Tahun ini bintang kpop di nobat sebagai lelaki paling kacak 2017, TC Candler kembali dengan senarai berprestij mengiktiraf lelaki dan wanita paling cantik dan kacak serata dunia. Dan semalam senarai The 100 Most Beautiful Faces dan The 100 Most Handsome Faces of 2017 dikeluarkan.
Bintang K-Pop, BTS V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung diangkat sebagai lelaki paling kacak untuk tahun 2017. Penyanyi dan pelakon Korea Selatan itu mengalahkan pelakon Amerika Jason Momoa dan Armie Hammer yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.
Ads
Fakta, senarai 100 Wajah Paling Cantik telah diterbitkan setiap tahun sejak tahun 1990 sementara Paling Kacak pula diperkenalkan pada tahun 2013.
Ads
Ads
Mengikut laman web mereka, senarai itu disusun oleh kumpulan Pengkritik Bebas, berdasarkan banyak cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Mereka tidak hanya menganggap kesempurnaan estetik tetapi juga “keanggunan, keaslian, berani, semangat, kelas, sikap, kegembiraan, janji dan harapan” untuk setiap peserta yang terpilih.
Tahniah! Dan kepada peminat, jangan nak ambil serius senarai ni, kalau artis yang korang suka tak tersenarai, jangan nak mempersoalkan…. Especially kepada Kpopers yang obses tu…..
Sumber ; Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama radio pilihan nombor satu Pantai Timur, radio Gegar memperkenalkan segmen baharu iaitu “Bro Pagi Gegar” yang akan ke udara setiap Ahad hingga Khamis, jam 6 hingga 10 pagi.
Segmen itu merupakan antara pembaharuan yang dilakukan sebagai pembuka tirai 2024 di samping memperkenalkan Fizie Roslan selaku penyampai baharu radio itu.
Fizie bertanggungjawab mengemudikan “Bro Pagi Gegar” bersama rakan penyampai Issey Fazlisham yang akan menceriakan pagi pendengar dengan beberapa pengisian baharu seperti berikut:
Issey dan Fizie akan berkongsi berita dan fakta menarik dari platform media sosial dan platorm berita.
Pendengar berpeluang untuk membuat panggilan ke udara dan berkongsi perasaan ataupun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut.
Issey dan Fize akan berkongsi berita menarik dan berita yang kurang mendapat perhatian bersama pendengar.
Topik perbincangan harian bersama pendengar.
Issey akan melakonkan watak Abe Salok Madu dan berdikir barat untuk memberi pandangan serta nasihat berkaitan isu tular semasa.
Fizie akan berkongsi petikan tentang topik harian bersama pendengar.
Dalam pada itu, radio Gegar turut memperkenalkan gandingan baharu bagi segmen “Gegar 10-3”, iaitu Scha Musa dan Shah Muhammad.
Ada banyak sebab yang mungkin membuatkan seseorang lelaki merasa gentar atau takut kepada isteri. Kadang-kadang, ia berpunca dari masalah yang orang lain tak akan faham sepenuhnya. Tapi hakikatnya, suami tak patut takut pada isteri, sebaliknya perlu jadi seseorang yang memahami, penuh kasih sayang, dan bertanggungjawab.
Namun, ada juga lelaki yang takut bini atas alasan yang memang tak masuk akal. Jadi, MASKULIN kongsikan beberapa ciri lelaki yang takut bini. Rasa-rasa, ada tak ciri-ciri ni dalam diri anda?
Lelaki yang takut bini selalunya akan rasa serba salah bila nak keluar lepak dengan kawan-kawan.
Lebih teruk lagi, anda mungkin terpaksa minta ‘green light’ daripada isteri dulu sebelum melangkah keluar. Dan yang paling parah, bila dah keluar, telefon tak henti-henti bergetar sebab isteri asyik tanya “Kat mana?” dan minta update semasa. Pernah rasa macam ni?
Bila lelaki jarang keluar, perkara ni sebenarnya subjektif – ada lelaki yang memang suka habiskan masa hujung minggu dengan keluarga saja, dan itu tak salah. Tapi lain ceritanya kalau perubahan berlaku secara drastik selepas berkahwin. Sebelum kahwin, mungkin selalu keluar bersosial, tapi selepas kahwin, terus hilang dari radar rakan-rakan.
Ini selalunya jadi tanda jelas lelaki yang takut bini. Hubungan dengan kawan-kawan perlahan-lahan terputus, dan akhirnya, masa lapang hanya difokuskan untuk isteri, tak ada ruang langsung untuk diri sendiri atau teman-teman.
Bila cakap pasal duit kena kawal, bukanlah bermaksud lelaki boleh belanja sesuka hati, berjoli sana-sini.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah setiap sen yang nak dibelanjakan, kena dapat kelulusan isteri dulu. Lebih parah lagi, ada yang sampai nak beli underwear pun kena minta izin isteri.
Situasi ini jelas menunjukkan betapa ketatnya pengawasan isteri terhadap kewangan suami, hingga suami rasa terkongkong dan hilang kebebasan untuk buat keputusan sendiri, walaupun untuk hal-hal kecil.
Memang betul, banyak kes kecurangan pasangan bermula dari media sosial. Namun, itu bukan alasan untuk tak ada privasi langsung dalam hubungan.
Berkongsi password dengan pasangan mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi bila sampai tahap kena kongsi akaun media sosial yang sama, itu dah melampau.
Setiap individu perlu ada ruang peribadi, dan berkongsi akaun yang sama bukanlah penyelesaian terbaik untuk membina kepercayaan. Hubungan yang sihat memerlukan keseimbangan antara kepercayaan dan privasi.
Bagi lelaki yang takut bini, ‘spot check’ telefon pintar oleh isteri mungkin dah jadi rutin harian. Setiap mesej, gambar, atau aplikasi yang suami guna akan diperiksa dengan teliti.
Bukan setakat apa yang suami buat, tapi dengan siapa dia berinteraksi pun akan diintai. Dan ini bukan soal suami takut kena tangkap buat salah, tapi lebih kepada rasa tertekan kerana terpaksa berdepan dengan amarah isteri, yang kadang-kadang berpunca dari hal yang remeh.
Akhirnya, suami hidup dalam kebimbangan, bukan kerana salah, tapi kerana cuba elak daripada pertengkaran yang tak perlu.
Dalam usaha nak elak dimarahi atau dicurigai oleh isteri, ada suami yang sanggup tukar nama rakan-rakan perempuan dalam telefon kepada nama lelaki.
Contohnya, nama Farah ditukar jadi Faiz, walaupun sebenarnya mereka cuma rakan sekerja yang profesional.
Ini bukan sahaja meletihkan, malah menambah tekanan mental sebab terpaksa hidup dalam keadaan berahsia, walaupun tak buat salah apa-apa. Situasi macam ni mencerminkan betapa kuatnya rasa takut suami terhadap isteri, sampai perkara sekecil itu pun perlu disorokkan.
Bagi suami yang takut bini, handphone dah jadi macam talian hayat. Setiap masa kena pastikan isteri tahu kat mana anda berada dan apa yang tengah dibuat.
Bila bateri handphone habis, mulalah rasa gelabah – seolah-olah dunia nak runtuh. Begitu juga kalau tiba-tiba berada di kawasan yang tak ada liputan, terus hati tak senang, sebab tahu yang isteri akan mula panik atau marah kalau tak dapat dihubungi.
Situasi ini bukan saja memenatkan fizikal, tapi mental pun turut terbeban, sebab terpaksa hidup dalam kawalan 24/7.
Setiap kali keluar lepak dengan kawan-kawan, mesti rasa nak cepat balik. Baru duduk tak sampai sejam, tapi dah asyik tengok jam tangan setiap lima minit.
Sebab apa? Risau kena marah kalau lepak lama sangat. Jadi, walaupun niat nak bersantai dengan kawan-kawan, akhirnya masa lebih banyak dihabiskan dengan fikirkan masa nak balik, bukannya menikmati perbualan. Ini jelas tanda lelaki yang takut bini, sampai waktu santai pun tak boleh betul-betul relaks.
