Buat anda yang rajin bersenam tidak kiralah sama ada di rumah atau di gym, senaman push up merupakan antara jenis workout yang cukup penting.
Tidak dinafikan push up mampu menjadi rutin yang penting dalam membantu anda mendapatkan otot lengan yang baik, teras badan yang jitu serta membina stamina diri yang baik.
Secara asasnya push up merupakan senaman yang sangat berkesan untuk membina badan yang mantap dan kuat.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa push-up sangat penting dalam membentuk badan yang sihat:
Melibatkan Pelbagai Otot
Push-up melibatkan beberapa kumpulan otot utama termasuk dada, bahu, trisep, dan otot inti. Dengan melibatkan banyak otot sekaligus, push-up membantu membangunkan kekuatan dan ketahanan dalam pelbagai bahagian badan.
Latihan Berat Badan
Push-up menggunakan berat badan sendiri sebagai rintangan, yang bermaksud ia boleh dilakukan di mana-mana tanpa peralatan khas. Ini menjadikan push-up senaman yang boleh diakses oleh semua orang dan membantu meningkatkan kekuatan badan tanpa perlu peralatan tambahan.
Push-up memberikan tekanan yang baik pada otot dada dan bahu, membantu membentuk dan mengukuhkan kawasan ini. Hal ini memberikan penampilan badan yang seimbang dan atletik.
Meningkatkan Kestabilan dan Koordinasi
Dengan melibatkan otot inti untuk mengekalkan postur tubuh yang betul, push-up membantu meningkatkan kestabilan dan koordinasi keseluruhan badan. Ini penting untuk prestasi atletik dan kecergasan harian.
Meningkatkan Keseimbangan Otot: Push-up membantu mencegah ketidakseimbangan otot, kerana ia melibatkan banyak kumpulan otot secara serentak. Ini dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan kecekapan gerakan harian.
Ads
JUMLAH MAKSIMUM SEHARI
Tapi pernahkan anda tertanya-tanya berapa banyakkan push up yang boleh anda lakukan dalam sehari?
Dalam konteks kecergasan fizikal, bilangan push-up maksimum yang boleh dilakukan oleh lelaki dalam satu hari dapat berbeza-beza bagi setiap individu.
Walau bagaimanapun, banyak faktor yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk melakukan push-up dalam satu hari, termasuk tahap kecergasan semasa, amalan senaman, dan faktor-faktor kesihatan.
Secara amnya, ramai pakar kecergasan merekomendasikan untuk mengelakkan melakukan push-up dalam kuantiti yang sangat besar dalam satu sesi.
Ads
Ini kerana melakukan terlalu banyak push-up dalam satu hari boleh menyebabkan keletihan otot, peningkatan risiko kecederaan, dan tekanan berlebihan pada sendi.
DENGAR TUBUH ANDA
Sebagai panduan kasar, bagi kebanyakan orang dewasa yang mempunyai tahap kecergasan sederhana hingga baik, melakukan antara 50 hingga 100 push-up dalam satu hari mungkin merupakan jumlah yang munasabah.
Walau bagaimanapun, lebih penting untuk memberi tumpuan kepada kepelbagaian senaman untuk menyasarkan pelbagai kumpulan otot dan memastikan perkembangan yang seimbang.
Selain itu, penting untuk mendengar tubuh anda dan memberikan masa pemulihan yang mencukupi antara sesi-sesi senaman.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau masalah kesihatan, sentiasa disarankan untuk berbincang dengan profesional kesihatan atau jurulatih kecergasan sebelum memulakan atau mengubah rejim senaman anda.
Semoga perkongsian ini membarikan manfaat yang baik untuk anda. Jom kita bersenam!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila perempuan menaruh hati pada si lelaki, mereka tidak berani untuk meluahkan kepada tuan punya badan, mereka lebih rela berdiam diri sahaja, mereka lebih suka pendam tanpa memberitahu isi hati mereka kepada si lelaki.
Yelah, mungkin mereka beranggapan seperti perempuan murahan, atau perempuan tak tahu malu apabila mereka menyampaikan apa yang tersirat di dalam hati mereka, meskipun pada zaman sekarang, perempuan sendiri berhak meluahkan apa yang mereka rasa. Nanti mereka juga yang akan menyesal kelak. Namun, si lelaki patut tahu apa perasaan si perempuan itu terhadapnya. Berikut adalah tanda-tanda dia suka pada anda:
Hati mereka mudah tersentuh (sensitif, touching)
Seperti yang kita tahu, hati seorang perempuan memang mudah terluka. Mereka mudah tersentuh, dan cepat terasa. Susah juga nak faham isi hati seorang perempuan. Namun, sekiranya apabila si dia bersama anda, kadang-kadang joke yang anda cuba sampaikan terlalu remeh, namun si dia mudah je nak terasa. Sikit-sikit nak merajuk. Bila anda sedang bergurau pun, dia tetap memandang gurauan itu seperti sesuatu yang serius.
Jealous (cemburu)
Bila terbitnya perasaan ini di dalam diri mereka, ternyata mereka sudah mula menyayangi anda. Perempuan dengan cemburu sudah menjadi seperti kawan baik. Cemburu pada lelaki berbeza dengan cemburu pada perempuan. Mungkin kebanyakan lelaki, cemburu mereka lebih kena pada tempatnya, manakala perempuan? Faham-faham je lah kan?
Sentiasa mahukan perhatian
Sekiranya si dia seolah-olah sering menghubungi anda, bertanyakan khabar, sebenarnya ada udang di sebalik batu. Ternyata si dia inginkan perhatian daripada anda. Oleh itu, kalau ada, call lah mereka. Sekurang-kurangnya dia rasa dihargai. NAMUN, kalau anda tidak senang akan perkara itu, lebih baik berterus terang, supaya si dia tidak berharap. Kesian pula kan?
Mereka tidak menunjukkan perangai sebenar
Ini adalah realiti, apabila mereka sudah mula menyukai anda, mereka akan lebih hipokrit berbanding dengan diri mereka yang sebenar. Biasa lah tu, kalau tunjuk perkara sebenar masa baru nak kenal, mesti lelaki pun 50-50. Bila dah bercinta, baru lah mereka akan menunjukkan perangai sebenar. Namun, pada kebiasaanya, bila dah mula bibit bibit cinta, yang buruk pun nampak baik kan? 😛
Berkongsi dengan keluarga/kawan rapat
Perempuan selalunya perkara remeh pun dia share dengan keluarga atau kawan rapat dia, inikan pula pasal isi hati mereka, dah sah-sah dia akan share dengan orang yang rapat dengan mereka. Sekiranya mak dia pun dah tahu tentang anda tanpa anda perkenalkan diri anda, confirm dia dah cerita dekat mak dia pasal anda sebelum ini.
Oleh itu, sekiranya anda merasakan mereka (perempuan) sukakan anda, jangat sesekali bersikap ego, jangan sesekali mencabar mereka, berterus terang sahaja sama ada suka atau tidak. Jangan mainkan perasaan mereka ya!
sumber: baitulmuslim.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salah satu petanda bahawa badan anda sudah mengandungi terlalu banyak kolesterol adalah apabila terdapat banyak biji kecil yang tumbuh di bawah mata serta sekitar leher.
Anda boleh menghakis kolesterol ini dengan bersenam serta menjaga pemakanan seharian.
Jika gagal untuk mengamalkan gaya hidup sihat, anda telah membuka pintu yang luas kepada kolesterol untuk terus berkampung dalam badan serta menjejaskan kesihatan anda.
Bila kolesterol tinggi, anda mudah untuk terkena penyakit seperti sakit jantung, sesak nafas dan pelbagai lagi penyakit yang merbahaya.
Di bawah ini MASKULIN senaraikan 5 jenis makanan yang boleh bantu kurangkan pengumpulan kolesterol dalam badan.
Terdapat kajian menyatakan bahawa bawang merah boleh membantu kurangkan kolesterol. Selain campurkan dalam makanan, anda juga boleh buat minuman. Anda boleh campurkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Selain itu, campurkan jus bawang bersama madu setiap hari. Ia memang pahit untuk ditelan, tetapi baik untuk badan.
Buah-buahan jenis ini memiliki agen hypolopidemic semula jadi yang boleh menurunkan kolesterol yang tidak diperlukan badan.
Caranya: Anda boleh dapatkan buah-buahan ini dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.
Biji ketumbar bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Caranya : Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah. Namun, pastikan jus anda bebas kandungan gula, kalau tidak sama sahaja ia akan memudaratkan badan anda.
Caranya: Minum jus oren segar dua kali sehari.
Cuka epal boleh mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.
Caranya : Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain Australia, Cameron Smith mencatat pukulan tanpa bogey untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan golf Klasik CIMB yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD7 juta (kira-kira RM29.50 juta) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, melakukan lima birdie pada sembilan lubang pertama, dan menambah tiga lagi birdie pada sembilan lubang kedua untuk mencatat lapan bawah par 64.
“Pukulan saya menjadi dan banyak melakukan pukulan yang baik. Pusingan yang baik bagi saya hari ini,” ujar Smith.
Smith berkata beliau akan mengekalkan corak permainannya itu pada baki tiga lagi pusingan.
“Perancangan yang sama esok. Mengekalkan rentak permainan dan melakukan pukulan yang baik,” katanya.
Sementara itu, pemain golf profesional, Danny Chia (gambar) muncul pemain terbaik Malaysia pada pusingan pembukaan Klasik CIMB 2017.
Selepas memulakan saingan dengan melakukan dua bogey pada dua lubang pertama, Danny yang mula beralih menjadi pemain profesional pada 1996, bangkit dengan mencatat lima birdie untuk catatan dua bawah par 70.
Mengakui sedikit gementar pada permulaan sebelum kembali menemui rentak, Danny secara keseluruhannya berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini.
“Saya agak gementar pada permulaan, namun kembali menemui rentak dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi hari ini.
“Pada lubang pertama, saya membuat pukulan yang baik namun tiba-tiba pukulan kedua saya tersasar. Seperti tidak percaya, perkara yang sama berlaku di lubang kedua,” kata pemain berusia 44 tahun itu.
Danny kini berkongsi di kedudukan ke-23 bersama-sama 13 pemain lain termasuk juara bertahan Justin Thomas dari Amerika Syarikat dan pemain ranking ketiga dunia, Hideki Matsuyama dari Jepun.
Pemain Malaysia lain yang turut beraksi pada kejohanan berkenaan, Nicolas Fung pula mencatat par 72 untuk berkongsi berada di tempat ke-44 bersama-sama 16 pemain lain.
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.