Bila seharian kita berjalan, pasti anda akan alami rasa sakit lutut, kaki dan pinggul. Kalau tidak dipulihkan, takut melarat pula rasa sakitnya.
Jadi nak kurangkan rasa sakit lutut, kaki dan pinggul itu, ada cara mudah yang anda boleh lakukan. Dengan 7 latihan ini, akan membantu mengurangkan rasa sakit lutut, kaki dan pinggul yang anda alami.
Selamat mencuba!
1. Jengket tumit dan angkat kaki
Mula-mula, ambil kerusi dan berdiri di belakang kerusi.
Sambil memegang kerusi, angkat kaki kiri sehingga paras lutut.
Perlahan-lahan jengketkan kaki kanan biar hujung kari rasa ketegangannya.
Perlahan-lahan letakkan kembali tumit di atas lantai.
Ulangi latihan ini 10-15 kali untuk setiap kaki.
Ia akan menguatkan pergelangan kaki dan otot sekeliling lutut anda.
2. Jengketkan tumit sambil berjalan pantas
Ads
Ini adalah satu latihan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Anda hanya perlu berjalan kaki secara pantas sambil menjengketkan kaki. Latihan ini akan menguatkan bahagian betis dan jari kaki. Buat latihan ini selama 5-15 minit atau sehingga anda rasa letih.
3. Pusingkan pergelangan kaki
Jika pergelangan kaki anda lemah, anda perlu lakukan ini:
Anda boleh lakukan sambil duduk atau berdiri. Kemudian, naikkan satu kaki.
Perlahan-lahan putarkan pergelangan kaki anda dalam gerakan membulat.
Ulangi 10 kali dalam bulatan ke dalam dan 10 kali dalam lingkaran keluar untuk setiap kaki.
4. Buat latihan rintangan
Ads
Untuk latihan ini, anda perlukan getah rintangan.
Pasangkan tali rintangan pada kerusi atau kaki meja.
Letakkan hujung kaki kiri di bawah kaki kanan sambil membengkokkan lutut sedikit.
Pasangkan tali rintangan tadi di bawah jari.Perlahan-lahan tarik tali rintangn itu
sambil melenturkan kaki anda ke hadapan.
Elak melenturkan jari ke bahagian dada kerana ia akan membuatkan jari rasa sakit.
Ulangi 10-15 kali untuk setiap kaki.
Latihan rintangan ini menggabungkan kerja-kerja di bahagian otot betis dan otot paha dalaman serta luaran anda.
5. Main permainan “grabbies”
Ads
Untuk melatih jari-jari kaki, anda boleh bermain permainan “grabbies”.
Letakkan batu-batu kecil di atas lantai.
Kemudian bengkokkan jari kaki.
Ambil batu-batu kecil tadi menggunakan jari kaki.
Kemudian masukkan batu-batu kecil tadi ke dalam bakul.
6. Berjalan di atas bola
Sambil duduk, anda letakkan bola tenis di bawah telapak kaki.
Kemudian secara perlahan-lahan, golekkan bola tenis tadi kedepan dan kebelakang seolah-olah anda sedang mengurut kaki.
7. Urutan pada kaki
Bagi mengurangkan rasa sakit pada kaki, letakkan kedua-dua jari pada titik-titik seperti dalam gambar (antara jari kaki 1 dan 2 serta jari 4 dan 5; kira-kira 1cm atau setengah inci dalam). Picit secara perlahan selama 15 minit. Anda akan rasakan kelegaan selepas melakukan urutan tersebut.
Anda nak lenyapkan lemak degil di perut tapi malas ke gym? Jangan bimbang, ada senaman mudah yang anda boleh buat untuk lenyapkan lemak degil hanya di rumah.
Lakukan gerakan ini secara rutin untuk menampakkan hasil. Sambil bersantai di rumah, lakukan gerakan ini kerana anda tidak memerlukan sebarang alatan.
Gunakan meja dan kerusi di rumah anda sebagai sokongan untuk anda melakukan senaman ini. Yang pasti lebih selesa dan memudahkan apabila melakukannya di rumah sendiri.
Ini merupakan 4 senamannya. Semoga senaman ini dapat membantu anda melenyapkan lemak degil di perut dengan cara mudah dan menyihatkan.
Manfaatkan kerusi di rumah anda untuk menampung berat tubuh. Posisikan tubuh anda berlawanan dengan kerusi, kemudian lekukkan siku untuk menurunkan tubuh. Setelah itu, posisikan tangan untuk menahan pada kerusi. Lakukan gerakan naik turun tubuh sebanyak 20 kali.
