Nampaknya pada bulan ini agak kerap juga MASKULIN menulis tentang jump rope. Melihatkan respons yang cukup baik daripada anda memang terbukti inilah antara aktiviti kecergasan yang cukup popular pada masa kini.
Begitu juga ramai yang mula menunjukkan minat untuk melakukan senaman ini. Tapi MASKULIN faham mungkin ada yang seakan takut-takut untuk mencubanya. Jump rope pun sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam hidup kita. Cuba ingat semula ketika di bangku sekolah rendah. Pasti di dalam bilik peralatan sukan terdapat jump rope.
Kini ia telah berevolusi menjadi bentuk senaman yang bukan hanya sekadar ‘lompat tali’ semata. Malah skilnya telah berkembang dengan pesat dengan kadar kesukaran berbeza-beza. Apa yang pasti senaman menggunakan tali seperti jump rope ini telah terbukti mampu membakar lemak dengan efisien, membantu meningkatkan stamina seta daya tumpuan.
Tapi ada beberapa jenis kesilapan dalam melakukan senaman jump rope yang biasa orang lakukan. Kali iniMASKULIN ingin kongsi jenis-jenis kesilapan tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya.
TALI TERLALU RINGAN
Antara kesilapan yang rsmai beginner lakukan ialah memilih tali atau jump rope yang sangat ringan. Kebiasaannya jump rope yang ringan ini diperbuat daripada material PVC yang terdapat di pasaran biasa dan dijual pada harga sangat murah.
Ads
Menggunakan tali yang ringan menyebabkan ia sukar dikawal dan digunakan untuk belajar melakukan lompatan dengan betul. Ia juga tidak memberikan sensasi yang baik lalu menyebabkan anda tidak pasti kedudukan tali ketika melompat.
Jadi pilihlah jump rope yang mempunyai berat sesuai untuk anda. Jump rope yang lebih berat boleh memberikan sensasi serta feedback untuk lebih mudah anda pelajarinya.
Pergerakan tangan dalam melakukan aktiviti jump rope adalah sangat penting. Dan salah satu kesilapan biasa yang ramai orang lakukan termasuklah yang berpengalaman ialah pergerakan tangan yang keterlaluan.
Ads
Di kalangan beginner anda boleh saksikan bagaimana mereka lebih banyak menggunakan siku dan bahu. Ini bukan sahaja tidak efisien malah boleh menyebabkan lebih cepat rasa penat.
Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh cuba melakukan lompagan di hadapan cemrin. Lihat bagaimana pergerakan tangan anda. Lompatan yang baik ialah menggunakan lebih banyak pergelangan tangan dan kurangkan pergerakan tangan dan bahu.
Ads
Paling penting elak daripada menggerakan siku sehingga berpusing-pusing. Ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius!
Kadang-kadang mungkin anda berasa teruja melakukan aktiviti jump rope. Sebab itulah anda mungkin meompat lebih tinggi. Atau mungkin juga risau melakukan kesilapan dan risau tali tersangkut di kaki, lalu anda pun melompatlah lebih tinggi.
Untuk lompatan asas cuba lakukan lompatan pada ketinggian 1 atau 2 inci dari permukaan tanah. Lutut anda juga tidak perlu dibengkokkan terlalu banyak. Cuba rapatkan dan luruskan kaki sebaik mungkin. Jika mula selesa dapatkan ritma anda tersendiri dan terus lakukannya.
Semoga beberapa tip ini mampu menjadikan aktiviti jump rope anda lebih baik! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain Australia, Cameron Smith mencatat pukulan tanpa bogey untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan golf Klasik CIMB yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD7 juta (kira-kira RM29.50 juta) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, melakukan lima birdie pada sembilan lubang pertama, dan menambah tiga lagi birdie pada sembilan lubang kedua untuk mencatat lapan bawah par 64.
“Pukulan saya menjadi dan banyak melakukan pukulan yang baik. Pusingan yang baik bagi saya hari ini,” ujar Smith.
Smith berkata beliau akan mengekalkan corak permainannya itu pada baki tiga lagi pusingan.
“Perancangan yang sama esok. Mengekalkan rentak permainan dan melakukan pukulan yang baik,” katanya.
Sementara itu, pemain golf profesional, Danny Chia (gambar) muncul pemain terbaik Malaysia pada pusingan pembukaan Klasik CIMB 2017.
Selepas memulakan saingan dengan melakukan dua bogey pada dua lubang pertama, Danny yang mula beralih menjadi pemain profesional pada 1996, bangkit dengan mencatat lima birdie untuk catatan dua bawah par 70.
Mengakui sedikit gementar pada permulaan sebelum kembali menemui rentak, Danny secara keseluruhannya berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini.
“Saya agak gementar pada permulaan, namun kembali menemui rentak dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi hari ini.
“Pada lubang pertama, saya membuat pukulan yang baik namun tiba-tiba pukulan kedua saya tersasar. Seperti tidak percaya, perkara yang sama berlaku di lubang kedua,” kata pemain berusia 44 tahun itu.
Danny kini berkongsi di kedudukan ke-23 bersama-sama 13 pemain lain termasuk juara bertahan Justin Thomas dari Amerika Syarikat dan pemain ranking ketiga dunia, Hideki Matsuyama dari Jepun.
Pemain Malaysia lain yang turut beraksi pada kejohanan berkenaan, Nicolas Fung pula mencatat par 72 untuk berkongsi berada di tempat ke-44 bersama-sama 16 pemain lain.
Ramai yang berbadan sado tetapi kakinya kurus kering. Usahlah anda jadi seperti itu ya. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Salah satu sebab utamanya ialah tidak memberikan tumpuan yang baik kepada bahagian lower body.
Keghairahan untuk membina otot pada bahagian upper body boleh menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Jadi bagaimana anda boleh mengubahnya dan melakukan senaman bahagian bawah anggota badan dengan baik dan mendapat hasil maksima?
Paling penting ia boleh dilakukan dengan mudah dan di mana sahaja.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 cara senaman yang anda boleh amalkan setiap hari dan lakukan dengan mudah tanpa mengira lokasi di mana.
Jika anda bersedia melakukan lebih senaman di bahagian peha dan kaki bersedialah melakukan beberapa jenis senaman di bawah. Lakukan setiap langkah selama 10 minit. Ia akan menguji kekuatan badan anda dan stamina selama sejam.
Tetapkan masa selama 10 minit. Kemudian lakukan 30 box squats reps selama seminit. Rehat setiap kali selang reps berbeza.
Jika anda lakukan lompatan free-version sebelumnya ini merupakan senaman tambahan untuk menguatkan bahagian betis. Lakukan split selama 20 kali dengan 5 set untuk 15 reps setiap belah bahagian kaki.
Lakukan 10 lompatan box squats setiap minit selama 10 minit. Ini bermakna anda harus set masa selama 10 minit kemudian lakukan 10 reps setiap kali masa baru bermula. Rehat seketika selang setiap reps.
Memberikan tekanan berimpak besar kepada sebelah kaki merupakan cabaran yang besar terhadap beginner. Jadi cuba lakukan lompatan free-version dahulu. Lakukan sebanyak 10 reps setiap belah kaki selama seminit.
Untuk finale ia cukup mudah namun agak sukar dihabiskan tanpa kaki menggeletar! Lakukan senaman ini 10 minit tanpa henti dengan one-leg box squats. Verikan perhatian dan fokus kepada bahagian kaki dan pergerakan bawah badan.
Diharapkan dengan 5 senaman MASKULIN kongsi di atas mampu membantu anda membina otot paha dan kaki yang lebih mantap. Dan paling penting tidak menjadi kecil seperti ‘chicken legs’!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah atau tidak anda bertanya mengapa setiap warna anggur itu berbeza? Adakah anda cakna tentang perbezaan itu atau terus ‘ngap’ sahaja kalau ada di depan mata?
Untuk pengetahuan pembaca, setiap buah-buahan mempunyai khasiat tersendiri termasuklah anggur tetapi uniknya anggur, khasiat itu terkandung berdasarkan warnanya :
1. Hitam keunguan untuk awet muda & jantung
Anggur yang berwarna hitam keunguan kaya dengan resveratrol yang bersifat antioksidan dan ia dihasilkan daripada biji anggur. Resveratol ini juga berfungsi sebagai zat yang dapat mencegah sel-sel kulit kita agar tidak cepat tua dan nampak awet muda. Selain itu, zat resveratol juga mampu menjaga tekanan darah dalam tubuh untuk mengalir stabil sekali gus melancarkan peredaran darah dan boleh menguatkan jantung. Dalam masa sama, anggur hitam keunguan ini turut boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
2. Merah untuk antioksidan & lebarkan pembuluh darah
Anggur merah juga memiliki kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Selain resveratrol, anggur merah mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk kegunaan tubuh dan ia berfungsi sebagai zat untuk melindung tubuh daripada terkena serangan penyakit. Selain boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh, anggur merah juga dikatakan boleh melebarkan pembuluh darah sekali gus mengelak darah anda tersumbat.
3. Hijau untuk cegah radang & kuruskan badan
Anggur hijau juga memiliki antioksidan dan zat yang dapat mencegah kita daripada terkena radang atau pembengkakan dalam tubuh. Manfaat lainnya, anggur hijau dapat menghilangkan zat-zat berbahaya dari tubuh serta menurunkan berat badan anda untuk berat yang lebih ideal.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.