Bila dengar je perkataan outstation, terus rasa tak senang duduk. Padahal, ia sebahagian daripada tugas kerja yang perlu dijalankan. Tapi, apa yang bermain di fikiran ialah alasan apa nak beri pada isteri nanti.
Mesti banyak soalan yang akan keluar, seperti “Kenapa bukan orang lain yang pergi?”, “Kenapa kena lama sangat?”, atau “Kenapa awak tak tolak saja?”.
Situasi macam ni buatkan suami serba salah, sebab nak elak daripada berdepan dengan soalan-soalan yang penuh dengan syak wasangka, walaupun pergi atas urusan kerja. Akhirnya, kerja pun terganggu, sebab asyik fikirkan cara nak pujuk isteri.
Ini mungkin sebab yang paling menyedihkan di kalangan lelaki yang takut bini. Mungkin dulu anda terpaksa berhempas-pulas untuk menawan hati isteri, sampai sanggup berjanji untuk ikut segala kemahuan dia.
Semua ni terjadi sebab anda terlalu takut kehilangan dia sebelum berkahwin. Namun, selepas berkahwin, ketakutan tu masih ada – malah, mungkin makin teruk bila sering diugut akan ditinggalkan.
Sebenarnya, hubungan macam ni tak sihat, dan ia perlukan bantuan pakar. Anda dan pasangan patut pertimbangkan untuk berjumpa kaunselor bagi memulihkan hubungan dan membina semula kepercayaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua hati, tetapi juga membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang lelaki.
Pelakon terkenal, Redza Rosli, adalah contoh nyata bagaimana seorang lelaki boleh mengimbangi antara tanggungjawab sebagai suami dan tuntutan kerjayanya.
Selepas berkahwin, Redza mengakui rezekinya semakin bertambah, sesuatu yang dianggapnya sebagai berkat doa ibu bapa serta keikhlasan dalam mencari nafkah.
Bagi Redza, setiap kali dia keluar rumah untuk bekerja, niatnya jelas mencari rezeki bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk isterinya, kedua ibu bapanya, mentuanya, dan adik-beradiknya.
Dengan sokongan isteri yang memahami jadual padatnya sebagai pelakon, Redza lebih bersemangat dalam bekerja.
“Bila saya keluar rumah, saya tahu saya bekerja untuk keluarga. Isteri saya faham dan sentiasa memberi restu setiap pagi sebelum saya pergi bekerja,” katanya.
Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, Redza percaya bahawa ketenangan hati memainkan peranan besar dalam memastikan rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.
Baginya, menjauhkan diri daripada gosip dan memilih untuk fokus kepada keluarga adalah keputusan terbaik.
“Apa sahaja gosip, saya tak masuk campur. Saya lebih suka fokus kepada keluarga dan kerja saya. Saya percaya Allah itu Maha Adil. Apa yang kita lakukan, pasti ada balasannya,” ujarnya lagi.
Bagi Redza, keberkatan rezeki bukan sekadar usaha, tetapi juga datang daripada doa isteri dan ibu bapanya.
“Setiap kali saya keluar bekerja, saya selalu minta isteri saya doakan saya, supaya rezeki saya lancar, mood saya baik ketika
berlakon dan mata saya dijaga daripada perkara yang tidak baik,” katanya.
Kepercayaan kepada kuasa doa ini menjadi pegangan hidupnya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Seorang lelaki sejati bukan sekadar mencari nafkah tetapi juga menjaga kesejahteraan emosi dan spiritual keluarganya.
Redza Rosli membuktikan bahawa lelaki yang berprinsip, ikhlas dalam bekerja, dan menghargai keluarga akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidupnya.
Dalam dunia hiburan yang penuh cabaran, Redza memilih untuk kekal berfokus pada yang penting, keluarganya.
Ini adalah bukti bahawa maskuliniti bukan hanya tentang kekuatan fizikal, tetapi juga kecekalan dalam menghadapi kehidupan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas gegarkan langit Kuala Lumpur dengan drone show spektakular sempena FIFA World Cup 2026™ sambil bawakan pengalaman bola sepak immersive untuk peminat tempatan.