Jika tidak memiliki papan seperti dalam gambar, anda boleh manfaatkan tangga di rumah sebangai alatan dalam gerakan ini. Aturkan posisi tubuh anda seakan-akan gerakan push-up, manakala hujung jari kaki dijengketkan. Lakukan gerakan naik turun sebanyak 20 kali.
Gerakan ini mungkin biasa anda temui dalam setiap senaman. Caranya, angkat kedua-dua kaki seperti anda sedang mengayuh basikal, kemudian pusingkan tubuh sehingga siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Lakukan secara berganti selama 40 saat.
Posisikan kedua-dua hujung kaki ke depan. Dorong kaki kanan kembali ke posisi tegak dan ulang. Lakukan rutin gerakan ini setiap sesi selama 10 kali.
Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam kategori CP115 menjelang saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 yang akan berlangsung di Batu kawan, Pulau Pinang, 4 dan 5 November ini.
Juara bertahan itu kini selesa mendahului kedudukan dengan mengumpul 155 mata, 48 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Haziq Mohd Fairues di kedudukan kedua dengan 107 mata.
Akid hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 untuk memungut dua mata dan mengesahkan gelaran juara keseluruhan CP115 untuk tahun kedua berturut-turut manakala Haziq perlu menjuarai perlumbaan memandangkan Ahmad Syukran Aizat (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ) yang berada di tangga ketiga tidak berupaya untuk memberikan cabaran lagi apabila 57 mata di belakang Akid dengan hanya baki dua pusingan sahaja lagi.
Namun Akid enggan memandang mudah perlumbaan ini walaupun berada dalam kedudukan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan.
“Saya tidak mahu memandang mudah perlumbaan minggu ini. Walaupun kedudukan itu agak selesa, tetapi akan memberi yang terbaik dan mahu menamatkan perlumbaan di atas podium,” ujarnya.
Sementara itu gandingan Mohd Akid dan Mohd Haziq terlebih dahulu berjaya mempertahankan gelaran pasukan terbaik buat Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor pada musim lepas sebaik perlumbaan pusingan 8 di Jempol, Negeri Sembilan berakhir.
Pasukan ini turut telah mengesahkan status pasukan terbaik dalam kategori CP150 di Jempol.
Kafein adalah sejenis perangsang ringan yang wujud secara semula jadi. Ia boleh didapati pada daun, batang, biji, dan akar dari 63 jenis spesies tumbuhan. Kafein juga adalah sebahagian daripada keluarga methylxanthine itu dan terdiri daripada satu molekul xanthine dengan tiga kumpulan metil yang melekat padanya.
Kafein boleh ditemui dalam pelbagai produk seperti soda, teh, dan kopi, tetapi ia juga terdapat dalam beberapa produk lain seperti ubat-ubatan preskripsi, diuretik, dan ubat penahan sakit. Kafein telah terbukti merangsang pusat sistem saraf pada paras paras tertinggi seperti medula dan korteks serta berkeupayaan mencapai saraf tunjang dalam dos yang lebih besar.
Ini memberikan tubuh bertahan daripada keletihan antara 1 hingga 3 jam. Bagi atlet yang bertanding dalam sukan yang memerlukan pemikiran atau tindak balas yang pantas, kafein boleh membantu dengan memberikan ketahanan untuk sementara waktu.
Pengambilan kafein akan menyebabkan badan untuk membakar lebih banyak lemak kerana ia adalah sumber yang paling banyak yang digunakan oleh tubuh untuk tenaga. Kafein masuk ke dalam badan dan memaksa otot menggunakan lemak dengan sebaik mungkin.
Selain itu kafein juga melambatkan penipisan glikogen. Kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh lima belas minit pertama, kafein mempunyai potensi untuk mengurangkan kehilangan glikogen sebanyak 50 peratus. Apabila ini berlaku, glikogen yang disimpan boleh digunakan untuk baki senaman di mana biasanya ia akan habis sama sekali apabila tubuh keletihan.
INFO :
Tiga jenis kopi yang paling popular di serata dunia :-
1)Cappuccino
Cadangan pengambilan : Taburkan buih cappuccino dengan sedikit serbuk koko tanpa gula atau parut coklat gelap ke atas kopi.
2)Caffe Latte
Cadangan pengambilan : Letakkan gula mengikut citarasa dan celupkan biskut, kek span atau roti itali segar sebagai menu sarapan.
3)Caf Mocha
Cadangan pengambilan : Tambahkan serbuk koko atau coklat parut untuk menikmati keunikan rasa Mocha yang luar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.