan, saya juga bakal keluar dengan satu projek mega iaitu Ezuwan Ismail Wedding. Ini adalah sebuah projek di mana saya sendiri dan team akan merancang sendiri majlis perkahwinan pelanggan dari mula sehinggalah ke akhir majlis mereka. Di Ezuwan Ismail Wedding, kami menyediakan pakej pelamin, foto, resepsi, pakaian dan katering khas buat bakal pengantin juga keluarga. Saya memandang ini dari sudut yang positif kerana setiap kali saya menghasilkan rekaan perkahwinan yang eksklusif, pelanggan VVIP saya pasti bertanya mengenai pakej-pakej ini, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya serius dalam dunia perancang perkahwinan pula. Perniagaan seperti ini bukan bahan dagangan, perlu perancangan terperinci dan pasukan yang besar, maka 2019 adalah tahun terbaik untuk saya merealisasikan impian raja sehari yang inginkan sentuhan sepenuhnya dari Ezuwan Ismail.”
Berkongsi sedikit mengenai rekaannya di pentas peragaan Kuala Lumpur Fesyen Week 2019 yang lalu, dia mengambil penuh inspirasi retro dan seni pop dan dijadikan konsep utama peragaan. Tujuannya hanya satu iaitu ingin mengabadikan ikon seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Saloma dalam setiap rekaannya. Menghimpunkan 18 rekaan, dengan 12 wanita dan enam rekaan lelaki, Ezuwan menggunakan fabrik denim, neoprene, sifon, net, dutchess dan kapas kerana semua fabrik ini mempunyai keistimewaan serta selesa digayakan. Hadir dengan rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan merah, ia bersesuaian dengan tema seni pop yang memaparkan keceriaan serta kegembiraan.
“Tujuan utama pemilihan konsep ini adalah sekadar ingin menghubungkan fesyen sebagai medium perantara dalam mengembalikan nostalgia agung biduan dan biduanita negara. Daripada mengagungkan imej antarabangsa seperti Marilyn Monroe dan kartun Marvel, mengapa tidak karya hebat ini disimpan dan ditempatkan dalam kedudukan tertinggi, seterusnya menjadi simbolik kebanggaan rakyat Malaysia. Selain saya tidak mahu koleksi kali ini nampak terlalu berat untuk diterima ramai. Sebab itulah imej kartun ini ditampilkan dalam setiap rekaan busana. Ia kelihatan lebih diingati dan nampak hidup. Lebih indah ia adalah material dari hasilan rekaan pelukis tempatan dan dicetak di atas fabrik dengan proses pembikinan mengambil masa hampir dua bulan,” jelasnya yang turut mengagumi pereka baru meningkat naik dari label Seth & Luna.
PRIMA VALET REALISASI IMPIAN SEMUA GOLONGAN
Sebut sahaja Prima Valet, ia adalah sebuah gedung fesyen pelbagai jenama yang menjadi pilihan ramai pada hari ini dengan moto “Fesyen Untuk Semua”. Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan.
Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan di samping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan. Melihatkan keadaan ekonomi yang kian mencabar, ramai penggemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan nilai eksklusif. Maka Prima Valet diwujudkan berperanan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baharu dan memberi peluang kepada semua lapisan golongan untuk merasai sendiri koleksi hasil tangan pereka tempatan.
Penubuhan dan pembukaan Prima Valet ini adalah salah satu cara untuk membolehkan pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja. Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada penggemar fesyen tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia.
“Sebagai pereka, saya juga bertanggungjawab untuk melihat peminat label saya yang kurang berkemampuan turut mempunyai koleksi istimewa Ezuwan Ismail. Tanpa disedari kehadiran Prima Valet sebagai pusat sehenti fesyen mampu milik sedikit sebanyak merealisasikan impian pencinta fesyen tempatan. Kami para pereka juga selebriti bertindak sebagai pemangkin utama menggerakkan perniagaan ini bersama-sama.
Kini Prima Valet semakin berkembang dengan terdirinya dua cawangan di Kelantan, iaitu di KB Mall dan Pasir Tumbuh. Selain itu satu cawangan di Wangsa 118, Wangsa Maju dan gedung utama di Ostria Bangi. Jadi buat anda yang inginkan koleksi Ezuwan, boleh terus datang ke butik Prima Valet kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan berkualiti tinggi,” akhirnya menutup bicara bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.