Berdepan harapan menggunung daripada sekalian rakyat Malaysia untuk menyaksikannya meraih kejayaan demi kejayaan bukanlah mudah. Itulah reality dihadapi oleh Lee Zii Jia, pemain badminton perseorangan negara.
Apatah lagi badminton negara kini seakan ketandusan bakat pemain badminton untuk kategori perseorangan lelaki i peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini, peminat badminton khususnya dikejutkan dengan hantaran yang cukup misteri oleh Lee Zii Jia di laman media sosial. Hantarannya yang memaparkan beberapa lukisan yang agak misteri telah menimbulkan spekulasi ramai.
Foto: Victor Malaysia
Kini, selepas 5 bulan berehat Lee Zii Jia bakal Kembali beraksi di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025. Tidak dinafikan berehat untuk tempoh masa lima bulan adalah satu empoh yang cukup lama bagi seorang atlet professional sepertinya.
Ramai pihak berteka-teki adakah dia bakal Kembali dengan kecergasan seperti dahulu? Dan bagaimana dengan kesihatan mentalnya, adakah Lee Zii Jia sudah bersedia untuk beraksi semula.
Menerusi satu temu bual Bersama BWF, Lee Zii Jia berkongsi dia sekarang sudah pulih dari kecederaan.
Foto: Stadium Astro
“Saya sudah lama tidak menjalani latihan biasa, hanya melakukan pemulihan, dan apabila saya kembali berlatih, saya bergelut.
“Saya tidak bermain perlawanan yang betul. Tetapi saya melakukan beberapa perlawanan, seperti lima mata, 21 mata juga. Tetapi dalam sparring… Saya tidak fikir mereka mempunyai tahap itu untuk bersaing dengan saya.
Ads
Tetapi untuk diri saya sendiri, saya fikir saya sudah bersedia dalam latihan, tetapi saya agak yakin dalam kejohanan. ia adalah situasi yang berbeza Jadi kita akan lihat bagaimana saya bertindak balas dalam kejohanan itu,” tambahnya lagi.
MASALAH KEMURUNGAN
Selain itu, Lee Zii Jia turut berkongsi cabaran berdepan depresi atau kemurungan akibat kecederaan yang dialaminya itu.
Jelasnya, pemulihannya telah berjalan lancar, dan dia telah bebas daripada kesakitan selama sebulan. Dia juga secara terang-terangan mendedahkan perasaannya tentang rehatnya selama berbulan-bulan.
“Ia bukan perkara biasa (berhenti selama lima bulan). Saya pernah berada dalam situasi di mana saya mahu berhenti bermain kerana semua kecederaan ini, semua perkara ini mengganggu saya. Saya pernah mengalami pasang surut, tetapi tidak pernah berdepan dengan kecederaan.”
Ads
Foto: Victor Malaysia
Bekas Juara All England ini juga mengakui bahawa dia berasa tidak tahu pada masa itu, kerana ia adalah kali pertamanya berdepan kecederaan serius sebegitu.
Lee Zii Jia berkata situasi itu sangat menjejaskan kesihatan mentalnya kerana dia tertekan dengan persembahannya. Malangnya, keseluruhan situasi itu juga menyebabkan kemurungan ringan.
“Selama lima bulan itu, saya bukan sahaja berurusan dengan kecederaan saya, saya menghadapi tekanan dan sudah tentu, saya mengalami sedikit kemurungan.”
Dia juga turut berkongsi tentang bagaimana dia menghadapi perjuangan, sambil menambah bahawa dia mendapat ketenangan melalui seni dan perjalanan. Dia akui bahawa hantarannya di Instagram yang prihatin itu mencerminkan keadaan fikirannya pada masa itu.
“Saya agak taksub dengan seni. Saya mula membuat penyelidikan mengenai beberapa seni. Saya mendapati bahawa melihat seni adalah sesuatu yang boleh meluahkan perasaan kita, bukan hanya sisi baik, kadang-kadang sisi gelap juga. Jadi itulah sebabnya saya berkongsi imej itu.”
Kini Lee Zii Jia berada di landasan yang lebih baik dari segi fizikal dan mental. Semoga Lee Zii Jia dapat memberikan persembahan yang terbaik di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025. Selruh rakyat Malaysia mendoakan mendoakan yang terbaik untuknya dalam kejuaraan yang akan datang.
Pada hari ini kita semua akan tahu sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April atau ia akan disambung untuk beberapa tempoh lagi.
Ramai yang meramalkan tempoh PKP ini bakal disambung ke satu tempoh yang sesuai memandangkan jumlah kes harian masih lagi berada pada yang lebih kurang sama. Walau apapun keputusan kerajaan kita sebagai warga harus sentiasa patuh dan duduk di rumah.
Berlainan pula dengan barisan hadapan negara yang tidak pernah kenal erti penat menjalankan tugas demi tanah air tercinta. Antara barisan hadapan yang paling kuat bekerja ialah anggota polis dan tentera.
Kesiap sagaan pasukan beruniform ini memastikan orang ramai patuh kepada PKP dengan melakukan sekatan jalan raya dan juga rondaan. Namun di sebalik ketegasan menjalankan tugas ketahuilah bahawa mereka sangat mengambil berat akan keselamatan kita semua.
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian foto oleh Facebook Polis Daerah Ipoh yang memaparkan seorang anggota polis sedang memakaikan topeng muka kepada seorang warga emas.
Foto yang dimuatnaik semalam tersebut mencuri perhatian ramai. Warganet meluahkan rasa kagum dan terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh Konstabel Mohamad Syahmin Anuar.
Hantaran foto di Facebook disertkan dengan kapsyen:
“PIC OF THE DAY ~ Konstabel Mohamad Shahmin Bin Anuar menyantuni seorang warga emas yang tidak memakai topeng muka, semasa anggota tersebut membuat rondaan pemantauan di sekitar Kg Rapat, Ipoh.”
Tindakan murnia anggota polis turut mendapat perhatian media. Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad Syahmin anggota berusia 25 tahun kini bertugas di Balai Polis Kampung Rapat.
Jelasnya, etika sedang memantau pematuhan PKP di sekitar Pasar Awam Gunung Rapat, wanita berusia lingkungan 80-an itu ada memegang topeng muka, namun tidak memakainya.
“Saya nampak keadaan dirinya yang sudah uzur, tangan pun terketar-ketar, mungkin susah untuk dia memakai topeng muka dengan sendiri. Saya tawarkan diri untuk bantu memakaikan topeng dan dia mengangguk tanda mengizinkan sebelum mengucapkan terima kasih,” jelasnya.
Beliau juga menasihatkan warga emas tersebut tentang kepentingan memakai topeng muka terutama apabila berada di tempat awam.
Tahniah dan syabas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia yang semakin pantas dan mementingkan wang ringgit, masih wujud insan berhati mulia yang meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada keuntungan.
Itulah yang dibuktikan oleh seorang penjual durian dikenali sebagai Abang Bala, apabila video dirinya menghadiahkan durian Musang King secara percuma kepada tiga orang budak lelaki tular di media sosial dan menyentuh hati warga maya.
Duit Tabung Demi Raja Buah
Dalam video berdurasi hampir dua minit di TikTok @Bala_Durian, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki datang ke gerai durian milik Abang Bala di Jalan Negara, Taman Melawati, dengan niat mahu membeli sebiji durian.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila mereka mengeluarkan duit kecil dari poket wang yang dikumpul dari duit tabung sendiri.
Secara bergilir-gilir mereka cuba mencukupkan jumlah, namun hanya mampu kumpul sekitar RM15, jauh daripada harga sebenar durian premium seperti Musang King.
Hadiah Dari Hati, Bukan Sekadar Buah
Menyedari keikhlasan dan kesungguhan mereka, Abang Bala tanpa teragak-agak menolak duit tersebut dan menghadiahkan sebiji durian Musang King kepada mereka.
Malah, dia turut menambah satu lagi durian dalam beg plastik untuk dibawa pulang.
Tindakannya nyata dilakukan dari hati yang tulus bukan untuk populariti, tetapi kerana nilai empati terhadap anak-anak kecil yang sanggup menyimpan semata-mata ingin merasa buah kegemaran ramai itu.
Tindakan kecil ini telah meraih pujian ramai pengguna media sosial, yang menyifatkan Abang Bala sebagai contoh peniaga berhati mulia seorang individu yang sanggup meletakkan nilai kemanusiaan mengatasi keuntungan.
Di saat ramai mengejar margin jualan dan pulangan segera, Abang Bala memilih untuk memberi, bukan sekadar buah, tetapi juga kenangan manis kepada tiga anak kecil yang pastinya akan mereka ingat seumur hidup.
Semoga kisah ini bukan sekadar tular di media sosial, tetapi menjadi inspirasi sebenar untuk lebih ramai berniaga dengan jiwa, dan bukan hanya dengan angka.
Dan semoga dalam masyarakat kita yang serba moden dan sibuk ini, akan terus lahir lebih ramai insan seperti Abang Bala yang menjadikan kebaikan sebagai budaya dan memberi sebagai amalan harian.
Sumber : Tiktok Bala Durian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan, menghabiskan lebih dua dekad di sebalik tirai besi, bukan meratap nasib, tetapi meraih segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD)!
Kisah luar biasa ini datangnya daripada seorang bekas penghuni penjara yang diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda pada hari Rabu. Ia bukan sekadar berita, tetapi sebuah inspirasi yang membakar semangat!
Kisah ini bermula dengan Murad (bukan nama sebenar), yang memasuki usia dewasa di dalam Penjara Kajang sejak tahun 2001.
Beliau menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah, ketika baru berusia 14 tahun. Namun, di sebalik tembok tinggi dan kawalan ketat, semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Apa yang lebih luar biasa? Beliau berjaya menggenggam PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan! Ini bukan calang-calang pencapaian.
Bayangkan dedikasi dan ketekunan yang diperlukan untuk menyeimbangkan kehidupan di penjara dengan tuntutan akademik yang tinggi. Ia membuktikan bahawa peluang untuk berubah dan berjaya ada untuk semua, walau di mana pun kita berada.
PERTAMA BERGELAR DOKTOR FALSAFAH
Jabatan Penjara Malaysia sendiri tampil dengan kenyataan rasmi melalui perkongsian di laman Facebook mereka pada hari Rabu.
“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara.”
Waran pembebasan Murad dibacakan sendiri oleh Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee, pada hari Rabu yang sama. Satu babak yang pasti penuh emosi dan harapan.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Dalam sesi pembebasan tersebut, Preshahdin turut berpesan kepada Murad untuk terus mengamalkan disiplin yang telah membawanya sejauh ini.
Beliau juga menekankan pentingnya ilmu yang dimiliki untuk memajukan diri dan menyatakan kesediaan pihak jabatan untuk membantu sekiranya Murad memerlukan sokongan.
Murad pula, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan terharunya. Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan yang diberikan.
PELUANG DAN RUANG
Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Penjara yang telah memberinya peluang dan ruang untuk melanjutkan pengajian sehingga mencapai tahap Doktor Falsafah.
Dengan penuh rasa hormat, Murad berjanji akan sentiasa mengenang jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan mereka dalam memulihkan individu sepertinya, agar dapat kembali ke masyarakat dengan bekalan yang lebih mantap.
Foto: Facebook Jabatan Penjara Malaysia
Kata-kata Murad ini menyentuh hati: “dia akan mengenang segala jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya, agar dikembalikan dengan lebih sempurna.”
Kisah Murad adalah bukti nyata bahawa harapan dan peluang sentiasa ada, walau dalam situasi yang paling mencabar sekalipun.
Ia adalah inspirasi bagi kita semua untuk terus berusaha dan tidak pernah menyerah pada impian, tidak kira apa pun halangannya.
Kisah ini bukan hanya tentang seorang banduan yang mendapat PhD, tetapi tentang semangat manusia yang mampu bangkit dan meraih kejayaan di luar dugaan. Ia adalah kisah yang akan terus membara dan memberi inspirasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Jabatan Penjara Malaysia, BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.