Kad kredit memang nampak macam best. Swipe je, barang terus dapat. Dari luar nampak macam penyelamat kewangan, lagi lagi bila tengah sempit hujung bulan. Tapi hakikatnya, ia datang dengan tanggungjawab yang besar.

Untuk lelaki kelas pertengahan yang ada keluarga dan gaji sekitar RM5000 sebulan, kad kredit boleh jadi kawan baik yang bantu stabilkan bajet.

Tapi kalau disalah guna, ia boleh bertukar jadi perangkap hutang yang lama nak diselesaikan. Salah satu silap paling biasa ialah guna tanpa bajet yang jelas, lepas tu terkejut bila tengok penyata.

Kunci utama adalah guna dengan strategi dan disiplin. Gunakan untuk belanja yang memang dirancang dan bajetkan. Jangan guna ikut emosi.

Menerusi artikel ni, MASKULIN akan kongsi bagaimana nak cara guna kad kredit dengan bijak supaya kau boleh manfaatkan sepenuhnya tanpa terjerat dalam beban kewangan.

1. Bayar Penuh, Jangan Sekadar Minimum

Kalau kau bayar minimum je setiap bulan, bank tetap caj faedah atas baki yang tinggal. Faedah kad kredit boleh cecah 18 peratus setahun, itu dah kira tinggi gila. Solusinya? Bayar penuh sebelum tarikh akhir. Itu je cara paling win.

2. Jangan Guna Sampai Had Maksimum

Bank mungkin bagi kau had RM10000, tapi jangan anggap itu duit percuma. Idealnya, pakai tak lebih dari 30 peratus had. Ini bukan saja bantu kau kawal belanja, tapi juga naikkan skor kredit.

Ads

Cara Guna Kad Kredit Lelaki Dengan Bijak Agar Tak Berubah Jadi Perangkap Hutang

3. Pilih Kad yang Match Gaya Hidup

Kalau kau isi minyak dan beli barang dapur tiap minggu, ambik kad yang bagi cashback untuk dua benda ni. Jangan main ambik kad semata mata sebab “nampak premium”. Pilih ikut rutin hidup, baru untung.

4. Jangan Sesekali Keluarkan Tunai Guna Kad Kredit

Nak guna kad kredit, guna untuk bayar barang. Tapi kalau kau keluarkan cash dari ATM, siaplah. Caj dia tinggi dan faedah start kira on the spot. Melainkan kecemasan betul betul, jangan buat.

5. Selalu Semak Penyata dan Transaksi

Sekali sebulan, luangkan lima ke sepuluh minit semak penyata kad kredit. Tengok kalau ada transaksi mencurigakan atau salah caj. Ini penting untuk elak penipuan dan bantu kau track belanja.

Ads

Cara Guna Kad Kredit Lelaki Dengan Bijak Agar Tak Berubah Jadi Perangkap Hutang

BACA: Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Agar Jadi Kaki Lebih Kuat Untuk Larian

6. Guna untuk Belanja yang Dah Dirancang

Kad kredit bukan lesen untuk beli ikut sedap rasa. Gunakan untuk benda yang memang kau dah bajet, macam bayar insurans kereta, bil, atau pembelian besar yang kau dah simpan duit. Plan dulu, swipe kemudian.

7. Tak Perlu Banyak Kad

Dua kad cukup, satu untuk belanja harian yang bagi cashback, satu lagi untuk kegunaan khas macam travel. Lagi banyak kad, lagi susah nak kawal. Dan kalau terlepas bayar satu pun, skor kredit boleh jatuh.

Ads

Cara Guna Kad Kredit Lelaki Dengan Bijak Agar Tak Berubah Jadi Perangkap Hutang

Kad kredit boleh jadi senjata pintar kalau diguna ikut strategi. Tapi kalau ikut nafsu, senang jadi perangkap yang buat kau terikat dengan hutang bertahun tahun. Jadi, kalau kau seorang suami, ayah, atau lelaki yang tengah jaga ekonomi rumah tangga, jadikan kad kredit alat bantu, bukan beban hidup.

Swipe dengan bijak, bro.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads