Masalah kaki berbau boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri. Rasa malu untuk membuka kasut kerana bimbang kaki akan mengeluarkan bau yang busuk sehingga orang sekeliling menutup hidung.
Orang lelaki yang kebiasaannya memakai kasut bertutup sering mengalami masalah kaki berbau ini. Selain masalah peluh pada kaki, memakai stoking yang sama berulang kali juga boleh mengundang kaki berbau.
Bagi mengatasi masalah kaki berbau ini, anda boleh ikuti 10 tip mudah mengatasi masalah kaki berbau ini seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya.
“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”
Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.
Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!
Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
⚠️Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Ads
⚠️Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
⚠️Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung (berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
Ads
⚠️Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
⚠️Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
⚠️Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
⚠️Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Ads
⚠️Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
⚠️Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
⚠️Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf (kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Nota Kesihatan Dr Kamarul di t.me/NotaDrKamarul
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak nak kulit yang sentiasa kelihatan muda walaupun usia dah mencecah 40an dan ke atas? Namun, bukan mudah untuk maintain dan pastikan kulit wajah anti-kedut apabila usia semakin bertambah.
Pemakanan yang tidak sihat ditambah pula dengan cuaca yang panas, mula la ada garisan yang tidak diingini pada kulit malah ada yang sudah menampakkan kedut di sana sini.
Jadi, bagaimana nak atasi kulit kering dan cepat berkedut?
Banyakkan makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.
Elok diambil melalui pemakanan atau pun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.HA dan Vitamin C.
Bukan sahaja ia bagus untuk diet, malah air kosong ini juga dapat membantu untuk memastikan kulit terutamanya di bahagaian wajah lebih anjal dan anti-kedut. Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.
Ya, menggunakan serum adalah sangat baik untuk menguatkan kulit wajah. Di antara serum yang menjadi oilihan MASKULIN ialah dari jenama Drunk Elephant. Serum terbarunya Protini Powerpeptide Resurf Serum sesuai digunakan pada waktu pagi dan juga malam. Ia menggabungkan formulasi istimewa dari tumbuhan yang mampi membantu kulit wajah menjadi lebih bertona, kuat dan juga anjal.
Gabungan daripada 11 ultra-concentrated peptides, Protini Powerpeptide Resurf Serum yang digunakan secara rutin mampu menjadi kulit jadi plump, memperbaiki kulit rosak dan juga ketidak samarataan tona kulit.
Lebih menarik lagi, serum ini diformulasikan dengan kadar pH ideal iaitu 3.3. Ia juga bebas dari sebarang kandungan minyak essentials, silikon dan juga sebarang haruman. Dan juga bersifar vegan dan tidak terlibat dalam sebarang ujian ke atas haiwan.
Apabila menyebut tentang mesin pencukur mungkin rata-rata di antara kita akan terus membayangkan kegunaannya untuk rambut di kepala. Tapi pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang kewujudan mesin pencukur yang lebih kurang sama untuk kegunaan di bahagian sulit lelaki?
Ya, produk seperti ini sebenarnya telah wujud di Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan produk hasil dari anak jati kita sendiri. Jarred Chuah, CEO dan Pengarah Bahagian Perkembangan Syarikat menampilkan Nateskin, produk mesin pencukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
MASKULIN berkesempatan menemubual usahawan muda ini untuk mengetahui apakah inspirasinya untuk membangunkan produk yang mungkin dianggap tabu oleh sesetengah pihak.
Ikuti temubual MASKULIN bersama Jarred Chuah di bawah;
Pertama sekali boleh kongsikan dari mana datangnya idea untuk anda memulakan jenama dan produk Nateskin?
Semasa Malaysia menghadapi pandemik dan PKP, saya bermastautin dan bekerja di Australia bersama pasangan, Rebecca. Sejurus selepas kerajaan Australia menamatkan arahan kawalan pergerakan, kami terus rancang untuk bercuti.
Inspirasi ini bermula apabila saya ternampak satu iklan di lapangan terbang Melbourne yang agak unik kerana kata slogan yang digunakan masih terngiang-ngiang bermain di dalam fikiran saya hingga ke hari ini iaitu “Make your PP look bigger with this PP laser”. Iklan tersebut adalah iklan untuk produk mesin cukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
Di situlah bermulanya idea untuk memulakan Nateskin, yang berazam untuk memberikan solusi kepada maskulin Malaysia yang ingin membeli produk mesin cukur dan alat kemas diri yang boleh digunakan di rumah untuk menambah keyakinan diri sendiri.
Adakah anda melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum memajukan atau menghasilkan produk Nateskin?
Sebelum kami mengeluarkan produk kami yang pertama, kami lakukan tinjauan pasaran alat cukur dan kemasan bahagian sulit lelaki yang ada di Malaysia. Kami mendapati banyak produk yang di luar sana menggunakan jenis pisau besi untuk alat cukur mereka. Malah, saya mendapati bahawa risiko kecederaan adalah lebih tinggi dengan jenis pisau besi di kalangan pengguna.
