Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular ura-ura penyanyi Ben Ladin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.
Hal ini selepas tular foto dan video Ben Ladin di aplikasi TikTok dalam persalinan sut berona biru gelap bersama wanita yang memakai gaun serba putih seakan mengesahkannya telahpun mendirikan rumah tangga.
Ben Ladin, 23 turut dilihat memakai inai merah dan memeluk wanita tersebut pada penghujung video berkenaan.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Muhammad Benladin Munshi Shaihan telah memilih wanita yang dikenali sebagai Shida itu biarpun tidak jelas tarikh sebenar mereka melangsungkan majlis.
Ads
Ben juga belum membuat sebarang kenyataan ataupun hantaran di media sosial mengenai perkahwinannya dan status dirinya sama ada masih bujang ataupun sudah bergelar suami.
Ads
***
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Hamidah yang dipercayai merupakan ibu saudara kepada pengantin perempuan juga berkongsi khabar gembira itu tiga hari lalu dan mengesahkan ura-ura tersebut.
Ads
“Persandingan anak buah dengan pasangannya, Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” catatnya.
Berdasarkan pemerhatian, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut dan memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Dunia sukan dan hiburan. Dua bidang yang secara harfiahnya kelihatan berbeza sama ini sebenarnya berkongsi satu elemen penting. Kedua-dua bidang yang menampilkan pemain dan penyanyi sebenarnya mempunyai power atau stamina yang cukup luar biasa.
Kita ambil contoh di antara pemain bola sepak paling berbakat masa kini, Arif Aiman yang bakal berkasi di Final Piala Malaysia dan penyanyi legenda seperti Dato’ M. Nasir yang mengadakan konsert selama beberapa jam, yang juga bakal melakukan persembahan eksklusif pada final tersebut memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi untuk mencapai prestasi terbaik.
Tahukah anda bahawa seorang pemain bola sepak profesional boleh membakar di antara 1,200 hingga 1,500 kalori dalam satu perlawanan selama 90 minit. Ini termasuk aksi mereka melakukan larian, pecutan dan pergerakan berterusan di atas padang. Sebagai contoh, dalam Final Piala Malaysia, pemain seperti Arif Aiman menunjukkan intensiti permainan yang tinggi sepanjang perlawanan.
Manakala cuba pula kita bandingkan penyanyi seperti Dato’ M.Nasir mengadakan konsert selama dua hingga tiga jam juga membakar sejumlah besar kalori.
Mungkin ada sesetengah daripada anda terkejut mendapati aktiviti seperti menyanyi, menari dan berinteraksi ketika konsert dengan penonton memerlukan tenaga yang banyak. Bahkan dianggarkan sekitar 700 hingga 1,000 kalori bergantung kepada intensiti persembahan.
Kadar denyutan jantung merupakan salah satu indikator penting mengukur tahap kecergasan serta stamina seseorang. Semasa perlawanan bola sepak, kadar denyutan jantung pemain boleh mencapai antara 160 hingga 180 denyutan seminit, menunjukkan tekanan fizikal yang tinggi.
Begitu juga, penyanyi yang membuat persembahan langsung mengalami peningkatan kadar denyutan jantung. Ini terutamanya ketika menyampaikan lagu-lagu yang memerlukan vokal yang kuat dan pergerakan yang aktif.
Sekali gus menunjukkan bahawa kedua-dua profesion yang berbeza bidang tapi membawa semangat sama ini memerlukan sistem kardiovaskular yang sihat dan berfungsi dengan baik.
Ketahanan fizikal pula asas bagi kedua-dua pemain bola sepak dan penyanyi. Latihan yang konsisten, pemakanan yang seimbang dan rehat yang mencukupi adalah aspek penting untuk mereka pastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Selain itu, ketahanan mental juga memainkan peranan penting. Pemain bola sepak perlu kekal fokus dan tenang di bawah tekanan, manakala penyanyi perlu mengawal emosi dan berinteraksi dengan penonton secara berkesan. Kedua-dua profesion memerlukan disiplin dan dedikasi yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan seperti bermain bola sepak dan membuat persembahan muzik secara langsung mempunyai kesan positif terhadap kesihatan jantung dan kesejahteraan mental.
Statistik juga menunjukkan bahawa individu yang terlibat dalam aktiviti ini mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding populasi umum.
Walaupun bola sepak dan muzik adalah dua bidang yang berbeza, kedua-duanya memerlukan tahap stamina yang luar biasa. Pemain bola sepak dan penyanyi perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka untuk mencapai prestasi terbaik. Kedua-duanya bukan sahaja membuktikan prestasi fizikal pada tahap tertinggi malah turut membawa semangat kekuatan mental yang hebat!
Ini menunjukkan bahawa di sebalik perbezaan, terdapat persamaan yang ketara dalam keperluan untuk ketahanan dan kecergasan dalam kedua-dua profesion.
Buat peminat bola sepak jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia pada 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.
