Di dalam dunia Formula 1 atau F1, pemandunya mempunyai stamina dan kecergasan yang bukanlah satu pilihan tetapi suatu keperluan. Sepanjang musim perlumbaan yang mencabar, pemandu F1 perlu mengekalkan tahap kecergasan tinggi untuk menghadapi tekanan fizikal dan mental yang melampau di atas trek.
Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kondisi mental yang baik sepanjang musim bukanlah satu perkara yang mudah. Kali ini MASKULIN igin kongsikan untuk anda akan beberapa aspek utama bagaimana pemandu F1 menyediakan diri bagi cabaran setiap perlumbaan.
Latihan Kardiovaskular
Pemandu F1 menjalani latihan kardiovaskular yang cukup berdisiplin bagi meningkatkan kemampuan atau kapasiti jantung dan paru-paru mereka.
Aktiviti seperti berlari, berenang dan berbasikal adalah sebahagian daripada rutin harian. Sesetengah pemandu juga mengambil bahagian dalam triatlon dan maraton untuk mengukur dan meningkatkan stamina mereka.
Latihan Kekuatan
Meskipun mereka mungkin tidak terlihat seperti angkat berat, pemandu F1 perlu mempunyai kekuatan otot yang cukup untuk mengawal kenderaan mereka yang bergerak laju di trek.
Latihan kekuatan membantu dalam membangunkan otot-otot core, bahu, dan lengan yang kuat. Ini juga membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka terhadap kecederaan.
Latihan Keseimbangan dan Fleksibiliti
Mereka turut menghabiskan masa yang banyak di dalam kokpit yang sempit yang menuntut keseimbangan dan fleksibiliti baik.
Ads
Latihan seperti yoga dan pilates juga dapat membantu mereka mengembangkan keseimbangan, fleksibiliti dan konsentrasi yang diperlukan.
Simulator Perlumbaan
Pemandu F1 juga menghabiskan masa yang banyak di simulator perlumbaan untuk mengasah kemahiran memandu mereka sambil membangunkan kecergasan fizikal.
Simulator ini meniru keadaan sebenar di trek dan membantu pemandu membiasakan diri dengan tekanan fizikal dan mental semasa perlumbaan.
Ads
Pemakanan dan Pemulihan
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk memastikan pemandu Formula 1 mendapat nutrien yang diperlukan untuk berprestasi di tahap terbaik. Selain itu, pemulihan adalah sebahagian penting dari program kecergasan mereka.
Pemandu F1 mengambil masa untuk berehat dan pulih, serta menjalani rawatan fizioterapi untuk memastikan mereka bersedia untuk cabaran seterusnya.
Psikologi Sukan
Pemandu Formula 1 juga bekerja dengan ahli psikologi sukan untuk mengembangkan mentaliti pemenang dan mengelola tekanan yang datang dengan persaingan pada tahap tertinggi.
Ads
Melalui dedikasi dan latihan yang tak kenal lelah, pemandu Formula 1 mengukuhkan diri mereka bukan sahaja sebagai atlet yang luar biasa, tetapi juga sebagai contoh kecemerlangan di dalam dunia sukan motor.
Program kecergasan komprehensif ini memastikan bahawa mereka berada pada puncak kecergasan, siap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang terbawa dengan kejuaraan sukan permotoran elit seperti ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MALU MELIHAT BADAN SENDIRI DI CERMIN SELEPAS SEBULAN BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN? BILA RAYA BERAT SEMAKIN BERTAMBAH? INI 7 CARA PATUT ANDA CUBA KALAU TAK MAHU PERKARA INI TERUS MENGHANTUI.
Banyakkan minum air kosong
Amalkan bawa botol air 1.5 liter ke mana sahaja anda pergi. Dalam kereta wajib ada terutama ketika dalam perjalanan ke rumah terbuka. Minum air tersebut sebelum ke rumah terbuka. Ini penting supaya anda tidak berasa terlalu lapar dan mengelakkan anda makan seperti orang yang sudah 30 hari kebuluran.
Detox! Detox! Detox!
Berpuasa 30 hari adalah satu proses detox. Pun begitu, anda masih boleh melalukan proses detox ini untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan efektif. Antara cara detox yang baik adalah dengan minum air buah-buahan.
Makan dalam pinggan kecil
Yup! Elakkan ambil pinggan besar. Serius!
Beritahu kawan anda tengah diet
Kawan anda perlu dan wajib tahu anda sedang diet. Mungkin mereka akan ejek anda, tapi jangan risau, ejekan mereka akan dibalas apabila mereka lihat anda boleh memakai semula baju semasa anda berada di tingkatan 5!
Makan buah-buahan
Makan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. Jangan terlalu ghairah untuk makan makanan bekarbohidrat tinggi.
Berhenti sebelum kenyang
Masalah kebanyakan orang adalah, mereka akan makan sehingga terlalu kenyang. Kadang kala, nak bernafas pun sukar! Elakkan dari amalkan amalan ini.
Puasa 6
Puasa 6. Ia boleh mengembalikan anda kepada momentum semasa bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita menahan diri dari makan dan minum. Pada masa sama, mengajar kita erti bersabar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pejam celik kita sudah pun melepasi hari ke-30 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dan kita kita sudah pun memasuki fasa ketiga yang bermula pada 15 April lalu.
Adakah tempoh ini akan dipanjangkan lebih lama lagi? Ia sebenarnya terpulang kepada kita semua. Duduk di rumah, kurangkan pergerakan dan InsyaAllah kita akan berjya melandaikan kadar penularan COVID-19.
Sepanjang 30 hari yang lalu adakah anda bersenam di rumah. Setiap orang ada motivasi berbeza-beza dan mungkin bagi orang bujang lebih senang nak bersenam. Berbeza dengan orang yang berkeluarga mungkin sibuk mengendalikan hal-hal rumah.
Tapi itu sebenarnya bukan alasan untuk tidak bersenam. Tahukah anda tidak perlu masa yang lama pun untuk bersenam.
Kali ini MASKULIN nak kongsi tip bersenam selama 4 minit sahaja. Tetapi ia perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari.
Lakukan secara berpanjangan selama beberapa bulan nescaya perubahan itu akan anda dapat rasakan dengan ketara.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak badan. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekeping roti canai mempunyai kalori umpama kita berlari 7 kali keliling padang bolasepak!
Roti canai adalah makanan ‘favourite’ rakyat Malaysia. Tepung yang diuli dengan minyak sapi (lemak lembu) dan digoreng dalam minyak sawit tin (Kebanyakkan pengusaha restoran menggunakan minyak sawit tin yang tinggi kandungan lemak tepunya). Oleh kerana ia nipis, maka ia dapat menyerap lebih banyak minyak ketika digoreng (Ingat formula fizik Jumlah luas permukaan perisi padu, JLP/I : Lebih lebar dan nipis, maka lebih banyak kadar serapan minyak).
Tenaga pada sekeping roti canai adalah 300 Kalori 10g lemak dan 50g karbohidrat. Tenaga ini menyamai dengan tenaga yang perlu dibakar apabila kita berlari selama 1 jam 15minit di balapan sekeliling padang bola sepak sebanyak 7 kali pusnigan atau sejauh 2800 meter.
Sekiranya kita tidak berlari atau tidak bakar lemak tersebut tapi kita terus makan sekeping sehari apa akan terjadi?
Perut kita akan membuncit kehadapan sebanyak 0.25cm setiap hari!!
SUMBER : FACEBOOK DR ROSLI ABD JALIL.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.