BMW R 1250 RT baharu kini disediakan dengan peralatan standard yang dinaik taraf, termasuk BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), untuk menawarkan pengalaman tunggangan berjarak jauh yang tiada tandingannya.
Dikenali sebagai jentera penjelajah dinamik unggul, ia hadir dengan inovasi moden terkini bagi memberikan kepuasan tunggangan terbaik.
Penampilannya iras BMW R 1250 RT baharu yang serba megah diserlahkan beberapa komponen seperti fairing hadapan aerodinamik serta lampu hadapan LED berpangsi dengan ciri adaptif.
Manakala elemen pencahayaan dibekalkan lampu indikator LED di hadalan dan juga belakang. Lampu isyarat pula hadir dengan fungsi ‘comfort’ serta roda aluminium yang menawan juga ditawarkan sebagai standard.
KELENGKAPAN STANDARD
Kelengkapan standard yang lain dibawakan oleh jentera baharu ini terdiri daripada rak bagasi, kompartmen muatan, tongkat tengah, bekas panier integral dalam rona warna tubuh jentera ini, hon nafiri dwitona, serta perisai angin berciri boleh laras.
Ia juga hadir dengan brek tangan dan tuil klac yang mampu dilaras, berserta dengan penggenggam berciri hangat.
Ads
Selain itu, BMW R 1250 RT turut dilengkapi enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 cc yang menggunakan sistem pacuan aci. Enjin ini membekalkan 100 kW / 136 kk pada paras 7,750 rpm dan nilai tork berjumlah 143 Nm pada paras 6,250 rpm dalam piawaian EU5 semasa.
Disempurnakan oleh teknologi BMW ShiftCam dengan kawalan aci sesondol berciri boleh ubah bagi pemasaan injap dan peninggian injap yang bervariasi pada bahagian salur masuk, teknologi ini menawarkan kuasa yang lebih hebat bagi seluruh julat kelajuan.
Dari segi suspensi, BMW R 1250 RT baharu didatangkan dengan suspensi elektronik Dynamic ESA “Generasi Baharu” dengan kompensasi beban automatik 100%. Topang suspensi belakang dengan ciri redaman berasaskan tunggangan, prabeban belakang dan lantunan belakang yang dapat dilaras, termasuk penstabil stering turut dimanfaatkan oleh jentera baharu ini.
Ads
KESELESAAN MAKSIMA
Suspensi hadapan BMW Motorrad Telelever menaik taraf keselesaan tunggangan dan melengkapi fungsi sistem pembrekan antikunci (ABS). BMW Motorrad Paralever pula menggandingkan konsep rekaan sporty dengan struktur ringan yang konsisten untuk menjamin karakteristik maklum balas yang amat sensitif bagi suspensi roda belakang, selain membekalkan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.
Di samping itu, BMW R 1250 RT baharu juga hadir dengan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) untuk membekalkan tahap keselamatan tunggangan dan prestasi cengkaman yang cemerlang.
Mod tunggangan standard yang baharu “Eco” membolehkan penunggang menikmati tahap keefisienan penggunaan bahan api yang tinggi. Selain tiga mod tunggangan yang tersedia dalam jentera baharu ini, pakej Riding Modes Pro juga membawakan mod tunggangan Dynamic serta Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control) untuk dimanfaatkan oleh penunggang.
Ads
Turut ditawarkan sebagai standard ialah BMW Motorrad Full Integral ABS Pro, iaitu sistem pembrekan yang mampu mengaktifkan brek hadapan dan belakang pada masa yang sama.
SISTEM HIBURAN
Fungsi Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) juga melengkapi BMW R 1250 RT baharu, termasuk Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control), disediakan sebagai standard melalui Dynamic Package, yang hadir dengan teknologi sensor radar untuk membolehkan jentera ini meluncur dengan mudah dengan fungsi kawalan jarak.
Dari segi saluran maklumat hibur, BMW R 1250 RT baharu didatangkan dengan Connectivity yang mencakupi kluster instrumen multifungsi baharu dengan skrin TFT berwarna 10.25”, sebuah unit multikawalan, fungsi Bluetooth, serta navigasi peta – disediakan melalui aplikasi BMW Motorrad Connected.
Sistem Audio 2.0 / Perisian Radio juga membekalkan hiburan muzik ketika menunggang, hadir dengan fungsi bunyi yang menyeluruh untuk dinikmati melalui Sistem Komunikasi BMW Motorrad (BMW Motorrad Communication System).
