Buat anda yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian di pejabat dan menghabiskan majoriti masa seharian di meja, bilakah kali terkahir anda melakukan senaman yang boleh mantapkan stamina diri?
Dan berapa kerapkah anda bersenam dalam masa seminggu? Rata-rata mungkin anda hanya mampu tersenyum sendirian sampil menggosok perut yang semakin maju ke hadapan.
Bila saiz pinggang semakin hari semakin bertambah anda pun rasa macam sedikit malas dan tidak mahu mempedulikan hal itu. Walhal jauh di sudt hati anda risau melihatkan kondisi diri.
Ketahuilah saudaraku sekalian, masih belum terlambat!
Ada beberapa cara bagaimana anda boleh mantapkan stamina diri secara berkala. Selain senaman ada beberapa faktor lain yang boleh memainkan peranan sangat besar. Ikuti 8 tip mudah MASKULIN kongsikan di bawah.
Ads
GANDAKAN SEMUA
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian.
Pantas dan hasilnya pasti hebat. -2:1 – Gunakan nisbah berikut untuk sayur dan daging. Sayur yang lebih bukan sahaja menyihatkan malah mampu membantu sistem penghadaman dan pada masa yang sama menghasilkan kurang kalori.
SENAMAN KARDIO
19% senaman kardio! Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
SENAMAN DI LUAR
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
KOMBINASI BEBAN & KARDIO
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu. 87% – Peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
WAKTU PAGI
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
MANTAPKAN LENGAN
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Jadi tak perlu tunggu siapa-siapa. Anda sendiri kena mulakan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya banyak cara yang anda boleh cuba untuk turunkan kolesterol. Selain ubat hospital, anda juga boleh amalkan pelbagai ikhtiar untuk turunkan kolesterol ke paras normal.
Ini penting kerana jika bacaan kolesterol anda tinggi, ia boleh mengundang penyakit berbahaya antaranya darah tinggi, jantung, stroke dan diabetes. Jadi usahakanlah untuk anda turunkan bacaan kolesterol ini agar lebih sihat dan cergas.
Dalam pada anda mengambil ubat hospital, tak salah untuk anda mencuba petua minum air rendaman kacang bendi yang diamalkan suami Erika Khoriawati. Selain turunkan bacaan kolesterol, kebas-kebas kaki juga semakin hilang.
Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air ini saya tidak lagi kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi kan dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.
Bahan-bahannya:
– Kacang bendi 10 – 15 biji dibasuh dan dipotong.
– Air masak 1 liter.
1. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Minum selalu.
4. Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
5. Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research, saintis mendapati bahawa senaman push-up dan bench press sebenarnya memberikan kesan yang hampir sama kepada aktiviti otot.
Menariknya, kedua-duanya membantu meningkatkan kekuatan dengan cara yang setanding—tidak kira sama ada anda di gim atau hanya menggunakan berat badan sendiri di rumah.
Namun, seperti mana-mana senaman lain, teknik yang betul adalah kunci utama untuk memastikan anda mendapat hasil terbaik.
Push-up bukan sekadar pergerakan biasa, tetapi jika dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi senjata rahsia anda untuk tubuh yang lebih mantap dan bertenaga.
Kali ini, MASKULIN akan membimbing anda langkah demi langkah untuk melakukan push-up dengan selamat, efektif, dan penuh keyakinan. Dah sedia nak pecahkan peluh? Jom mulakan!
SASARAN UTAMA: Dada, tangan dan teras perut.
Melakukan Push-Up dengan Teknik yang Sempurna
Kedudukan Permulaan yang Betul
Mulakan dengan memastikan tubuh anda dalam garisan lurus—dari kepala hingga ke tumit. Kaki rapat dan lurus, manakala tangan berada selari dengan bahu. Pastikan badan anda tegap dan stabil, tanpa melengkungkan bahagian belakang.
Pergerakan Turun yang Terkawal
Bengkokkan siku anda ke arah luar badan sambil menurunkan torso secara perlahan. Kekalkan kepala anda menghadap ke bawah, dan turunkan dada sehingga hampir menyentuh lantai—lebih kurang beberapa inci sahaja. Pastikan pernafasan tetap terkawal.
Peningkatan dengan Kuasa Maksimum
Berhenti seketika di posisi rendah, kemudian tolak badan ke atas dengan pantas kembali ke kedudukan asal. Pastikan anda tidak mengorbankan teknik untuk kecepatan—kawalan adalah kunci untuk hasil terbaik.
Untuk permulaan, anda boleh mencuba push-up pada permukaan yang lebih tinggi seperti kotak, bangku kecil, atau meja.
Letakkan tangan anda di atas permukaan tersebut, sementara kaki kekal di lantai. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai, semakin mudah push-up dilakukan. Teknik ini sesuai untuk pemula atau mereka yang ingin memperbaiki kekuatan asas.
