Lelaki mana yang tidak mengimpikan badan yang tegap, kurus dan ‘tiada perut’? Pasti semua lelaki ingin memiliki bentuk badan sebegitu. Tetapi, kamu tahu tak jika badan terlalu kurus, kami berisiko diserang penyakit? Jangan ingat lelaki gemuk sahaja magnet penyakit.

Kalau kamu biasa timbang berat badan, kamu akan tahu yang Body Mass Index (BM) yakni kiraan berat badan ideal dengan ketinggian kamu ialah sekitar 20 hingga 25. Lebih daripada 25 anda dianggap obes. Jika kurang daripada 18.5 anda dianggap terlalu kurus. Berikut, adalah beberapa jenis penyakit yang mungkin kamu hidapi jika badan tu ‘kurus keding’

1. Sakit Jantung
Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena penyakit jantung. Orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam. Fakta: Lemak bagi lelaki yang gemuk membonjol terutama pada bahagian perut berbanding lelaki kurus. Tetapi harus kita
ketahui, lemak lelaki yang kurus ‘tertampal’ pada bahagian jantung dan hati!

IKLAN

2.Kerap letih
Majoriti lelaki kurus kerapa merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kurang darah. Selain letih, petanda penyakit
anemia lain adalah selalu sakit kepala dan mudah semput.

IKLAN

3. Kurang subur
Badan kamu yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Berdasarkan kajian, lelaki yang terlalu kurus berisiko sehingga 22 peratus mengalami
masalah berkaitan seksual seperti kegagalan ejakulasi rasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin serta masalah erektil.

IKLAN

4. Tulang rapuh
Majoriti lelaki terlalu risau dengan perkataan ‘lemak.’ Takut sangat badan gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. kebanyakan lelaki kurus tidak sedar
bahawa lelaki kurus biasanya akan mengalami masalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis/tulang rapuh. Ini terjadi kepada badan lelaki yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilkan estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi rapuh.

Maksudnya, selepas ini berpada-padalah mamasang impian nak kurus semata-mata nak bergaya dengan baju atau seluar yang ‘fit’ dengan tubuh kamu. Silap haribulan, penyakit yang datang!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI