
Bagi peminat dunia gaming, khususnya jenama ikonik dari Jepun seperti CAPCOM, April ini bakal jadi bulan yang sukar untuk dilepaskan.
Selepas kejayaan besar penganjuran pertama di Kuala Lumpur, CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru kini kembali ke Malaysia dengan lokasi baharu di Johor Bahru, sekali gus membawa pengalaman gaming dan koleksi eksklusif lebih dekat kepada peminat di selatan tanah air.
CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru Kembali Dengan Pengalaman Lebih Besar
Acara ini akan berlangsung selama enam hari bermula 14 hingga 19 April 2026 di AEON MALL Tebrau City, menjadikannya antara event pop culture yang paling dinanti dalam kalangan komuniti gaming tempatan.
Dibawakan oleh JUSTDAN, penerbit dan pengedar permainan video dari Taiwan, acara ini bukan sekadar ruang jualan biasa, tetapi satu pengalaman immersive yang menghimpunkan dunia CAPCOM dalam satu lokasi.

Koleksi Eksklusif Untuk Peminat Sejati
Apa yang menjadikan CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru ini menarik adalah variasi barangan rasmi yang ditawarkan, merangkumi francais popular seperti Monster Hunter, Resident Evil, Street Fighter, Mega Man dan Devil May Cry.

Daripada figurine berkualiti tinggi, plush toys, koleksi kotak misteri, hingga aksesori seperti penyangga akrilik dan sling bag, semuanya direka khas untuk peminat tegar yang menghargai detail dan nostalgia.
Bagi yang membesar dengan karakter seperti Leon dari Resident Evil atau Ryu dari Street Fighter, ini bukan sekadar merchandise, tetapi simbol kepada pengalaman gaming yang membentuk satu generasi.

Lebih Dari Sekadar Merchandise
Menariknya, setiap item yang dipamerkan bukan sahaja berfungsi sebagai koleksi, tetapi juga sebagai bentuk ekspresi gaya hidup, satu trend yang semakin berkembang dalam kalangan lelaki moden yang menghargai gabungan gaming, fesyen dan personal identity.
Fenomena ini menjadikan CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru bukan sekadar lokasi membeli-belah, tetapi ruang untuk peminat menzahirkan minat dan identiti mereka.
Sambutan Luar Biasa & Strategi Lokasi Johor Bahru
Kejayaan edisi pertama di Kuala Lumpur sebelum ini jelas menunjukkan betapa kuatnya pengaruh CAPCOM dalam komuniti tempatan, dengan sambutan luar jangka daripada peminat.
Dan kali ini, Johor Bahru dipilih sebagai lokasi seterusnya, satu langkah strategik untuk memperluaskan capaian kepada lebih ramai peminat di rantau selatan serta negara jiran seperti Singapura.

Menurut penganjur, CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru merupakan peluang terbaik untuk peminat mendapatkan barangan rasmi CAPCOM yang sukar ditemui di pasaran biasa, dalam suasana yang lebih dekat dan eksklusif.
Event Terhad Yang Wajib Direbut
Selain itu, tempoh acara yang terhad menjadikan ia lebih eksklusif, sekaligus mencipta sense of urgency kepada peminat untuk hadir dan tidak terlepas peluang.
Dengan waktu operasi yang fleksibel dari pagi hingga malam sepanjang enam hari penganjuran, pengunjung mempunyai ruang untuk menikmati pengalaman ini tanpa tekanan masa.
Fenomena Pop-Up Store Dalam Gaya Hidup Moden
Dalam konteks gaya hidup hari ini, fenomena pop-up store seperti ini bukan lagi sekadar aktiviti membeli belah, tetapi satu bentuk pengalaman sosial yang menggabungkan komuniti, minat dan budaya.
BACA: HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN, Perayaan Dua Dekad Kugiran Indie Yang Ubah Landskap Muzik Malaysia
CAPCOM Pop-Up Store Johor Bahru adalah contoh jelas bagaimana dunia gaming telah berkembang menjadi sebahagian daripada gaya hidup urban.
Dan bagi peminat sejati, ini bukan sekadar event.
Ini adalah peluang untuk berada lebih dekat dengan dunia yang selama ini hanya dilihat di skrin.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




