Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
Selamat mencuba!
Sila elak makanan berlemak & bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Ads
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Bersenam
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Ads
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Elak perut kosong
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Ads
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Diet Atkins, menumpukan pada mengawal tahap insulin dalam tubuh melalui diet rendah karbohidrat. Jika seseorang mengambil sejumlah besar karbohidrat, tahap insulin mereka meningkat dan jatuh dengan cepat. Meningkatkan tahap insulin membolehkan badan untuk menyimpan tenaga daripada makanan yang dimakan, menjadikan tubuh akan menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga.
Oleh itu, orang-orang diet Atkins mengelakkan karbohidrat tetapi boleh makan sebanyak protein dan lemak sesuka hati. Walaubagaimanapun, diet Atkins datang dengan risiko tertentu. Individu yang mengamalkan Diet Atkins perlu dapatkan nasihat doktor mereka.
Diet zon itu bertujuan untuk keseimbangan pemakanan karbohidrat 70 peratus, lemak 10 peratus, dan 20 peratus protein dalam setiap hidangan. Tumpuan juga adalah untuk mengawal paras insulin, yang boleh menyebabkan penurunan berat badan yang cepat dan kawalan berat badan walaupun menikmati hidangan berat.
Diet zon menggalakkan pengambilan karbohidrat berkualiti tinggi – karbohidrat berbentuk mentah, dan lemak, seperti minyak zaitun, avocado, dan kacang.
Ramai orang memilih diet vegetarian kerana ia bersifat rational, serta bagus untuk kesihatan. Terdapat pelbagai jenis vegetarian iaitu vegetarian lacto-vegetarian, vegetarian buah-buahan, vegetarian lacto-ovo, vegetarian diet makanan vegetarian, vegetarian vegetarian, peso-vegetarian, dan separuh vegetarian. Kebanyakan vegetarian adalah vegetarian lacto-ovo, dengan kata lain, mereka tidak makan makanan berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.
Kajian sejak beberapa tahun menunjukkan bahawa vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.
Veganisme adalah lebih daripada cara hidup dan falsafah daripada diet. Vegan tidak makan apa-apa yang berasaskan haiwan, termasuk telur, tenusu, dan madu. Vegan biasanya tidak menggunakan veganisme hanya untuk sebab-sebab kesihatan, tetapi juga untuk sebab-sebab alam sekitar, dan belas kasihan.
Pengamal Vegan percaya bahawa kaedah pertanian intensif moden adalah buruk bagi persekitaran dan tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang. Jika semua orang makan makanan berasaskan tumbuhan, persekitaran akan lebih terjaga, haiwan akan kurang terseksa, lebih banyak makanan akan dihasilkan, danmanusia lazimnya akan menikmati kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik, kata menurut pengamal vegan.
Diet makanan mentah, atau makananisme mentah, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, sepenuhnya berasaskan tumbuhan, dan organik yang ideal.
Diet ini dipercayai bahawa sekurang-kurangnya tiga perempat daripada pengambilan makanan seseorang harus terdiri daripada makanan yang tidak dimasak. Sejumlah besar bahan makanan mentah juga adalah pengamal vegan dan tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan. Terdapat empat jenis utama makanan mentah: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakan senaman plank sentiasa jadi pilihan dan sangat popular di kalangan penggemar aktiviti kercergasan? Pertama sekali ia merupakan bentuk senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar. Cukup hanya ruang beberapa kaki sahaja. Kedua ia juga aktiviti yang tidak memerlukan anda menggunakan sebarang alat bantuan senaman.
Dan paling penting, plank merupakan senaman yang telah terbukti dan sangat disyorkan oleh pakar kecergasan untuk membina otot abdomen lebih mantap serta memiliki teras badan yang kuat serta stabil.
Namun perlu diingat bagi anda mempunyai sejarah kecederaan pada bahagian bahu atau pergelangan tangan, senaman plank merupakan antara rutin yang harus dijauhi. Ia dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan lama boleh berulang kembali.
Untuk senaman plank yang selamat terdapat beberapa perkara yang perlu anda elak agi mengelakkan kecederaan. Kali ini MASKULIN kongsikan beberapa jenis kesilapan utama yang ramai orang lakukan ketika melakukan plank.
Ramai orang cenderung meletakkan punggu mereka tinggi semasa melakukan elbow plank. Ini mungkin untuk dapatkan masa lebih lama. Namun ia hanya memberikan lebih tekanan di bahagian bahu.
Bila badan terlalu membongkok anda membuatkan kondisi tulang belakang berada pada kedudukan yang tidak baik. Betulkan bahagian pelvis agar bahagian belakang lebih rata.
Sesetengah orang yang berbadan kecil cenderung meletakkan punggung mereka agak rendah. Ini menyebabkan berat anda ditampung oleh bahagian otot punggung sahaja.
Bila melakukan elbow plank kedudukan leher perlulah selari dengan badan. Usah terlalu menunduk atau mendongak kerana ia boleh sebabkan kecederaan otot leher.
Ada juga sesetengah orang akan melakukan bentuk bulat pada bahagian belakang semasa melakukan plank ini. Ia disebabkan kekuatan yang tak mencukupi tapi masih degil melakukan juga senaman. Ia hanya menyebabkan anda sakit belakang serta bahu.
Kedudukan bahu merupakan antara faktor paling penting semasa melakukan elbow plank. Oleh sebab itu anda harus pastikan kedudukan bahu selari dalam garisan lurus.
Bila anda membuka tangan ke lantai ia akan mengurangkan kesan senaman. Ini disebabkan bila tangan dibuka otot perut akan kurang tegang dan hasilnya tidak seperti anda harapkan.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin ramai yang pakai windbreaker/ sweatshirt semasa bersenam atau berjoging kononnya boleh turunkan berat dan bakar banyak kalori. Namun betul ke pakai windbreaker/ sweatshirt ini selamat?
Bagi menjawab persoalan ini, seorang Pegawai Farmasi bernama Mohd Dziehan Mustapa telah berkongsi di laman Facebook tentang kebimbangannya melihat semakin ramai yang memakai windbreaker/ sweatshirt lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Jom ikuti perkongsian bermanfaatnya ini.
Saya UPLOAD SEMULA penulisan saya tahun lepas berkaitan penggunan windbreaker/ sweatshirt semasa berlari kerana sekarang ini musim panas. Untuk elakkan dehidrasi berlebihan sehingga membawa mudarat serta Mitos di sebalik pemakaian seperti ini ketika berlari, boleh baca penulisan saya ini untuk kefahaman lanjut
Apa yang kita pakai semasa berlari adalah perkara yang penting. Pakaian yang sesuai akan buat kita rasa lebih selesa semasa berlari.
Saya sering berlari petang hari dan melihat beberapa pelari lain di taman rekreasi yang memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari.
Semua tahu apabila kita berlari degupan jantung kita akan meningkat untuk hantar lebih banyak bekalan darah beroksigen ke otot-otot. Lebih degupan jantung, lebih tenaga diperlukan, lebih kalori akan dibakar.
Apabila seseorang itu memakai windbreaker/ sweatshirt, suhu badan seseorang itu akan meningkat, seterusnya peredaran darah meningkat dan degupan jantung juga akan meningkat.
Peningkatan degupan jantung ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan suhu badan. Hasil daripada peningkatan degupan jantung itu, tubuh akan bakar lebih kalori. Walau bagaimanapun, idea ini tidak semestinya bagus.
Keletihan haba (heat exhaustion) berlaku apabila suhu badan meningkat dan tubuh badan tak mampu seimbangkan ia semula. Keletihan haba juga mungkin boleh berlaku dalam keadaan melakukan beberapa aktiviti fizikal/ senaman secara berlebihan.
Oleh itu memakai windbreaker/ sweatshirt semasa berlari cenderung untuk mendapat keletihan haba atau dalam keadaan lebih serius boleh menyebabkan stroke haba lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini.
Pembakaran jumlah kalori bergantung kepada dua perkara iaitu “intensiti dan tempoh” melakukan aktiviti fizikal. Peningkatan degupan jantung menyebabkan pembakaran kalori lebih cepat.
Peningkatan degupan jantung menunjukkan intensiti sesuatu aktiviti fizikal itu. Walau bagaimanapun, aktiviti fizikal berintensi tinggi sukar untuk dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Dalam erti kata lain adalah; ‘cepat penat’.
Oleh kerana windbreaker/ sweatshirt akan meningkatkan intensiti senaman anda, ia mungkin mengehadkan tempoh senaman (cepat penat), seterusnya ia menafikan manfaat pembakaran kalori secara optimum.
Terdapat satu mitos jika memakai lapisan tambahan pakaian semasa berlari/ bersenam boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badannya lebih cepat, kerana berpeluh lebih banyak.
Walaupun memakai windbreaker/ sweatshirt akan membuat seseorang itu berpeluh lebih banyak dan berpeluh lebih banyak ini secara tidak langsung membakar lebih banyak kalori melalui peningkatan kadar degupan jantung, sebenarnya sebahagian besar berat badan yang hilang melalui berpeluh adalah ‘berat air’.
Kehilangan berat badan seperti ini adalah bersifat sementara dan bukan jenis penurunan berat badan yang sihat atau berkekalan.
Maka, jika berlari dengan windbreaker/ sweatshirt dan badan menjadi terlalu panas, dinasihatkan agar buka windbreaker/ sweatshirt tersebut dengan segera agar suhu tubuh kembali stabil semula dan minum air untuk hidrasi tubuh.
Sebaik-baiknya bagi pendapat saya, pakai baju berlari yang sesuai dan tidak perlu tambah dengan lapisan windbreaker/sweatshirt. Terutama pada ketika musim panas sekarang ini.
Mungkin pemakaian windbreaker/ sweatshirt dilihat sesuai jika kita berlari pada ketika awal pagi dan suhu sekitaran yang sejuk.
Namun jika matlamat untuk kurang berat badan melalui peluh berlebihan dengan memakai windbreaker/ sweatshirt; ia adalah satu mitos. Ia agak kurang sesuai dan boleh menyebabkan keletihan haba seterusnya stroke haba.
Jom kita berlari dan pakai pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai. Oh yer, jangan lupa menutup aurat juga ?
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.