BMW R 1250 RT baharu akan disediakan di semua pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai 1 April 2021.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Komponen motosikal yang paling adalah Absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motorsikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk check keadaan absorber sama masih elok atau lebih baik tukar baru.
4. Cuba tunggang motorsikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sebenarnya beruntung kerana di Malaysia harga petrol masih terkawal dan mendapat subsidi daripada kerajaan. Tahukah anda bahawa di kebanyakan negara lain di dunia sedang berdepan dengan harga minyak yang melambung tinggi?
Walaupun begitu ia tidaklah bermakna rakyat Malaysia tidak peka dengan penggunaan minyak. Rata-rata mahu menggunakan minyak dengan lebih efisien untuk menjimatkan wang. Sejak dari dulu lagi pelbagai teknik atau cara yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjimatkan penggunaan minyak.
Namun adakah cara tersebut sebenarnya berkesan atau hanya mitos semata-mata? Berikut MASKULIN kongsikan beberapa mitos tentang jimat minyak yang sehingga hari ini masih lagi ramai yang percaya.
ISI MINYAK PADA WAKTU MALAM
Foto via Selangor Journal
Masih ramai yang percaya bahawa mengisi minyak pada waktu malam sebenarnya lebih menjimatkan. Ini kerana mereka percaya bila cuaca sejuk minyak akan jadi lebih tumpat jadi tak rugilah minyak. Hakikatnya perbezaan cuaca yang tidak ketara tidak banyak beri perbezaan pun. Paling banyak boleh jimat pun hanya 2 hingga 3 sen saja.
GEAR PADA KEDUDUKAN ‘N’
Buat pengguna kereta auto pasti sudah sinonim dengan penggunaan gear ‘N’ atau neutral. Mitos meletakkan gear ‘N’ ketika mengisi minyak juga popular. Mereka percaya minyak tidak akan melalui proses injection ke dalam enjin lalu boleh jimatkan minyak. Walhal sebenarnya ia langsung tiada kaitan dengan kedudukan posisi mana-mana gear.
GONCANG KERETA
Jika di laman media sosial perkara ini sangat sinonim dengan pemilik kereta dari Singapura yang mengisi minyak di negara kita. Tapi ada ramai juga rakyat kita sendiri pun melakukan tabiat pelik ini.
Mereka mengisi minyak sampai ke tahap paling penuh dan menggoncang kereta kerana percaya untuk isi segenap ruang dalam tangki. Sebenarnya kalau tangki itu sudah penuh memang tak boleh diisi lagi, usahlah amalkan tabiat pelik ini.
JANGAN ISI MINYAK KETIKA TANKER SEDANG LOADING
Ada yang percaya mereka tak boleh isi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Kononnya minyak yang disi nanti dirisaukan akan berkeladak. Walhal sebenarnya setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line. Jadi minyak yang masuk ke kereta atau kenderaan sememangnya sudah sedia ditapis.
Jadi sebelum nak ikut dengan melakukan apa-apa teknik atau cara buatlah kajian sendiri dahulu. Cari sumber bacaan yang boleh dipercayai dan paling penting gunalah logik akal juga ya.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini memperkenalkan rekaan baharu untuk lesen memandu Malaysia yang tampil dengan rupa lebih segar dan moden.
Rekaan Lebih Kemas, Berjiwa Malaysia
Lesen baharu ini direka dengan lebih kemas dan profesional, menampilkan elemen-elemen bercirikan identiti nasional.
Rekaan baharu ini menggunakan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, selain motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan. Di belakang pula, ia menggunakan grafik Istana Negara bersama motif abstrak flora.
Tidak Semua Negara Iktiraf Lesen Digital
JPJ turut memaklumkan bahawa lesen baharu ini hadir dengan ciri keselamatan lebih tinggi, bertujuan mengurangkan risiko pemalsuan dokumen dan memastikan keaslian setiap lesen yang dikeluarkan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, lesen fizikal diperlukan kerana tidak semua negara mengiktiraf lesen digital yang memerlukan pemohon membawa LMM fizikal dan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) ketika ke luar negara.
LMM baharu direka dengan ciri keselamatan bagi mengelak pemalsuan dan mempunyai ketahanan untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun. Walaubagaimanapun, versi fizikal untuk lesen memandu ini hanya terhad kepada mereka yang akan ke luar negara, dan bukan warganegara sahaja.
Sebaliknya, pengguna akan diberikan versi digital. Peralihan ke versi baharu juga dijangka akan dilakukan secara berperingkat mengikut cawangan JPJ seluruh negara.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.