Cara Push-Up Lebih Mencabar
Dead Stop Push-Up
Bawa dada anda rapat ke lantai, berhenti sepenuhnya di bahagian bawah, kemudian angkat tangan sedikit ke atas dan bertahan sebentar. Gerakan ini memberi fokus kepada otot teras dan memerlukan lebih banyak kekuatan lengan serta kestabilan.
Single-Leg Push-Up
Angkat sebelah kaki semasa melakukan push-up untuk meningkatkan kesukaran. Teknik ini mengaktifkan lebih banyak otot teras dan memberikan cabaran tambahan pada keseimbangan badan.
Decline Push-Up
Letakkan kedua-dua kaki di atas permukaan yang lebih tinggi seperti kerusi atau bangku. Posisi ini meningkatkan tekanan pada otot dada atas dan bahu, menjadikannya lebih mencabar berbanding push-up biasa.
Tip Bonus: Tingkatkan Push-Up Anda ke Tahap Seterusnya
Setiap kali anda kembali ke posisi asal selepas push-up, tolak bahagian belakang badan ke atas sedikit—seakan-akan membuat gerakan “push back”. Teknik ini memberi fokus kepada otot serratus anterior, otot kecil tetapi sangat penting di bahagian dada dan bahu anda.
Kenapa penting untuk menguatkan serratus anterior?
Mencegah Shoulder Impingement
Otot ini sering kali lemah pada kebanyakan orang, dan kelemahan ini boleh menyebabkan masalah seperti “weightlifter’s shoulder”, iaitu keadaan di mana pergerakan bahu menjadi terhad dan menyakitkan.
Postur Badan yang Lebih Baik
Serratus anterior yang kuat membantu anda mengekalkan postur tubuh yang betul, terutamanya bagi mereka yang sering mengalami humpback akibat duduk terlalu lama di pejabat atau bekerja di hadapan komputer.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini istilah ‘eat clean’ sering diuar-uarkan di laman media sosial terutamanya oleh pengamal diet. Malah perkongsian daripada individu yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan eat clean juga mendapat jumlah sharing yang sangat banyak.
Namun apakah yang anda faham tentang eat clean?
Anda perlu ingat satu perkara sebelum memulakan apa jua jenis diet.
You are what you eat!
Apa yang anda makan itulah yang menggarkan kondisi kesihatan fizikal dan mempengaruhi kesihatan mental anda. Dalam penmakanan kita perlu bijak untuk mengambil pelbagai jenis makanan berbeza dengan seimbang. Dan seimbang di sini bukanah bermaksud kena ambil semua jenis zat makanan secara sama rata.
Tetapi mengambil makanan mengikut sukatan yang baik untuk kita proses menjadi tenaga. Jadi untuk mendapatkan hidup yang berkualiti anda harus tahu apa yang nda makan.
Dan di sinilah amalan eat clean mampu memberi impak terhadap hidup anda.
APA ITU EAT CLEAN
Program diet eat clean adalah tentang tabiat makan makanan pada tahap yang paling semula jadi. Ini bermakna anda mengelak mengambil makanan yang diproses, makanan yang ada banyak pengawet, banyak gula dan banyak lemak ‘jahat’ atau kolestrol.
Kelebihan utama mengamalkan eat clean ialah anda mampu meningkatkan tahap kesihatan dengan baik. Bahkan dengan mengelak mengambil makanan yang mengandungi bahan kimia tambahan, pengawet dan gula halus anda secara tak langsung merendahkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit.
Bila anda mengelak makanan-makanan tersebut secara tak langsung berat badan anda juga akan turun dengan semula jadi. Malah ramai berpendapat tak guna jika anda bersenam bagai nak rak jika teruskan gaya hidup makan segala jenis makanan diproses.
Tak keterlaluan dikatakan ramai yang turun berat badan bermula dengan corak pemakanan sihat.
DIET EAT CLEAN
Tiada minyak, sos dan serbuk perasa.
Elak makana diproses dan ambil whole food. Contohnya makan ikan, bukannnya bebola ikan. Makan nasi, bukannya mee atau bihun.
Amalkan makanan seimbang ikut piramid bukannya ambilprotein semata-mata
Makan 4 ke 5 kali sehari ikut masa dengan sukatan mengikut keperluan kalori badan
MAKANAN YANG PERU ANDA JAUHI
Semua jenis makanan bergoreng
Pastri, kek, dessert, biksut, coklat dan aiskrim
Semua jenis air manis
Semua jenis fast food
Semua jenis sos dan kicap
Kerepek dan kekacang yang bersalut
KELEBIHAN EAT CLEAN
Amalan eat celan bukan sahaja boleh membantu anda mempercepatkan proses turunkan berat badan turut membantu badan membersihkan diri dari high fat dan high sugar yang semalam ini jadi makanan harian anda.
Dan kini sudah terbukti amalan eat celan boleh membantu anda menghilangkan perut buncit atau boroi!
Selain mengikuti diet eat clean anda juga boleh mempercepatkan dan meningkatkan stamina badan dengan melakukan aktiviti larian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.