Foto: costhack.com

Sebagai pemilik kenderaan, sama ada sedan harian, SUV keluarga, atau pun jentera prestasi, kita sedia maklum bahawa setiap enjin menghasilkan getaran semasa beroperasi. Ini adalah sifat asas komponen mekanikal yang bergerak.

Teknologi automotif moden telah memainkan peranan penting dalam meminimumkan kesan getaran ini, memastikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa.

Namun, adalah realiti bahawa selepas tempoh penggunaan tertentu, getaran enjin ini boleh menjadi lebih ketara. Fenomena ini lazimnya mula dirasai pada kenderaan yang usianya mencecah lima tahun ke atas.

Gegaran yang meningkat ini bukanlah sesuatu yang aneh; ia adalah simptom biasa yang boleh dirasakan, malah kadangkala cukup kuat sehingga melalui stereng semasa memandu.

Mengabaikan gegaran yang tidak normal ini boleh membawa kepada isu yang lebih serius, terutamanya kerosakan pada komponen penting seperti ‘mounting’ enjin.

Untuk memahami mengapa, kita perlu tahu apa sebenarnya ‘mounting’ enjin ini. Secara ringkasnya, ‘mounting’ enjin bertindak sebagai penyokong utama yang kemas memegang enjin kereta dan kotak gear pada kedudukannya dalam casis kenderaan.

Ads

Biasanya, terdapat beberapa unit ‘mounting’ yang dipasang di sekeliling enjin, dan ia direka dengan lapisan getah khas.

Lapisan getah inilah elemen kritikal yang berfungsi menyerap dan meleraikan getaran enjin, sekali gus mengurangkan resonans yang sampai ke dalam kabin penumpang dan struktur kenderaan.

Awas! Engine Mounting Rosak Boleh Sebabkan Casis Patah & Enjin ‘Melorot’ Kedudukan
Foto: Getty Image

Di antara punca utama mengapa kerosakan pada mounting enjin ini boleh rosak adalah disebabkan bahagian getahnya yang sudah keras atau kedudukan besi mounting rosak dan tercabut daripada bahagian casis enjin.

Ads

KESAN AKIBAT KEROSAKAN

Terdapat beberapa jenis kesan dan kerosakan yang boleh berlaku kepada kereta anda sekiranya mouting rosak. Antaranya ialah;

  • Enjin kereta boleh jatuh dan teralih dari kedudukan asal. Ini akan menyebabkan kerosakan teruk kepada komponen lain seperti sistem ekzos, driveshaft, alignment lari dan kerosakan lain lagi.
  • Juga boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian panel body dan casis kereta akibat gegaran berterusan dari mounting enjin yang rosak
  • Pergeseran akan berlaku di antara komponen yang berada berdekatan dengan enjin seperti turbocharger, manifold, bateri, radiator, kipas dan sebagaintya. Secara tal langsung boleh menyebabkan lagi banyak komponen rosak

BACA: Larian vs Berbasikal – Mana Lebih Baik Untuk Senaman Harian Anda?

Awas! Engine Mounting Rosak Boleh Sebabkan Casis Patah & Enjin ‘Melorot’ Kedudukan
Foto: freepik – www.freepik.com

PETANDA AWAL

Dalam penjagaan kereta sebelum berlakunya apa-apa kerosakan kebiasaannya kereta akan memberikan petunjuk. Begitu juga kerosakan pada bahagian engine mounting. Ia merupakan jenis kerosakan yang jarang sekali berlaku secara tiba-tiba.

Ads

Berikut merupakan tanda-tanda engine mounting kereta anda sudah rosak;

  • Selepas enjin kereta dihidupkan anda dapati timing engine jadi turun naik. Ia lebih buruk apabila penghawa dingin dipasang. Selain itu, kereta juga turut bergegar dengan kuat lalu menjadikan pengalaman memandu kereta jadi tidak selesa.
  • Rasa bergoyang atau tidak stabil semasa mengambil selekoh atau ketika memusingkan kenderaan. Engine tidak diikat dengan betul dan menyebabkan inersia lebih semasa pusing.
  • Bagi kereta jenis manual ia lebih mudah untuk mengetahui sama ada ia mengalami kerosakan atau tidak. Letakkan sedikit kaki kiri di bahagian pedal clutch. Jika ada gegaran kuat maka itu petanda mounting untuk gearbox ada masalah.
  • Ketika kereta bergerak laju di jalan lurus namun anda dapati stereng bergegar dengan kuat. Memang sah ada masalah engine mounting yang perlu diperiksa dengan segera.
Awas! Engine Mounting Rosak Boleh Sebabkan Casis Patah & Enjin ‘Melorot’ Kedudukan
Foto: peoplecreations – www.freepik.com

Jadi jika dapati kereta anda mempunyai petanda-petanda seperti di atas sila cepat-cepat bawa ke bengkel untuk dibaiki.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI