Majoriti warga rakyat Malaysia memang tak pernah bersenam pun, seterusnya sampai kena kencing manis atau darah tinggi.
Untuk tubuh kita berfungsi dengan baik, kita perlu pastikan badan menerima nutrisi secukupkan setiap hari dari makanan yang betul-betul seimbang dan sihat.
Oh! Percayalah! Roti canai, teh tarik, nasi lemak, mee goreng mamak, milo ais ‘kaw’, roti planta, ayam KFC, burger daging ‘special’ bukanlah diet seimbang yang badan kita mahukan!
#1 Petanda Badan Anda Kekurangan VITAMIN A
Mata kering
Rabun di waktu malam
Kulit bersisik dan kering
Cirit-birit
Selepas ini jika anda terluka ketika memotong bawang, kunyah sedikit lobak, kentang, oren atau tuna dan balutkan sekali dengan luka anda. Vitamin A menggalakkan pengeluaran sel yang sihat untuk menyembuhkan luka, meningkatkan sistem imun anda dan meningkatkan penglihatan anda.
Sebiji oren sehari akan menjauhkan doktor dari kita. Walaupun sebenarnya sebiji oren tidak cukup untuk keperluan sehari tubuh. Tetapi sekurang-kurangnya 85mg vitamin sehari sangat membantu untuk menghindarkan kita dari masalah di atas.
Antioksidan ini melindungi kita dari penyakit yang tak diingin seperti penyakit jantung, barah, asthma dan selsema.
Sebiji Vitamin 500mg yang boleh didapati di farmasi cukup untuk keperluan tubuh sehari atau anda perlu makan 7 biji oren sehari. Vitamin C ini bersifat ‘sustained released‘ iaitu dirembeskan secara perlahan-lahan dalam tubuh mengikut keperluan untuk setiap jam.
#3 Hello! Anda Perlukan Lebih Vitamin D Okay!
Ads
Tulang lembut (dalam jangkamasa masa panjang)
Mudah mendapat penyakit berjangkit seperti selsema
Tiada simptom yang jelas menunjukkan kekurangan vitamin D. Namun, semakin lama individu itu tidak mendapat nutrisi ini secukupnya, semakin berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan tulang. Sumber vitamin D lazimnya diperolehi daripada matahari pagi atau makan kacang almond dan ikan.
Jika anda rasa kekurangan vitamin D. Pergilah buat pemeriksaan doktor. Tubuh memerlukan 600 IU sehari vitamin D.
#4 Kalsium Oh! Kalsium. Jangan Kau Pergi
Cepat letih
Kerap kekejangan otot
Kurang selera makan
Masalah osteoporosis (masalah dalam jangkamasa panjang)
Dari sekolah lagi kita selalu disuruh untuk minum susu. Betul tak? Kita disarankan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya segelas susu sehari. Itu pun sangat susah. Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang telah bersekolah.
Kalsium membantu memperkuat kesihatan jantung dan hindari dari salur darah tersumbat (akibat diet tidak sihat). Kalsium juga memastikan tulang dan gigi kekal sihat. Seorang dewasa memerlukan lebih kurang 1000mg sehari.
Pengambilan supplemen semulajadi yang tinggi kalsium akan memastikan tubuh mendapat cukup kalsium. Jangan lupa ambil sumber kalsium seperti susu, yogurt, keju, almond, salmon dan lain-lain.
#5 Protein Adalah Sahabat Baik Anda Kecuali Jika…
Ads
Rambut selalu gugur
Rambut semakin nipis
Sakit otot
Tidak membina otot walaupun selalu bersenam
Sentiasa jatuh sakit
Kehilangan otot
Ramai yang mula bersenam di gimnasium sekarang. Di sana-sini orang sibuk bersembang tentang protein. Ini sangat cool okay!
Tapi yang tidak cool ialah tubuh tidak berotot walau kita habiskan 5 jam sehari ‘work-out’ di gim. Apatah lagi kalau kita ini memang tak bersenam dan hanya menambah lemak!
Seorang wanita disarankan ambil sekurang-kurangnya 46 gram protein sehari. Manakala lelaki memerlukan 56 gram protein sehari.
Hindarilah diri dari mengambil sumber protein dari daging merah secara berlebihan. Kualiti dan kuantiti sumber protein itu akan memberi risiko kepada penyakit kardiovaskular dan diabetes.
Cadangan pengambilan Whey Protein dan ditambah dengan pengambilan sumber protein lain akan menampung keperluan protein anda sehari dan menyelamatkan anda dari penyakit di atas.
#6 Simptom Kekurangan Fiber Dalam Tubuh
Selalu sembelit
Selalu lapar
Jika kita selalu makan nasi lemak pada pukul 12.30 malam ini adalah petanda yang kita ini sebenarnya kekurangan fiber atau serat dalam tubuh.
Ads
Tubuh yang cukup serat biasanya mengambil 20 ke 35 gram serat sehari dari sumber seperti oat, kekacang, brokoli dan lain-lain.
#7 Tolonglah Tambah Zat Besi Dalam Tubuh!
Kulit pucat
Sentiasa rasa sejuk
Pening
Sakit Kepala
Kesukaran bernafas
Betul. Zat besi adalah mineral yang diperlukan tubuh supaya sel tubuh kita dapat mengekalkan oksigen dan memastikan peredaran darah kita lancar. Andainya, kita tidak cukup zat besi iaitu 18 miligram sehari, kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit anemia.
Apa yang anda perlu lakukan adalah makan sumber zat besi seperti bayam, ikan & kekacang untuk keperluan zat besi untuk tubuh anda.
Kuasa Tindakan Menyelamatkan Nyawa!
Sekiranya anda ada simptom-simptom yang disebutkan di atas, ambil tindakan segera supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Ramai yang salah anggap bahawa supplemen ini adalah ubat dan hanya perlu diambil bila sudah sakit. Tidak! Tidak! Tidak! Supplemen atau vitamin ini bersifat mencegah. Tidak perlu tunggu sehingga sakit baru buat keputusan untuk mengambil vitamin.
Kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bertindaklah sekarang dan buktikan anda juga sama seperti orang lain yang tidak berkira untuk memastikan tubuh kekal sihat!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh sekarang ini kondisi kesihatan peribadi merupakan perkara yang sangat sensitif. Apatah lagi jika kita mengalami demam dan suhu badan meningkat. Tapi anda tidak perlu risau jika hanya demam biasa dan tidak mempunyai simptom COVID-19. Atau anda tidak ada kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif wabak tersebut.
Cuma sentiasalah memakai topeng atau penutup mulut jika ingin dapatkan rawatan. Dan anda hendaklah sentiasa jujur memberikan maklumat yang diperlukan ketika pergi mendapatkan rawatan.
Demam merupakan sakit biasa yang kita alami. Bila perkara ini berlaku suhu badan akan meningkat.
Sesetengah orang percaya menggunakan selimut dan memaksa badan berpeluh adalah satu cara untuk menurunkan suhu badan yang tinggi. Namun tahukah anda cara tersebut adalah salah dan ada cara yang lebih mudah?
Apabila anda berdepan dengan jangkitan virus atau bakteria, sel pertahanan badan akan menghasilkan beberapa jenis bahan yang sekaligus menyebabkan suhu badan akan meningkat.
Jadi secara tidak langsung jika anda menyelimutkan badan, anda hanya akan membuatkan suhu badan lebih meningkat sahaja.
Jauh sekali untuk menurunkan suhu badan. Disebabkan itu jugalah kalau anda perasan apabila kanak-kanak demam doktor akan suruh buda bukak baju mereka jika alami demam yang bersuhu badan tinggi.
Sebenarnya benda yang boleh menurunkan suhu badan anda adalah ubat paracetamol yang anda ambil. Tanpa menggunakan selimut jika anda ambil ubat ini, beberapa minit lepas itu, sudah tentu anda akan berpeluh dengan sendirinya dan suhu badan akan turun.
Usahlah guna cara sendiri yang dirasakan betul tanpa merujuk kepada doktor. Kesihatan diri amat oenting dan usah guna kaedah yang tidak terbukti keberkesanannya. Kelak nanti anda juga yang menyesal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak salah untuk berdiet malah perkara ini juga boleh meningkatkan kesihatan badan dan buat korang kembali kacak. Tapi yang membimbangkan ialah apabila korang berdiet sesuka hati.
Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet.
Ini perkongsian dari Dr. Hafiz Sulaiman berkenaan perkara ini:
1) MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet. Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul. Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical). Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis). Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.
SOLUSI : Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.
2) MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI. Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.
Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat. Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat. Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat. Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.
SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.
.
3) MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.
.
4) RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.
Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet. Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.
Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah 🙂
Ketika cuaca panas mesti kita diingatkan untuk minum air lebih kan? Tapi sebenarnya ada juga makanan yang merbahaya dan perlu korang hindari agar tubuh sentiasa sihat
Dalam keadaan cuaca panas melampau ini kita bukan saja perlu minum banyak air untuk mengekalkan kadar cecair dalam badan tetapi juga mengawasi apa yang dimakan.
Tiga jenis makanan ini sebaiknya anda kurangkan pengambilannya ketika cuaca panas kerana mampu menjejaskan kadar air dalam badan selain meningkatkan suhu tubuh.
1. Makanan pedas
Masyarakat Malaysia memang sinonim dengan makanan pedas baik menggunakan cili api mahu pun rempah. Namun ketika cuaca panas makanan sebegini sebaiknya dikurangkan. Makanan ini dikatakan boleh meningkatkan suhu badan selain menghasilkan peluh berlebihan. Oleh itu hidangan seperti masak lemak cili padi atau sambal tumis yang pedas melampau sebaiknya dihindari apatah lagi ketika tengah hari yang panas. Selain itu makanan yang terlalu pedas juga boleh menyebabkan cirit birit bagi yang tidak biasa hingga mampu mengakibatkan tubuh kehilangan cecair yang mana cukup berbahaya ketika cuaca panas.
2. Teh dan kopi
Sudah menjadi kebiasaan kita sarapan mesti diiringi dengan minuman kopi atau teh. Tapi ketika cuaca panas ini dua minuman ini perlu dihindari. Ini kerana teh dan kopi akan menyebabkan kita kerap buang air kecil, sedangkan tubuh memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air. Kita boleh menggantikan teh dan kopi ketika sarapan dengan jus buah-buahan yang kurang gula. Selain itu pastikan minum banyak air putih untuk membekalkan air yang cukup pada tubuh.
3. Hidangan berasas daging
Makan nasi berlauk gulai daging atau daging black paper memang enak tapi pada hari-hari yang panas membahang sebaiknya ia dikurangkan pengambilannya. Ini kerana makanan berasaskan daging bersifat tinggi protein dan sukar dihadam. Malah sewaktu proses penghadaman makanan ini tubuh akan mengeluarkan haba yang boleh menyebabkan kepanasan. Selain itu tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk memecahkan protein berbanding karbohidrat. Jadi amatlah disarankan agar kita mengurangkan hidangan daging dan sebagai alternatif anda mungkin boleh mengambil lebih banyak lauk berasas ikan dan sayur-sayuran.
Tips kekal sihat di musim panas
Di samping mengelakkan tiga jenis makanan di atas praktikkan juga apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika berdepan cuaca panas untuk menjaga kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.