Ads

Bangun Tidur Jam 5 Pagi Setiap Hari Selama Seminggu, Ini Akan Berlaku!

bangun
Using laptop photo created by marymarkevich - www.freepik.com

Tidak dapat dinafikan di kalangan anda yang tinggal di bandar-bandar besar bangun awal pada waktu pagi sememangnya satu perkara sukar. Maksud awal yang MASKULIN maksudkan di sini ialah seawal di antara jam 4 hingga 5 pagi.

Dengan kesibukan aktiviti harian terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga bangun awal pagi seperti ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat. Rata-rata paling awal pun bangun jam 6:30 pagi, bukan?

Tapi apakah bezanya sangat bangun awal beberapa jam? Penulis telah cuba melakukan eksperimen sendiri dan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari selama seminggu. Dan hasilnya memang cukup mengejutkan.

Berikut 5 perkara menarik yang berlaku bukan sahaja pada fizikal tetapi mental apabila bangun awal pagi!

TUKAR ‘BODY CLOCK’ BUKANLAH SENANG

Hari pertama memang paling sukar. Malam sebelumnya cuba tidur pada jam 9:30 malam namun hanya berjaya lelap kira-kira satu jam kemudian. Satu perkara perlu ingat, elak gunakan telefon pintar sebelum nak tidur. Itu hanya menyukarkan anda tidur.

Ads

Membiasakan diri dengan ‘body clock’ baharu bukanlah senang. Secara tidak sedar akan terus tekan ‘snooze’ pada alarm. Namun mujur ada beberapa set alarm telah dipasang. Bolehlah bangun walaupun agak berlawan dengan nafsu tidur.

Bangun Tidur Jam 5 Pagi Setiap Hari Selama Seminggu, Ini Akan Berlaku!
Man sleep photo created by artursafronovvvv – www.freepik.com

BADAN RASA LEBIH SEGAR

Tak sangka bangun awal sebenarnya boleh membuatkan badan terasa amat segar. Selepas mandi badan akan terus rasa bersedia untuk lakukan aktiviti harian. Satu perkara lagi, diri terasa telah capai sesuatu yang sangat baik dan positif. Nak bersiap untuk pergi kerja pun tidak perlu kalut. Dan ini boleh mengurangkan stres yang tidak perlu.

LEBIH BERSEDIA

Bangun awal pagi juga memberikan lebih banyak masa untuk kita bersedia menghadapi hari yang panjang. Selain itu, kita juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain seperti senaman ringkas.

Ads

Makan pagi pun akan jadi lebih teratur dan lebih nikmat. Setiap hari bermula jauh lebih positif dari kebiasaan.

Bangun Tidur Jam 5 Pagi Setiap Hari Selama Seminggu, Ini Akan Berlaku!
Texting photo created by pressfoto – www.freepik.com

BINA MINDA KREATIF

Waktu pagi merupakan salah satu tempoh di mana otak akan jadi sangat segar dan mampu menjana idea kreatif. Jika anda seorang penulis, inilah tempoh masa di mana idea tanpa sedar itu boleh muncul. ‘Jus’ kreatif akan lebih banyak mencurah-curah pada waktu ini!

BACA: DJI Osmo Action 6, Kamera Aksi Mantap Dengan Bukaan Boleh Laras

Ads

TEMPOH REFLEKSI DIRI

Setiap hari kita sangat sibuk. Kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri. Bila bangun awal, anda akan berasa masa itu lebih panjang. Inilah masa terbaik untuk melakukan refleksi diri. Bangun awal sambil minum kopi merenung dan berfikir tentang masa depan dengan tenaga lebih positif!

Kesimpulannya bangun awal pagi memberikan banyak manfaat kepada diri. Itu belum lagi kita sentuh tentang kelebihannya untuk kesihatan. Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Toyota Vios Hybrid

Toyota Vios Hybrid Baharu, Revolusi Hibrid Mampu Milik dengan Teknologi Tempatan

Toyota Vios Hybrid kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan teknologi bateri hibrid tempatan, menawarkan prestasi efisien, harga mampu milik, dan keselamatan menyeluruh dalam sedan moden generasi baharu.