Pernah tak anda dapat panggilan dari nombor tak dikenali, tapi bila angkat… diam je? Jangan pandang ringan. Itu mungkin taktik baharu scammer yang digelar “silent call”.

Nampak macam tak ada apa-apa, tapi sebenarnya ia cukup bahaya dan ada risiko tidak baik. MASKULIN tertarik dengan pendedahan terbaru berkenaan taktik ini, terutamanya selepas satu perkongsian video menarik Rahmat Fitri Lawan Scammer, seorang pesara PDRM yang pernah berkhidmat selama 21 tahun.

Jelasnya,”Lebih merisaukan, ada teknologi bila kita jawab hello, dia boleh rakam dan guna suara kita untuk AI!”

“Lepas ni kalau ada nombor tak kenal, dengar je dulu. Kalau dia nak cakap dengan you, dia akan cakap dulu. Itu untuk nombor yang kita tak save,” tambahnya lagi.

AWAS! ‘Silent Call’ Modus Baru Scammer Guna Suara Anda

Apa Itu ‘Silent Call’?

Silent call ialah panggilan yang kelihatan macam prank atau glitch. Tapi sebenarnya, ia satu cara licik scammer untuk mengumpul sampel suara anda.

Mereka akan call tapi hanya berdiam diri. Mereka tunggu anda untuk bercakap. Bila anda jawab “hello” atau “ya”, suara anda dirakam dan digunakan untuk tujuan tidak baik.

Ads

Antaranya untuk:

  • Clone suara anda menggunakan teknologi AI,
  • Buat panggilan palsu kepada keluarga atau rakan
  • Akses akaun bank atau servis yang gunakan pengesahan suara.

AWAS! ‘Silent Call’ Modus Baru Scammer Guna Suara Anda

Kenapa Scammer Nak Suara Anda?

Teknologi voice cloning AI sekarang sangat canggih. Mereka hanya perlukan 3 hingga 10 saat suara untuk cipta versi deepfake suara anda yang boleh meniru intonasi, lenggok, bahkan emosi sekali!

Tujuan mereka?

Ads
  • Minta wang daripada ahli keluarga kononnya anda dalam kecemasan.
  • Hubungi tempat kerja untuk dapatkan maklumat sensitif.
  • Guna suara anda untuk ‘bypass’ sistem keselamatan telefon, bank atau aplikasi.

Bagaimana Silent Call Beroperasi

  1. Call dari nombor rawak atau spoofed (nombor nampak legit).
  2. Bila anda jawab dan bercakap, audio anda dirakam.
  3. Audio tersebut diproses oleh AI untuk clone suara.
  4. Dalam masa beberapa jam/hari, anda atau kenalan anda mungkin akan terima call dari “anda” sendiri.

Makin Ramai Dah Jadi Mangsa

Beberapa kes telah dilaporkan di mana mangsa berdepan beberapa situasi yang merugikan. Di antaranya:

  • Kehilangan puluhan ribu ringgit sebab percaya suara “anak” minta duit kecemasan.
  • Perniagaan kecil ditipu kerana menerima panggilan “boss” yang minta pemindahan wang segera.
  • Akaun bank dikompromi kerana sistem pengesahan suara diceroboh.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Sasaran

  • Dapat banyak panggilan pelik yang sunyi.
  • Nombor tak dikenali yang kerap cuba hubungi.
  • Ada ahli keluarga kata anda call, tapi sebenarnya tidak.

BACA: Astro x MPL MY S15 Pentas Kebanggaan Menyatukan Dua Dunia, Hiburan dan E-sukan

Cara Lindungi Diri:

  1. Jangan jawab nombor tak dikenali, atau tunggu pemanggil bercakap dulu.
  2. Gunakan app seperti Truecaller untuk kenal pasti nombor scam.
  3. Elak jawab dengan nama sendiri atau perkataan sensitif (cth: “Ya, ini saya”).
  4. Aktifkan pengesahan dua langkah (2FA) di akaun bank dan apps penting.
  5. Gunakan kod keselamatan dengan ahli keluarga (safe word) jika berlaku kecemasan.

Lebih Baik Waspada Dari Menyesal

Teknologi makin maju, tapi scammer pun makin bijak. Mereka bukan lagi minta OTP atau password saja. Sekarang suara anda pun boleh jadi senjata mereka. Jadi, ambil nasihat bekas pegawai PDRM seperti Rahmat Fitri ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kalau nombor tak kenal call, jangan terus respond. Dengar dulu. Kalau betul-betul penting, dia akan bercakap,” jelas Rahmat Fitri menerusi video tersebut.

Ads

Jangan biar suara anda jadi alat untuk tipu orang lain. Ingat, diam mereka bukan bermaksud tak ada niat. Kadang-kadang, diam itulah perangkapnya.

Kredit:

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads