Larian jarak jauh seperti 10 kilometer (10km) dan Half Marathon (21km) adalah ujian sebenar ketahanan fizikal serta mental. Namun, tiada yang lebih mengecewakan daripada apabila kaki tiba-tiba cramp semasa larian dan seluruh rentak terganggu. Kekejangan otot bukan sekadar nasib malang — ia petanda jelas bahawa ada sesuatu yang kurang betul dalam persediaan tubuh anda.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 punca utama kenapa kaki cramp semasa larian berlaku dan cara terbaik untuk mengelakkannya supaya anda dapat menamatkan 10km atau 21km dengan prestasi terbaik.
Ini adalah punca paling klasik dan kerap diabaikan. Larian jarak 10km ke atas menyebabkan kehilangan banyak cecair melalui peluh, terutamanya di bawah cuaca panas.
Masalah On Point: Apabila berpeluh, anda bukan sahaja kehilangan air tetapi juga elektrolit penting seperti natrium, kalium, dan magnesium. Ketidakseimbangan elektrolit mengganggu penghantaran isyarat elektrik antara otak dan otot, menyebabkan kekejangan secara tiba-tiba.
Penyelesaian: Pastikan anda mengambil minuman isotonik atau serbuk elektrolit sebelum dan semasa larian. Jangan hanya minum air kosong kerana ia tidak menggantikan elektrolit yang hilang sepenuhnya.
Otot hanya mampu melakukan apa yang telah anda latih. Jika larian terpanjang anda hanyalah 5km tetapi anda cuba menamatkan 15km atau 21km, risiko kaki cramp semasa larian meningkat dengan ketara.
Masalah On Point: Larian jarak jauh menuntut kekuatan otot hamstring dan calves. Tanpa latihan jarak jauh secara progresif, otot mudah letih dan rentan kepada kekejangan.
Penyelesaian: Pastikan anda mempunyai jadual latihan progresif. Tambah jarak setiap minggu sehingga mencapai jarak hampir sama dengan sasaran perlumbaan anda.
Ads
3. Pace Terlalu Laju Pada Permulaan
Foto : The Running Channel
Ramai pelari bermula dengan pace terlalu laju akibat dorongan adrenalin. Ini antara punca paling biasa cramp semasa larian jarak jauh.
Masalah On Point: Bermula terlalu cepat mempercepat pengumpulan asid laktik dan keletihan otot pramatang. Otot yang keletihan lebih mudah kejang.
Penyelesaian: Mulakan dengan pace yang lebih perlahan (Easy Run) dan tingkatkan secara berperingkat selepas kilometer kedua. Kekalkan disiplin pace sepanjang perlumbaan.
Tenaga utama badan semasa larian jarak jauh datang daripada glikogen, iaitu karbohidrat tersimpan dalam otot dan hati. Jika anda gagal mengisi semula glikogen ini, anda akan kehabisan tenaga separuh jalan.
Masalah On Point: Kekurangan karbohidrat menyebabkan otot kehilangan sumber tenaga dan mudah cramp semasa larian.
Ads
Penyelesaian: Lakukan ‘carbo loading’ 24–48 jam sebelum acara dengan mengambil karbohidrat kompleks seperti nasi, pasta atau roti gandum. Ambil juga makanan ringan seperti pisang atau energy gel 30–60 minit sebelum mula berlari.
Masalah biomekanikal juga boleh menjadi punca kaki cramp semasa larian. Otot yang ketat seperti calves dan hamstring mempunyai aliran darah yang kurang baik dan cepat letih.
Masalah On Point: Teknik larian yang tidak efisien boleh menyebabkan otot tertentu digunakan secara berlebihan (overuse), lalu menyebabkan kekejangan.
Penyelesaian: Lakukan regangan dinamik sebelum larian dan regangan statik selepas larian. Sertakan latihan kekuatan untuk menstabilkan otot sokongan supaya ia lebih tahan terhadap tekanan.
Kekejangan kaki semasa larian bukanlah musuh tanpa sebab. Ia isyarat bahawa badan anda telah mencapai hadnya tanpa persediaan mencukupi. Dengan memahami lima punca utama ini dan melaksanakan langkah pencegahan yang betul, anda boleh mengurangkan risiko cramp semasa larian serta meningkatkan prestasi keseluruhan.
Rancang pengambilan air dan elektrolit, kawal pace anda, dan jangan abaikan latihan jarak jauh serta regangan. Jadikan setiap langkah lebih yakin dan bebas cramp!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila timbang, berat kekal, jarum penimbang pun sama sahaja, jangan salahkan penimbang, salahkan diri anda dahulu yang asyik mengunyah setiap masa. Masalah yang sering timbul ketika melakukan program diet adalah kerana tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Keadaan inilah yang menyebabkan berat badan anda statik pada jarum penimbang. Walau bagaimanapun, bukan hanya ‘lapar mata’ tetapi ada lagi masalah lain yang menyebabkan berat badan tidak turun. Ketahui 9 punca berikut:
DIET DENGAN JENIS DARAH
• Diet mengikut jenis darah masih belum diuji secara klinikal. Ini kerana tidak semua yang mengamalnya berjaya dalam menurunkan berat badan. Anda perlu tahu, seseorang itu mempunyai keunikan masing-masing dan tidak semua diet sesuai untuk semua orang. Paling penting, lakukan diet yang seimbang dan ambillah zat gizi yang diperlukan oleh badan.
BERAT BADAN TURUN DENGAN DIET BUAH
• Terlalu yakin bahawa berat badan boleh turun dengan buah atau jus buah sahaja? Sebenarnya, diet dengan jus buah tidak digalakkan terutamanya untuk jangka masa panjang. Lebih baik anda mengambil potongan buah berbanding jus.
• Selain itu, buah juga hanya mengandungi karbohidrat, beberapa vitamin dan mineral. Sedangkan badan anda memerlukan zat gizi lain. Kekurangan satu zat gizi dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan. Cukuplah dengan mengamalkan diet jus buah selama 1-2 hari sahaja.
INGIN BERAT BADAN STABIL
• Untuk menjaga berat badan agar tetap stabil, anda perlu berteraskan kepada diet dan senaman. Bahkan seseorang yang sudah mempunyai berat ideal tetapi dengan cara yang singkat – menyedut lemak (tidak melakukan diet dan senaman), boleh menyebabkan berat badan akan bertambah di kemudian hari. Jangan terlalu mengharap bahawa anda akan kekal langsing dengan diet segera.
TIDAK PERNAH KENYANG
• Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.
BADAN TERASA BERAT
• Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.
KAWAL ‘LAPAR MATA’
• Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.
SUKA MENGUNYAH TETAPI TAKUT GEMUK
• Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.
TIADA MASA UNTUK BERSENAM
• Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.
SASARAN YANG TIDAK LOGIK
• Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
Kredit: Khabib
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Kredit: Johan
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang terutamanya mula menginjak usia pertengahan 30-an atau 40-an pastinya mula resah apabila melihatkan angka saiz pinggang yang semakin meningkat.
Masalah berat badan terutamanya boroi kini dikenal pasti sebagai salah satu perkara yang sering menjadi kebimbangan utama lelaki.
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai lelaki mula berusaha keras dan mengubah gaya hidup untuk menurunkan berat badan.
Akan tetapi bagaimana pula selepas bersenam dan berdiet tetapi berat badan tidak turun dengan ketara?
Terdapat beberapa sebab kenapa berat badan mungkin tidak turun walaupun telah melakukan senaman dan diet yang konsisten. Berikut lima punca atau sebab utama yang mungkin menjadi punca masalah tersebut.
METABOLISME PERLAHAN
Salah satu faktor utama yang boleh mempengaruhi kehilangan berat badan adalah kadar metabolisma individu.
Setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, dan beberapa individu mungkin mempunyai metabolisme yang lebih perlahan daripada yang lain.
Metabolisme yang perlahan bermaksud badan membakar kalori dengan lebih lambat, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan yang perlahan.
KEKURANGAN KALORI
Walaupun diet yang ketat boleh membantu menurunkan berat badan pada awalnya, ia juga boleh menyebabkan tubuh kekurangan kalori yang penting untuk fungsi harian yang normal.
Ini boleh menyebabkan badan merasa kebuluran dan melambatkan proses penurunan berat badan. Penting untuk memastikan bahawa diet yang diikuti adalah seimbang dan menyediakan badan dengan semua nutrien yang diperlukan.
Saat-saat tertentu, berat badan yang tidak berubah mungkin disebabkan oleh retensi air. Faktor seperti pemakanan yang tinggi dalam garam, hormon, dan tahap aktiviti fizikal boleh mempengaruhi berapa banyak air yang ditahan oleh badan. Ini boleh memberikan kesan sementara pada berat badan, tetapi ia bukanlah peningkatan lemak sebenar.
KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Ketidakseimbangan hormon dalam badan juga boleh menjadi penyebab berat badan yang tidak berubah.
Hormon seperti insulin, tiroid, dan hormon seks boleh mempengaruhi penurunan berat badan. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan tertentu atau menghalang penurunan berat badan secara keseluruhan.
KURANG SENAMAN EFISIEN
Walaupun melakukan senaman, jenis senaman yang dipilih juga memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan.
Senaman kardiovaskular yang berkualiti tinggi dan latihan beban yang sesuai boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lebih banyak kalori. Sebaliknya, melakukan senaman yang tidak mencukupi atau kurang intensiti mungkin tidak menghasilkan hasil yang diinginkan.
Jadi secara kesimpulannya, penurunan berat badan adalah proses kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Jika berat badan anda tidak turun walaupun telah melakukan senaman dan diet, penting untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pakar pemakanan untuk menentukan sebab yang mungkin.
Mungkin anda perlu membuat penyesuaian dalam pelan senaman dan pemakanan atau mendapatkan nasihat profesional.
Selain itu, kekal sabar dan konsisten adalah kunci untuk mencapai matlamat penurunan berat badan anda.
Jom subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Harman Kardon SoundSticks 5 dan Aura Studio 5 membawa keindahan reka bentuk dan kehebatan bunyi ke tahap baharu — gabungan cahaya, emosi dan teknologi yang menjadikan setiap nota terasa hidup.