Selain itu, persembahan eksklusif bakal disajikan oleh Dato’ M.Nasir sebelum sepak mula dan juga ratu rock negara, Ella pada rehat separuh masa.
Manakala persembahan menarik daripada artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Dinda Diana juga boleh penonton saksikan pada sebelah petang sebelum sepak mula berlangsung.
Jadi jangan lupa saksikan Final Piala Malaysia penuh epik di antara dua pasukan jagoan hebat, JDT FC vs Sri Pahang FC. Ia boleh disaksikan menerusi Astro Arena CH801, CH802 dan Astro Arena Bola CH803 atau muat turun aplikasi sooka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyakkan makan tomato. Tomato dapat memberi perlindungan kepada lelaki untuk mencegah dari terkena kanser prostat. Untuk pengetahuan korang, kanser prostat merupakan pembunuh kedua selepas penyakit jantung. Penyakit ini banyak meragut nyawa lelaki. Sekurang-kurangnya, lelaki kena makan tomato lebih kurang 2-4 kali seminggu.
Makan 2,3 ekor tiram untuk membekalkan sperma yang secukupnya. Jangan ambil secara berlebihan kerana ia juga boleh mendatangkan risiko.
Brokoli mencegah individu daripada kanser pundi kencing. Kajian mengatakan brokoli lebih berkesan 2,3 kali ganda terhadap lelaki berbanding wanita. Selain itu, lelaki yang makan 5 hidangan ini setiap minggu dikatakan boleh mengelakkan kanser pundi kencing selama 10 tahun.
Walaupun kandungan lemak pada kacang tinggi, tetapi ia baik untuk di makan bagi mencegah penyakit. Jangan ambil terlalu banyak. Sekurang-kurangnya, dalam seminggu ada ambil peanut butter.
Amalkan makan tembikai. Buah tembikai kaya dengan potassium yang mengelakkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Esma Danial sambung belajar di UPSI, tunai amanat arwah bapa. Sudah lebih 10 tahun meninggalkan alam pembelajaran, pelakon berpengalaman Esma Daniel kini teruja untuk kembali bergelar pelajar apabila bakal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sulta Idris (UPSI) bermula April ini.
Esma, atau nama penuhnya Esma Daniel Md Isa, yang kini berusia 56 tahun, berkongsi bahawa keputusan ini adalah sebagai memenuhi hasrat arwah bapanya, Md Isa Abidin, yang sentiasa menekankan kepentingan menuntut ilmu walau dalam apa jua keadaan dan usia.
Menurut Esma, dia turut terinspirasi kerana bakal menimba ilmu bersama rakan-rakan seindustri seperti Tomok dan Amerul Affendi.
Berikut perkongsian Esma di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, satu langkah baru dalam perjalanan ilmu.
Saya bersyukur dan gembira menerima tawaran untuk menyambung pengajian Sarjana Pengajian Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris @upsi_malaysia.
Ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga amanat arwah abah, Allahyarham Md Isa Abidin, yang sentiasa berpesan agar saya terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan sentiasa istiqomah dalam setiap usaha.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Semoga perjalanan ini diberkati dan memberi manfaat, Insya Allah.
“Arwah ayah saya sering berpesan supaya saya terus belajar walaupun sudah ada pekerjaan tetap. Baginya, ilmu itu tidak terbatas dengan usia, dan usaha yang berterusan adalah kunci kejayaan. Jadi, saya rasa sekarang adalah masa paling sesuai untuk sambung belajar, sambil meneruskan kerjaya lakonan saya. Rasa macam muda balik bila fikir nak daftar masuk April nanti,” katanya.
Mengulas lanjut, Esma memaklumkan beliau akan menyertai program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ApelQ), yang menurutnya sangat bertepatan dengan latar belakangnya.
Program ini membuka ruang kepada individu yang hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seperti dirinya, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui penilaian pengalaman kerja terdahulu.
“Walaupun saya akan terlibat dengan tugasan dan bimbingan pensyarah, saya tetap akan terus bekerja seperti biasa. Cuma, kali ini ada tambahan elemen pembelajaran dalam rutin harian saya.
“Menariknya, program ini tak mewajibkan kehadiran ke kelas secara fizikal, walaupun saya akan mengikuti kursus ini secara sepenuh masa,” jelasnya.
Esma turut menyatakan keyakinannya bahawa penglibatan dalam program ini mampu memberi nilai tambah dalam karier seninya yang telah lama diceburi.
“Saya percaya setiap individu perlu ada pencapaian dalam bidang akademik juga. Selepas sekian lama berada dalam industri lakonan dan melakukan pelbagai perkara, saya rasa sudah tiba masanya untuk memperkukuh diri dengan ilmu yang lebih formal,” tambahnya.
Dengan semangat baharu ini, Esma membuktikan bahawa pencapaian akademik bukan hanya untuk golongan muda, tetapi juga relevan buat sesiapa yang masih mahu belajar dan berkembang, tidak kira usia.