Nak turunkan berat badan, 20% terletak pada senaman dan selebihnya bergantung pada cara pemakanan harian anda. Penat bersenam tapi tak amalkan eat clean. Sudahnya anda konplem berat tak mahu turun.
Bagi memastikan misi menurunkan berat anda tercapai, ikuti perkongsian eat clean daripada Coach Yatie Nadzli ini. Paling menarik, anda tidak perlu lagi catu makan nasi untuk turunkan berat badan kerana perkongsian ini lengkap dengan 40 tip makan nasi secara eat clean.
Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan pada tahun ini berjaya. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses turun berat badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. Makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita, minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Kredit gambar: #teamcoachyatie dan #14dayseatcleanchallenge #teammekngoh
Kelopak mata mengandungi kelenjar kecil yang menghasilkan minyak bagi membantu melembapkan permukaan mata. Jangkitan oleh bakteria staphylococcus boleh berlaku pada kelenjar ini sehingga menyebabkan ketumbit atau stye (hordeolum dalaman). Jangkitan juga boleh melibatkan folikel rambut pada bulu mata (hordeolum luaran).
Seperti mana-mana jangkitan, kelopak mata akan menjadi bengkak (sama ada tertumpu atau melibatkan seluruh kelopak mata), merah, gatal dan sakit. Ia mugkin kelihatan seperti jerawat pada kelopak mata. Kebiasaannya, ketumbit akan pecah dan sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari.
Ketumbit tidak menggangu penglihatan
Ketajaman penglihatan (visual acuity) anda sepatutnya tidak akan terganggu sama ada melihat dari jarak jauh atau dekat. Perkara yang mungkin mengganggu ialah padangan yang dihalang oleh kelopak mata bengkak. Jika penglihatan menjadi kabur, ia mungkin disebabkan oleh faktor lain dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Chalazion kelihatan seperti stye
Satu lagi benjolan pada kelopak mata yang kelihatan seperti ketumbit ialah chalazion. Ia disebabkan oleh kelenjar minyak pada kelopak mata yang tersumbat. Memandangkan bukan jangkitan, ia tidak menyakitkan. Ketumbit yang melibatkan kelenjar minyak (hordeolum dalaman) juga boleh berubah menjadi chalazion.
Chalazion terletak lebih jauh daripada pinggir kelopak mata berbanding ketumbit. Kadangkala membezakan antara keduanya mungkin agak susah.
Cara merawat ketumbit di rumah
Anda boleh tuam bahagian terbabit menggunakan air panas. Tuaman boleh dilakukan menggunakan kain atau sudu yang direndam air panas atau secara langsung menggunakan botol yang mengandungi air panas. Lakukan selama 10 hingga 15 minit sebanyak 3 hingga 4 kali sehari.
Jaga kebersihan tangan dengan kerap membasuh menggunakan sabun. Anda juga boleh membersihkan bulu mata menggunakan syampu bayi. Elakkan daripada memicit ketumbit tersebut bagi mengelakkan jangkitan tersebar. Biarkan ia pecah dengan sendiri.
Jika keadaan tidak bertambah baik selepas beberapa hari atau seminggu, sila dapatkan bantuan doktor. Antibiotik dalam bentuk salap atau eyedrop mungkin akan dipreskrip. Dalam sesetengah kes, suntikan steroid atau pembedahan kecil akan dilakukan jika rawatan lain tidak berkesan.
Buat anda yang merupakan kaki fitness dan gym, hari ini pastinya cukup menggembirakan. Ini selepas sekian lama tidak melakukan aktiviti di gimnasium, kerajaan telah mengumumkan operasi di pusat kesihatan tetutup seumpamanya akan dibenarkan beroperasi semula.
Ia merupakan satu daripada perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.
Bermula 15 Jun, semua gimnasium, dewan tertutup seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai, pusat snuker dan pusat-pusat sukan yang lain akan ibenarkan beroperasi semula.
Sudahhampir tiga bulan lamanya aktiviti di gimnasium ditutup. Mungkin anda pun sedikit lupa apa yang perlu dilakukan serta dielakkan ketika melakukan aktiviti di premis tersebut.
Ruang serta privasi yang anda perolehi ketika melakukan senaman di gimnasium merupakan satu nikmat yang mugkin telah lama dilupakan.
Jom kita ‘refresh’ semula apa yang patut anda elak ketika ingin bersenam di gym!
SENAMAN DENGAN PERUT KOSONG
Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan berlapar bila nak bersenam. Jika ini berlaku agak mustahil untuk badan anda membakar lemak dengan baik. Perkara ini berlaku kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak.
Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, lalu boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
TAK WARM UP
Tanyalah mana-mana jurulatih kecergasan mana sekalipun mereka pasti akan menekankan kepentingan untuk memanaskan badan. Perkara ini sangat penting kerana ia byukan sahaja boleh mengelak berlaku sebarang kecederaan otot malah boleh menyediakan fizikal anda untuk berdepan dengan pelbagai jenis senaman. Ambil masa sekurang-kurangnya lima minit untuk memanaskan badan, bukan susah pun.
TAK KONSISTEN
Jika anda berangan-angan untuk dapatkan hasil yang luar biasa maka perlu ingat senaman yang dilakukan perlulah sentiasa konsisten. Antara kesilapan ramai orang ialah menganggap bahawa senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja. Sedangkan aktiviti senaman yang baik memerlukan anda mengikuti jadual yang khas. Jadi lakukanlah secara konsisten dan mengikut jaduak terbaik buat anda.
TAK JAGA MAKAN
Ramai yang beranggapan bahawa selepas bersenam maka anda boleh makan sesuka hati. Tahukah anda bahawa ia hanya perbuatan sia-sia jika tak sertakan senaman dan diet yang betul. Penjagaan pemakanan juga sangat penting bagi mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.
TAK LAKUKAN DENGAN BERPERINGKAT
Senaman adalah suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang di luar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara
berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang ingin medapatkan badan yang tegap, salah satu bahagian yang penting ialah bahu. Tapi apakah senaman yang terbaik untuk membina otot bahu?
Di antara senaman yangs ering dilakukan oleh ramai penggiat aktiviti kecergasan ialah ‘shrugs’.
Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
TANGAN YANG LURUS
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
RAPATKAN TANGAN
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.