Jadi, saya terus buat kajian tentang jenis bahan yang lain untuk menggantikan bahagian tersebut. Kami mendapati jenis bahan seramik adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan besi untuk produk kami kerana bahan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kecederaan, malah adalah alternatif yang paling selamat dan efektif untuk digunakan.
Bagaimana anda meyakinkan diri sendiri dan mungkin rakan niaga untuk merealisasikan idea penghasilan produk Nateskin?
Berdasarkan kajian awal dan survey kami terhadap pasaran lokal dan persepsi masyarakat umum, ramai yang berpendapat bahawa mereka sedar tentang masalah pertumbuhan bulu dan mahukan solusi dan keputusan yang sama tetapi masih kurang pasti dengan tindakan yang harus diambil untuk menangani masalah tersebut.
Bagi sesetengah responden yang sudah mengenal pasti cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, mereka tidak selesa dan malu untuk melanggani servis seperti waxing dan laser kerana ia melibatkan orang lain.
Kekurangan inisiatif terhadap masalah yang disebut di dalam pasaran lokal Malaysia dan Singapura ditambahkan pula dengan fakta bahawa beberapa jenama dan syarikat telah berjaya membuka haluan dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat dan UK, ia menjadikan pilihan yang jelas untuk melancarkan Nateskin di pasaran yang masih belum diteroka terutama sekali di Asia Tenggara.
Penjagaan bahagian sulit lelaki merupakan satu perkara yang cukup ‘taboo’ terutamanya di kalangan masyarakat Timur seperti Malaysia. Apakah pendekatan pemasaran yang anda lakukan bagi mempromosikan produk ini?
Saya setuju dengan pernyataan yang diberikan di dalam solan. Ya, topik tentang pengemasan diri lelaki di kalangan masyarakat Malaysia seumpama tiada bunyi dan sensitif untuk dibincangkan.
Di situ datangnya Nateskin, kerana walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyediakan alternatif untuk lelaki Malaysia mengemaskan bahagian sulit mereka dengan selesa, kami juga bermatlamat untuk menjadikan topik perbincangan ini lebih mudah untuk dibincangkan secara umum di kalangan masyarakat.
Bagaimana? Nateskin menggunakan pendekatan dengan pengguna melalui lawak dan jenaka dalam semua aspek dari pemasaran, pembungkusan hingga copywriting. Contoh seperti lampiran yang diberi dibawah, gambar tersebut adalah sedikit sebanyak gambaran teknik pendekatan kami untuk membuatkan topik yang sensitif ini lebih mudah dibincangkan di kalangan masyarakat umum.
Seperti yang dilihat dibawah, ada frasa yang kelakar dan unik seperti, “Avatar: The Last Hairbender” yang pasti akan buat pengguna tertawa sebaik sahaja mereka membaca manual pengguna kami. Mesej utama kami dari sini adalah supaya pengguna rasa lebih yakin dan selasa untuk membincangkan topik ini dan setiap kali mereka buat sedemikian, mereka akan terus ingat Noteskin.
Apakah perbezaan utama Nateskin berbanding produk mesin pencukur yang lain?
Keselamatan pengguna telah menjadi keutamaan di Nateskin. Seperti yang dibincangkan di atas, alat mesin cukur kami menggunakan seramik sebagai bilah pisau berbanding besi tahan karat yang digunakan secara menyeluruh oleh jenama-jenama yang ada di pasaran di luar sana.
Kenapa seramik? Kerana seramik jauh lebih kukuh, tajam dan efektif malah lebih selamat digunakan untuk bahagian yang sensitif seperti alat sulit. Jadi, ini dapat mengurangkan kadar kecederaan dan luka yang tidak diingini apatah lagi di bahagian tersebut.
Selain itu, Nateskin juga menggunakan teknik pendekatan pengguna yang unik melalui sedikit lawak jenaka yang memberi laluan kepada Nateskin untuk berinteraksi dengan pengguna dan masyarakat dengan cara yang sangat unik tapi ramah!
Boleh kongsikan bagaimana sambutan tempatan dan apakah perancangan masa hadapan Nateskin?
Setakat tahun 2023, sebanyak 8,000 unit Nateskin Bush Trimmer dengan angka pendapatan daripada hasil jualan sebanyak RM500k sebulan. Daripada jumlah tersebut, 60% adalah dari Malaysia. Kebanyakan pengguna kami adalah daripada umur 25 ke 40 tahun dan kami mempunyai jumlah permintaan yang stabil daripada kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Walaupun kami masih belum mengetahui mengapa permintaan lebih tinggi daripada empat bidang ini, tetapi kami berharap dapat mengumpul lebih banyak data dan maklum balas daripada pengguna kami.
Ia bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan dengan misi syarikat untuk menjadikan Nateskin sebagai penyelesaian untuk digunakan bagi tujuan kemasan bahagian sulit di samping misi untuk memberi platform perbahasan topik yang sensitif di kawasan lain.
Apakah maksud tersirat yang ada pada nama Nateskin?
Semasa zaman PKP, pengalaman orang lain terhadap isu pengemasan diri juga serupa dengan pengamalan saya. Saya rasa diri dan rupa saya tidak terurus kerana servis yang saya kerap gunakan tidak beroperasi disebabkan arahan kawalan pergerakan. Apatah lagi, arahan tersebut berkuatkuasa berbulan lamanya.
Jadi saya pun mula mencari solusi sendiri untuk tujuan kemasan diri. Saya cuba mengunakan alat mesin cukur di rumah tetapi pengalaman tersebut tidak seindah khabar kerana saya terluka secara tidak sengaja. Pengalaman ini juga mendorong saya untuk menerajui Nateskin. Jadi daripada saya gunakan Jaredskin sebagai nama jenama ini, saya gunakan Nateskin. Perkataan ‘Nate’ di dalam Nateskin mempunyai maksud dan isitillah punggung atau dalam Bahasa Inggeris, buttock dan rump. Menarik tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kehadiran parut jerawat boleh buat anda hilang keyakinan diri. Sesiapa pun akan malu jika muka penuh dengan parut jerawat. Nampak sangat seolah-olah anda tidak pandai menjaga kulit wajah.
Parut jerawat jika tidak dirawat dengan baik boleh meninggalkan kesan kehitaman. Kalau berkulit cerah, memang nampak sangat parut jerawat. Selain perubatan moden, banyak petua menggunakan bahan semula jadi boleh anda cuba untuk hilangkan parut jerawat.
Ini merupakan 10 petua menggunakan bahan semula jadi yang boleh membantu anda menghilangkan parut jerawat dengan selamat.
Lidah buaya kaya dengan vitamin semula jadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Ia bersifat lembut. Gunakan sedikit dahulu pada wajah kerana lidah buaya meninggalkan kesan sedikit gatal pada kulit. Daripada anda membeli di farmasi, lebih baik ada tanam sendiri kerana ia senang tumbuh. Bukan sahaja untuk kulit, lidah buaya juga bermanfaat untuk rambut.
Caranya: Potong lidah buaya dan ambil lendirnya. Sapukan pada parut jerawat secara perlahan-lahan. Biarkan lendir itu beberapa minit sehingga ia kering dan bilas dengan air.
Selain baking soda, ia juga dikenali dengan nama natrium bikarbonat. Bahan ini sentiasa ada di setiap rumah kerana ia banyak kegunaannya. Penggunaan baking soda akan menyerap ke dalam liang pori-pori kulit dan mengelakkan jerawat baru naik.
Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, pastikan jangan terlalu cair dan biarkan seperti pes. Lumurkan campuran ini pada parut jerawat. Selepas menggunakan baking soda, pastikan anda cuci muka mengguna moisturizer. Amalkan setiap dua hari sekali.
Minyak kelapa dara ini memang lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa biasa. Ini kerana cara penghasilan minyaknya tidak menggunakan haba.
Caranya: Titiskan minyak kelapa dara pada tapak tangan dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak terutamanya sekali pada parut jerawat. Ia boleh dibiarkan tanpa dicuci bagi membolehkan ia memulihkan kulit daripada parut jerawat. Namun jika anda rimas kulit muka berminyak, biarkan 30 minit sebelum membilasnya dengan pembersih muka.
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, selain vitamin A, vitamin C dan magnesium yang sememangnya terbaik untuk kulit.
Caranya: Hiriskan timun segar dan tempekkan pada bahagian kulit muka yang berparut. Biarkan 30 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut jerawat anda beransur hilang.
Semua sedia maklum madu adalah raja segala makanan. Untuk melakukan petua ini pastikan anda cari madu lebah asli.
Caranya: Ambil sedikit dan urutkan pada kulit wajah. Jangan banyak kerana madu sedikt panas. Urut perlahan dan biarkan kering baru dibilas.
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya untuk membantu kulit baru tumbuh dan sebagai peluntur semula jadi yang bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.
Caranya: Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil memicit sedikit demi sedikit hingga jusnya keluar. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari. Namun jika kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk.
Tahukah anda, jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain menghilangkan parut jerawat, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.
Caranya: Hiris ubi kentang mentah nipis-nipis dan tempekkan pada kulit muka. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Ia berfungsi untuk menyerap minyak, punca utama jerawat.
Caranya: Tumbuk sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan sapukan bedak sejuk pada kulit muka dan biarkan semalaman. Keesokan harinya basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
Minyak zaitun memang banyak khasiat. Ia adalah bahan mesra kulit yang kaya dengan sumber vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi dan antioksidan. Minyak zaitun juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat parut jerawat.
Caranya: Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat secara perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum anad mencuci.
Tomato juga tidak kalah dalam memberi manfaat untuk kulit wajah terutamanya dalam menjaga pori-pori kulit, jerawat dan kulit kusam. Jika anda ingin mendapatkan kulit yang sihat, anda disarankan untuk menggunakan tomato sebanyak 16 mg setiap hari.
Caranya: Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Kemudian bilaskan sehingga bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.