Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Ads
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Ads
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
Bagi setiap pelari, sama ada anda seorang pelari hujung minggu yang menikmati larian santai atau atlet maraton tegar yang mengejar rekod peribadi, persoalan tentang pemakanan sering menjadi tumpuan utama. Antara banyak makronutrien, karbohidrat sering diangkat sebagai ‘raja’ dalam dunia larian.
Namun, sejauh manakah benarnya dakwaan ini? Mari kita rungkai kenapa karbohidrat bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan wajib untuk prestasi larian yang padu.
Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu karbohidrat ringkas dan kompleks.
Karbohidrat ringkas adalah gula yang cepat dicerna dan diserap ke dalam aliran darah, memberikan tenaga segera seperti buah buahan, madu, dan gel tenaga.
Sebaliknya, karbohidrat kompleks terdiri daripada rantai gula yang lebih panjang, memerlukan masa lebih lama untuk dicerna dan menghasilkan tenaga yang stabil.
Contohnya termasuk bijirin penuh seperti oat, nasi perang, ubi keledek, dan kentang. Pemahaman tentang kedua jenis karbohidrat ini adalah kunci untuk strategi pemakanan yang berkesan bagi pelari.
Bayangkan badan anda seperti sebuah kereta lumba yang memerlukan bahan api berkualiti tinggi untuk beraksi cemerlang.
Karbohidrat adalah petrol berkualiti tinggi bagi tubuh anda. Apabila anda makan karbohidrat, badan akan menukarkannya kepada glukosa, dan lebihan glukosa disimpan sebagai glikogen di dalam otot dan hati.
Glikogen inilah yang menjadi sumber tenaga utama semasa aktiviti fizikal, terutamanya larian berintensiti tinggi.
Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), karbohidrat adalah satu satunya bahan api yang digunakan untuk usaha berintensiti tinggi.
Tanpa simpanan glikogen yang mencukupi, otot anda tidak dapat berfungsi dengan optimum, menyebabkan keletihan dan prestasi menurun. Inilah sebab utama mengapa pengambilan karbohidrat penting sebelum larian.
Pernahkah anda rasa seperti tenaga tiba-tiba hilang di pertengahan larian? Fenomena ini dikenali sebagai “Hitting the Wall” atau “bonking”.
Ia berlaku apabila simpanan glikogen dalam otot dan hati habis sepenuhnya. Badan anda kehabisan bahan bakar utama, menyebabkan prestasi jatuh mendadak.
Dengan strategi pengambilan karbohidrat yang betul sebelum larian, anda memenuhkan tangki tenaga ke tahap maksimum, satu proses yang dikenali sebagai carb loading.
Ini membolehkan anda berlari lebih jauh dan lebih lama tanpa mengalami keletihan melampau.
Journal of Applied Physiology menyatakan bahawa glikogen otot membekalkan bahan api utama untuk senaman intensiti tinggi, menyoroti betapa pentingnya karbohidrat untuk prestasi pelari.
Apabila badan kehabisan karbohidrat, ia akan mula memecahkan tisu otot untuk menghasilkan tenaga melalui proses glukoneogenesis. Ini bermakna otot anda sendiri digunakan sebagai bahan bakar.
Dengan memastikan pengambilan mencukupi, anda melindungi otot daripada proses ini, mengekalkan kekuatan dan mempercepatkan pemulihan selepas larian.
International Society of Sports Nutrition (ISSN) turut menegaskan bahawa ketersediaan karbohidrat yang tinggi melambatkan keletihan dan mengekalkan prestasi untuk tempoh yang lebih lama.
Larian bukan sekadar tentang kekuatan fizikal, ia juga tentang fokus mental. Otak bergantung hampir sepenuhnya pada glukosa sebagai sumber tenaga.
Apabila tahap glukosa darah rendah, tumpuan menurun dan keputusan menjadi perlahan. Karbohidrat yang mencukupi memastikan otak kekal bertenaga dan fokus sepanjang larian.
Ini amat penting terutamanya dalam larian jarak jauh di mana cabaran mental sama beratnya dengan fizikal. Mengekalkan paras gula darah yang stabil membantu anda kekal bermotivasi hingga ke garisan penamat.
Selepas larian panjang, simpanan glikogen anda menyusut dengan ketara. Mengambil karbohidrat dalam masa 30 hingga 60 minit selepas larian membantu mempercepatkan proses pengisian semula tenaga.
Gabungan karbohidrat dan protein mempercepatkan pemulihan otot dan mengurangkan risiko kecederaan. Inilah rahsia pelari profesional untuk kekal konsisten dan kuat.
International Olympic Committee (IOC) menyarankan atlet mengambil 7–12g karbohidrat per kilogram berat badan dalam masa 24 jam sebelum acara melebihi 90 minit. Ini menunjukkan pentingnya perancangan pengambilan karbohidrat yang bijak.
Karbohidrat bukan musuh, ia adalah sahabat terbaik pelari. Dengan strategi pemakanan yang betul dan pemahaman tentang peranan setiap jenis karbohidrat, anda boleh berlari lebih pantas, lebih jauh, dan menikmati setiap kilometer dengan lebih yakin.
Pastikan tangki tenaga anda sentiasa penuh sebelum berlari. Selamat berlari dan kekal bertenaga!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak turunkan berat badan, 20% terletak pada senaman dan selebihnya bergantung pada cara pemakanan harian anda. Penat bersenam tapi tak amalkan eat clean. Sudahnya anda konplem berat tak mahu turun.
Bagi memastikan misi menurunkan berat anda tercapai, ikuti perkongsian eat clean daripada Coach Yatie Nadzli ini. Paling menarik, anda tidak perlu lagi catu makan nasi untuk turunkan berat badan kerana perkongsian ini lengkap dengan 40 tip makan nasi secara eat clean.
Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun ini berjaya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses turun berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
✔️ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita, minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Kredit gambar: #teamcoachyatie dan #14dayseatcleanchallenge #teammekngoh
Aib wanita yang berzina tidaklah seperti aib laki-laki yang melakukan homoseksual. Kebencian dan rasa jijik kita terhadap orang yang berbuat zina tidak lebih berat daripada kebencian dan rasa jijik kita terhadap orang yang melakukan homoseksual. Sebabnya adalah meskipun zina menyelisihi syariat, akan tetapi zina tidak menyelisihi tabiat yang telah Allah ciptakan.
Jahed, merupakan seorang Islam dan dia sebelum ini tanpa segan silu, telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia adalah gay.
Disebabkan perbuatan songsang itu, keluarganya yang menetap di Bangladesh enggan menerima.
Jahed dan Sean berkahwin minggu ini pada satu majlis yang diadakan di West Midlands.
“Saya menangis dan Sean datang bertanyakan keadaan saya. Sejak itu dia sentiasa berada di sisi saya,’’ katanya.
Jahed mendedahkan keluarganya malu dengan perkahwinan itu dan atas sebab itu mereka tidak menghadirinya.
Lebih bangang ialah kenyataan Jahed selepas perkahwinannya itu bahawa perkahwinan itu merupakan satu kejayaan kepada Islam dan komuniti LGBT sepertinya.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.