Ads

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

bmai

Jenama yang kini semakin mendapat tempat di hati pelari aktif, BMAI memperkenalkan GCARBON TURBO 4, kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship terbaharu yang dibangunkan untuk pelari kompetitif dan mereka yang sedang memburu catatan peribadi terbaik atau personal best (PB).

Membawa konsep “Speed That Flows, Bounce That Lasts”, model ini menggabungkan plat karbon penuh T1000, busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf, lidah kasut satu bahagian serta tapak luar Cast PU. Menurut BMAI, kombinasi tersebut direka untuk menyeimbangkan kelajuan, daya tolakan, kestabilan dan keselesaan ketika perlumbaan jarak jauh.

GCARBON TURBO 4 disasarkan terutamanya kepada pelari berpengalaman yang mengejar marathon sub-3:30, selain sesuai digunakan oleh pelari kompetitif untuk sesi latihan pada rentak perlumbaan.

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

Plat Karbon T1000 Jadi Nadi Utama

Peningkatan paling besar kali ini terletak pada penggunaan plat karbon penuh T1000, menggantikan T700 pada generasi terdahulu.

Menurut BMAI, plat baharu itu direka untuk menghasilkan tolakan lebih responsif dan membantu pelari mengekalkan momentum apabila kelajuan meningkat. Ia dipadankan dengan busa BoomMAX Evonik yang dinaik taraf serta tapak tengah lebih lebar, dengan bahagian hadapan dilebarkan 4mm dan bahagian tengah sebanyak 6mm.

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

Rekaan tersebut memberikan asas yang lebih stabil sambil membantu proses pemindahan tenaga dari fasa pendaratan hingga ke tolakan hujung kaki.

Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang, berkata, “GCARBON TURBO 4 merupakan kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship kami yang dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik mereka.

“Kami mahu memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelari supaya mereka dapat mengekalkan langkah yang stabil, semula jadi dan terkawal ketika mengejar pencapaian terbaik seterusnya.”

Ringan, Berpengudaraan & Dibina Untuk Jarak Jauh

Dari segi struktur, bahagian atas kasut menggunakan woven mesh bagi membantu pengudaraan, manakala lidah kasut satu bahagian direka untuk memberikan padanan yang lebih kemas.

Ads

Tapak luar Cast PU pula ditujukan untuk menghasilkan cengkaman yang lebih baik di permukaan jalan kering dan basah.

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

Berat kasut dicatat sekitar 135 gram untuk saiz 37 dan 172 gram untuk saiz 41, dengan drop 4.5mm.

Angka tersebut meletakkan GCARBON TURBO 4 dalam kategori kasut perlumbaan yang sangat ringan, sejajar dengan fokusnya terhadap kelajuan dan kecekapan langkah ketika marathon.

‘Road to KLSCM’ Bawa Kasut Ini Ke Perlumbaan Sebenar

Pelancaran kasut ini turut disertai program “Road to KLSCM” PB Program, yang menghimpunkan 30 atlet elit, pencipta kandungan larian dan pelari komuniti.

Mereka akan menjalani latihan menggunakan GCARBON TURBO 4, menetapkan sasaran PB masing-masing sebelum menguji hasil persediaan di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon.

Ads

BMAI Malaysia pada masa sama bekerjasama dengan 12 atlet daripada pelbagai disiplin larian dan sukan ketahanan, termasuk Mohd Harmini Ahmad, CheNora Ismail, Arun Nadarajah serta Qamarul Haziq Helmy Kamaruazli.

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

Mahu Jadi Sebahagian Daripada Budaya Larian Malaysia

Selain produk, BMAI turut memperluaskan penglibatannya dalam komuniti tempatan.

Jenama itu kini mempunyai tiga BMAI Runner House di Kepong, Setapak dan Seberang Jaya, dengan perancangan untuk berkembang ke Johor Bahru serta Pantai Timur.

BMAI turut menyasarkan kerjasama dengan kira-kira 200 kelab larian di seluruh Malaysia menerusi sesi latihan, larian komuniti, pengalaman produk serta program akar umbi.

BMAI GCARBON TURBO 4, Kasut Larian Karbon Flagship Buat Pelari Kejar PB

Ads

Bagi atlet elit, syarikat turut menyediakan program sokongan yang merangkumi kelengkapan larian, sumber latihan serta peluang menyertai kem latihan selama dua hingga tiga minggu di China.

“Kami mahu BMAI menjadi sebahagian daripada budaya larian Malaysia, bukan sekadar sebagai sebuah jenama kasut.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong pelari di setiap peringkat dan membantu mereka mencapai PB seterusnya,” kata Hunter Wang lagi.

Harga & Tawaran Pengenalan

BMAI GCARBON TURBO 4 ditawarkan pada harga runcit RM629. Untuk bulan pertama selepas pelancaran, kasut itu boleh didapati pada harga pengenalan RM499 melalui kedai dalam talian rasmi BMAI dan peruncit sah terpilih.

Pembelian menerusi akaun rasmi BMAI Malaysia di Shopee atau TikTok sepanjang minggu pertama pelancaran turut disertakan sepasang stokin larian bernilai RM39 secara percuma.

BACA: ASICS Angkat Identiti Malaysia Dalam Koleksi Khas KLSCM 2026

Dengan penggunaan plat karbon T1000, tapak tengah lebih stabil dan berat yang ringan, GCARBON TURBO 4 jelas dibangunkan untuk segmen pelari yang serius mengejar masa.

Namun lebih daripada sekadar kasut perlumbaan, strategi BMAI di Malaysia turut menunjukkan satu perkara lain: jenama ini mahu berkembang seiring dengan ledakan budaya larian tempatan, daripada pelari komuniti hinggalah atlet elit.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads