Bersenam dan jaga pemakanan merupakan kunci untuk anda kempiskan perut. Namun nak lakukan dua perkara ini punyalah susah. Jangan bimbang kerana air lemon madu juga berkhasiat untuk dapatkan perut kempis.
Banyak petua menggunakan air lemon madu untuk tujuan menurunkan berat dan mengempiskan perut. Namun bagaimana cara nak buat air lemon madu ini agar khasiatnya dapat anda manfaatkan untuk kempiskan perut anda?
Perkongsian Eka Zahra ini boleh anda jadikan panduan. Nak membuatnya juga mudah. Paling penting selepas mengamalkan air lemon madu ini, beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram dan perut juga nampak makin kempis.
Hari ni akak nak kongsi resipi minuman yang boleh kurangkan selera makan.
Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.
Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pon cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih-muih ? Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.
* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 biji lemon dihiris
* madu
Cara nak buat:
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur ?
Nota:
* Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
* Resipi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)
Lelaki pada zaman sekarang memang penuh dengan pelbagai aktiviti masa lapang yang menyihatkan. Kalau bukan setiap hari pun setidak-tidaknya hujung minggu pasti terisi dengan aktiviti yang mempau mengeluarkan peluh seperti berlari, futsal, berbasikal dan juga pelbagai sukan lain.
Seiring dengan kegiatan menyihatkan ini pengambilan minuman bertenaga atau energy drink juga menjadi semakin popular di kalangan lelaki. Kalau ke pasar raya atau kedai runcit buka sahaja peti ais pasti anda boleh dapati deretan pelbagai jenama minuman tenaga ditawarkan.
Ada pelbagai perisa dan warna! Namun tahukan anda bahawa pengambilan berlebihan minuman tenaga ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
Menerusi satu perkongsian posting oleh Public Helath Malaysia, mereka menceritakan tentang satu senario di mana seorang lelaki berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan hospital selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Apa yang menghairankan lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tak merokok. Pemeriksaan lanjut mendapati degupan jantungnya sangat kencang dengan kadar 130 ke 140 denyutan seminit, sedangkan denyutan normal ialah antara 60 ke 100 sahaja.
Nak tahu mengapa situasi ini boleh berlaku dan apakah kaitannya dengan minuman tenaga, ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman Tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi gula yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.
NAMUN, MENURUT KAJIAN TERBARU YANG DILAKUKAN OLEH CENTER FOR SLEEP MEDICINE DI NEW YORK, MANDI SEBELUM TIDUR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG NYENYAK DAN LEBIH RILEKS.
“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.
Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.
“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.
Mungkin beberapa saat setelah mandi, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya
Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saya lebih mesra dipanggil Asyi. Berumur 24 tahun.
Berapa berat badan anda sebelum ini?
Berat sebelum 65 kg , sekarang 78 kg
Berapa lama untuk anda lakukan transformasi?
Transformasi physique mngambil masa dalam 1 tahun, sehingga kini dalam dunia fitness sudah 3 tahun dan masih meneruskan journey to fit .
Apa pendorong untuk berubah?
Apa yang membuatkan saya ingin berubah adalah kerana dahulunya saya seorang yang sangat kurus, rasa kurang berkeyakinan dalam berpakaian. Jadi inilah sahaja cara untuk saya menambah keyakinan diri.
Menu diet anda?
Ayam setengah ekor, telur rebus 8 biji , brocolli , protein shake , mnum air masak sckupnya, sweet potato .
Fitness goal?
Saya punya fitness goal adalah untuk terus amalkan gaya hdup sihat, pemakanan yang sihat dan untuk kekal fit ( the hardesr part)
Rutin workout harus ditukar atau tidak?
Change ruotine workout adalah salah satu konsep senaman penting. Cuba untuk variasikan rutin anda supaya tidak bosan dgn rutin yang sama .
Latihan berat atau kardio dahulu?
Latihan beban hendaklah dilakukan lebih dahulu, setelah angkat beban anda baru melakukan latihan kardio. Latihan kardio yang baik dilakukan 5-15 minit. Jangan melakukan latihan kardio terlalu lama.
Tip mudah untuk jaga berat badan?
Banyakkan mnum air mineral, air mineral dapat menurunkan berat badan. Sebelum makan minumlah satu gelas air mineral .
Hindari makan selepas dripada jam 6 petang.
Kurangkan makanan berlemak, berminyak, trans fat dan bergula
Kardio dan banyak berjalan/bergerak
Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein
Tidur yang cukup.
Workout dalam stres, bagus atau tidak?
Bagi pendapat saya , adalah lebih baik untuk workout dalam keadaan dan mood yang baik. kerana ia memberi kesan kepada senaman anda. Jika anda stres ambillah masa untuk bertenang seblum memulakan workout.
Update training knowledge?
saya seorang yang suka membaca, jadi saya banyk membaca mengenai fitness dari majalah seperti Maskulin. Juga dari Youtbe dan melalui kursus senaman melalui JK1M.
Dapatkan abs?
Mendapat abs yang baik ianya datng dari dapur ( nutrisi ) . Lebihkan protein dan kurangkan lemak dan gula, amalkan pushup dan sit up ( abs workout ) .
3 suplemen yang anda amalkan?
Whey protein , glutaminen , creatine , pre workout
Part body paling digemari?
Abs and chest kerana ia menjdi satu kepuasan bagi saya untuk mendapatkann bentuk melalui kerja keras dan dedikasi .
Seksi bagi anda?
Kebanyakkanya definisi dari ‘sexy’ di mata kebanyakan orang tak lebih dari sekadar kemolekan tubuh, tetapi bagi saya seksi itu subjektif, lelaki boleh nampak seksi dengan minda ( pelajaran ) dan cara dia berfikir,sexy is not only physqally , it’s inside out . if u have good
mind/education and beautiful/sexy its a bonus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang