Tindakan ekstrem seorang lelaki muda di Taiwan yang sanggup mencederakan diri sendiri demi wang akhirnya memakan diri apabila kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.
Mangsa dikenali sebagai Zhang, seorang pelajar universiti di Taipei, merancang penipuan insurans dengan bantuan bekas rakan sekolah menengahnya, Liao. Mereka dilaporkan cuba menipu lima syarikat insurans bagi mendapatkan pampasan berjumlah RM6.6 juta (AS$1.4 juta).
Zhang merendam kakinya yang tidak beralas ke dalam baldi berisi ais kering. Agensi
Apa yang lebih mengejutkan, rancangan ini telah dirancang teliti sejak sekian lama. Sejak 2005 sehingga Januari 2023, Zhang telah membeli lapan polisi daripada lima syarikat berbeza, meliputi perlindungan kesihatan, nyawa, kemalangan, penjagaan jangka panjang serta perjalanan.
Sanggup Menahan Azab 10 Jam Demi Wang
Pada 26 Januari 2023, Zhang dan Liao membeli ais kering di Bandar Baru Taipei sebelum pulang ke kediaman Liao di Daerah Zhongshan, Taipei. Zhang kemudiannya merendam kedua-dua kakinya yang tidak beralas ke dalam baldi berisi ais kering, manakala Liao mengikat tubuh Zhang ke kerusi menggunakan tali plastik supaya mangsa tidak menarik diri sekiranya tidak tahan menanggung kesakitan.
Zhang menahan derita selama 10 jam, bermula jam 2 pagi hingga tengah hari, manakala segala tindakan tersebut dirakam oleh Liao menggunakan gambar dan video sebagai ‘bukti’ untuk tuntutan insurans.
Ads
Kesan Parah, Hilang Kedua-dua Kaki
Dua hari selepas kejadian, Zhang mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Memorial Mackay. Pemeriksaan doktor mengesahkan beliau mengalami radang dingin tahap keempat, kerosakan tulang, jangkitan darah serta kecederaan otot yang serius hingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong dari paras bawah betis.
Bagi mengaburi pihak insurans, mereka mendakwa kononnya Zhang terkena radang dingin selepas menunggang motosikal lewat malam.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada Zhang. Agensi
Tuntutan insurans bernilai RM6.6 juta segera dikemukakan berdasarkan lapan polisi yang diambil, namun hanya satu syarikat bersetuju membayar pampasan berjumlah RM38,000, manakala selebihnya menolak tuntutan tersebut selepas mendapati terdapat percanggahan keterangan sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Ads
Dalang Utama Dihukum Penjara Enam Tahun
Siasatan polis mendedahkan perancangan teliti mereka, termasuk rakaman perbualan serta bukti lain yang jelas menunjukkan kecederaan itu disengajakan. Pada 20 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Taiwan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Zhang, namun pelaksanaan hukuman ditangguhkan memandangkan beliau telah mengalami kecacatan kekal.
Liao pula dijatuhkan hukuman penjara enam tahun selepas didapati sebagai dalang utama rancangan licik ini. Mahkamah memutuskan bahawa Liao langsung tidak menunjukkan sebarang usaha untuk berdamai atau bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
Kisah ini seharusnya menjadi peringatan buat semua, terutamanya golongan muda yang sanggup mengambil jalan singkat demi mengejar kekayaan. Rezeki yang diperoleh melalui penipuan bukan sahaja tidak berkat, malah boleh menghancurkan masa depan sendiri.
Ads
Ingatlah, tiada jalan pintas untuk berjaya yang tidak mengundang padah.
Melangkah masuk ke Zepp Kuala Lumpur yang menjadi lokasi konsert cukup bersejarah ini menjadi bukti betapa legasi yang dibawa oleh band asal Surabaya bernama Padi ini cukup berpengaruh di negara kita.
Bersempena sambutan ulang tahu penubuhan mereka yang ke-25 tahun, Padi Reborn hadir mengubati rindu peminat mereka di Malaysia terutamanya selepas pandemik yang melanda dunia.
Lima anggotanya iaitu Fadly, Piyu, Ari, Rindra dan Yoyo tampil dengan cukup mesra dan ramah bersama peminat di negara kita. Sempadan dua negara seakan kabur apabila seluruh venue Zepp Kuala Lumpur bergema dengan nyanyian bersama antara band dan peminat.
Foto kredit: Razak Latif
Rata-rata peminat yang hadir juga kebanyakan berusia penghujung 30-an dan 40-an yang menjadi indikasi legasi dibawa oleh Padi Reborn sejak sekian lama. Pertama kali muncul di arus muzik Indonesia pada tahun 1997 dengan nama Padi mereka kemudiannya tampil semula selepas tujuh tahun ‘berehat’ dengan nama Padi Reborn.
Foto kredit: Razak Latif
Konsert yang dibawakan secara eksklusif oleh Qew Communications Sdn Bhd ini berlangsung dengan penuh lancar dan amat membanggakan. Membuka pentas persembahan, Padi Reborn terus membawakan dua buah lagu ‘Bayangkanlah’ dan ‘Sang Penghibur’.
Vokalisnya Fadly kemudian mengambil waktu seketika untuk menyapa peminat yang cukup teruja untuk menyaksikan persembahan mereka. Sepanjang malam tersebut, Padi Reborn membawakan sejumlah 23 buah lagu.
Foto kredit: Razak Latif
Konsert kali ini menjadi lebih indah dengan kemunculan istimewa dari Ratu Jazz negara, Sheila Majid yang berduet bersama Padi Reborn. Kemunculan Sheila Majid di tengah-tengah persembahan ‘Kasih Tak Sampai’ cukup menggemparkan dan disambut dengan sorakan yang gemuruh.
Foto kredit: Razak Latif
Mereka kemudian menyusul dengan duet sebanyak dua buah lagu popular Sheila Majid iaitu ‘Antara Anyer dan Jakarta’ dan ‘Warna’.
Harapan peminat untuk menyaksikan Padi Reborn mempersembahkan kesemua lagu hits mereka juga tercapai. Lagu-lagu ‘wajib’ seperti ‘Mahadewi’, ‘Sahabat Selamanya’, Seperti Kekasihku’ dan ‘menanti Sebuah Jawaban’ seakan menyaluti kerinduan peminat yang setia menyanyikannya bersama setiap masa.
Foto kredit: Razak Latif
Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan dua buah lagu encore iaitu ‘Hitam’ dan lagu popular mereka, ‘Begitu Indah’.
Semoga bertemu lagi, Padi Reborn!
Foto kredit: Razak Latif
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Trend berbasikal di negara kita sememangnya semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lihat sahajalah pada hujung minggu atau cuti umum, pasti kita dapat melihat kellibat penunggang basikal melakukan kayuhan di atas jalan raya.
Akan tetapi dengan populariti yang semakin melinjak timbul pula masalah lain apabila ada warganet dan rakyat Malaysia mengeluh kerada terdapat kaki basikal melakukan kayuhn di atas lebuh raya.
Lalu ia mengundang persoalan adakah ia boleh di lakukan di atas lebih raya?
Perkara ini telah dijelaskan oleh Polis Diraja Malaysia dengan cukup tegas sekali. Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Jelasnya lagi, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan tunggangan secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
“Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal,” katanya lagi.
Mengulas isu kumpulan berbasikal di atas lebuh raya kembali panas di media sosial memaparkan gelagat mereka menunggang basikal hingga membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.
Tambahnya lagi, penunggang basikal yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal juga boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Kaedah 42 yang membawa hukuman sama boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.
“JSPT setakat hari ini hanya mengambil tindakan advokasi terhadap penunggang basikal yang berkayuh secara berkelompok di jalan raya. Pihak polis tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan”.
Berdasarkan rekod sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan telah direkodkan.
Beliau turut menasihati para penunggang basikal supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain. Pilih lokasi dan masa sesuai iaitu di luar waktu puncak dan mengelak tempat sesak dengan kenderaan yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta mengundang risiko kemalangan.
Buat pemandu kenderaan lain yang lebih besar, bertimbang rasa dan berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pru-14 kali ini betul-betul satu peristiwa besar buat negara Malaysia apabila rakyat sama-sama bangun dan bersuara.
Ekoran kemenangan besar parti politik Pakatan Harapan yang memenangi 113 kerusi berbanding Barisan Nasional 79 kerusi, Pas mendapat 18 kerusi Parlimen, Warisan (8), Bebas (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (1), sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.
Selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor, Harapan juga menang bergaya apabila berjaya menakluk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah. Manakala, BN hanya berjaya mengekalkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Sarawak. Pas pula membuat kejutan apabila kembali menawan kembali Terengganu selain mengekalkan penguasaan di Kelantan.
Melalui kenyataan The Guardian, Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri paling tertua di dunia dengan kuasa tonggak Malaysia. Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Beliau akan hadir di Istana Negara pada 9.30 pagi ini bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan menerusi sidang media semalam Dr Mahathir juga akan melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri
Rakyat Malaysia akan melihat rombakan besar dalam kabinet Malaysia 2018. Segala kenyataan rasmi ditunggu pada hari ini 10 Mei 2018.
Info
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.