Tular di media sosial dua video berdurasi satu saat dan satu minit 10 saat memaparkan detik cemas berlaku letupan di stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Bateri Kereta Meletup, Ini Punca, Risiko Dan Langkah Pencegahan
Seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas kereta Proton Saga miliknya meletup ketika berada di stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Kejadian berlaku sekitar jam 7 petang itu turut tular selepas beberapa video tersebar. Bagaimanapun hasil pemeriksaan pihak polis mendapati kejadian letupan itu disebabkan bateri kereta meletup.
Pemandu e-hailing terbabit sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Aeropolis untuk tindakan selanjutnya.
Sebenarnya apa yang menyebabkan bateri kereta meletup? Berikut dikongsikan fakta berkaitan isu ini.
Sebab Bateri Kereta Meletup: Punca, Risiko Dan Langkah Pencegahan
Bateri kereta merupakan komponen penting dalam sistem elektrik sesebuah kenderaan. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan enjin dan menyokong operasi pelbagai sistem elektronik dalam kereta.
Walaupun jarang berlaku, terdapat kes di mana bateri kereta boleh meletup, dan kejadian ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu serta penumpang. Berikut dikongsikan sebab-sebab utama bateri kereta meletup, risiko yang terlibat, dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
1. Pengumpulan Gas Hidrogen
Salah satu sebab utama bateri kereta meletup ialah pengumpulan gas hidrogen di dalam atau sekitar bateri. Semasa proses pengecasan, bateri akan menghasilkan gas hidrogen yang sangat mudah terbakar. Jika pengudaraan tidak mencukupi atau terdapat percikan api berhampiran terminal bateri, gas ini boleh menyala dan menyebabkan letupan.
Ads
2. Litar Pintas (Short Circuit)
Litar pintas berlaku apabila terdapat sambungan yang tidak betul antara terminal positif dan negatif bateri. Keadaan ini boleh menyebabkan arus elektrik yang sangat tinggi, lalu menghasilkan haba yang berlebihan. Haba ini mampu memanaskan bateri secara mendadak sehingga menyebabkan letupan, terutamanya jika bateri sudah uzur atau rosak.
3. Pengecasan Berlebihan (Overcharging)
Pengecasan bateri secara berlebihan juga boleh menyebabkan letupan. Apabila bateri dicas melebihi had yang ditetapkan, ia akan memanas dan mengakibatkan tekanan dalaman meningkat. Ini seterusnya boleh menyebabkan bahan kimia di dalam bateri menjadi tidak stabil lalu meletup. Masalah ini lazimnya berlaku jika pengecas automatik tidak digunakan atau sistem pengecasan kereta mengalami kerosakan.
4. Bateri Lama Atau Rosak
Bateri yang sudah lama digunakan atau telah rosak mempunyai risiko lebih tinggi untuk meletup. Ini kerana struktur dalaman bateri mungkin telah terjejas, menyebabkan ketidakstabilan kimia. Tambahan pula, bateri lama cenderung untuk mengalami kebocoran elektrolit, yang boleh menyebabkan kakisan pada terminal dan meningkatkan risiko percikan api.
5. Sambungan Terminal Tidak Ketat
Sambungan terminal yang longgar boleh menghasilkan percikan api kecil akibat arus tidak stabil. Percikan ini, walaupun kecil, boleh menyalakan gas hidrogen yang terperangkap dan seterusnya mencetuskan letupan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan sambungan bateri sentiasa kukuh dan bersih.
Ads
Langkah-Langkah Pencegahan
Pemeriksaan Berkala – Lakukan pemeriksaan rutin terhadap bateri termasuk tahap air (bagi bateri bukan jenis bebas penyelenggaraan), sambungan terminal, dan tanda-tanda kerosakan fizikal.
Elakkan Pengecasan Berlebihan – Gunakan pengecas yang mempunyai fungsi automatik untuk mengelakkan overcharging.
Pastikan Pengudaraan Baik – Elakkan mengecas bateri dalam ruang tertutup untuk mengelakkan pengumpulan gas hidrogen.
Guna Peralatan Berkualiti – Pastikan semua sambungan elektrik menggunakan kabel dan sambungan yang betul serta berkualiti tinggi.
Ads
Ganti Bateri Lama – Tukar bateri kereta setiap 2 hingga 3 tahun atau mengikut saranan pengeluar untuk mengelakkan risiko kegagalan.
Letupan bateri kereta bukanlah sesuatu yang lazim, namun ia boleh berlaku jika aspek keselamatan diabaikan. Dengan memahami punca-punca utama dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya, risiko letupan bateri dapat diminimumkan.
Keselamatan pengguna jalan raya harus sentiasa menjadi keutamaan, dan penyelenggaraan bateri yang betul adalah sebahagian daripadanya.
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.
Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.
BOLEH ROSAK KRITIKAL
Foto: wrongfuel-angel.co.uk
Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki minyak kenderaan diesel.
Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.
Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!
STEP SELAMATKAN ENJIN KERETA!
Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.
Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ke tepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral.
Foto: reliable-auto.com
Kedua dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.
Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.
Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.
Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update lebih terkini!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minyak dan kereta sememangnya tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi ia merupakan bahan bakar yang utama untuk menggerakkan sesebuah kereta itu.
Lainlah kalau kereta di negara kita ini banyak menggunakan tenaga solar. Pastinya minyak tidak akan digunakan lagi kerana Malaysia menerima jumlah matahari yang agak banyak.
Namun begitu memandangkan harga minyak juga semakin mahal, ini 10 cara yang boleh anda lakukan untuk menjimatkan minyak kereta anda :
1. Biarkan enjin 30 saat
Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
2. Isi minyak waktu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
3. Isi perlahan-lahan
Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
4. Tengok angin tayar
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.
5. Pandu perlahan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
6. Jangan tekan minyak ketika berhenti
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.
7. Guna gear yang bersesuaian
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
8. Jangan brek mengejut
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan anda sencara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
9. Matikan air cond pada waktu sesuai
Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cord anda. Selain itu, matikan juga aircord anda bila sudah hampir tiba destinasi. Pengunaan minyak bertambah 10% apabila mengunakan aircord.
10. Tutup tingkap sewaktu memandu
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.