Tidak lengkap rasanya dalam seharian tidak menggunakan sebarang perfume atau minyak wangi. Lelaki zaman sekarang sudah menganggap perfume sebagai pelengkap personaliti mereka.
Ini kerana perfume bermain dengan deria bau. Pernah tak anda terhidu bau perfume dan terus teringat akan seseorang. Itulah kekuatan perfume bagi seorang lelaki. Ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang lain.
Jadi sebab itulah bau harum merupakan antara karakteristik wajib untuk wanita dalam memilih pasangan mereka.
Namun seperti mana yang kita tahu harga untuk sebotol perfume berkualiti bukanlah murah. Alangkah rugi jika anda hanya pandai melakukan semburan tetapi tidak tahu teknik yang betul bagi memberikan bau perfume itu lebih menyerlah serta tidak membazir.
Ads
MASKULIN ingin kongsi beberapa tip cara semburan untuk buat ia berbau lebih sedap dan tahan lama.
SEMBURAN PADA BAJU
Sebenarnya tidak salah melakukan semburan pada bahagian baju. Jika ingin dapatkan hasil bepranjanganm sembur sedikit ke bahagian seperti kolar baju atau jaket. Akan tetapi anda harus berwaspada ketika melakukan semburan kerana sesetengan perfume boleh meninggakan kesan tompokan.
Ads
BANYAK ATAU SEDIKIT?
Tidak salah juga melakukan hanya beberapa semburan di lokasi tertentu. Namun kebanyakan perfume berkualiti hanya memerlukan anda membuat satu semburan sahaja. Ini kerana ia juga bergantung kepada tindak balas jenis bau badan semula jadi anda sendiri.
Ads
JENAMA SAMA
Apa yang MASKULIN maksudkan jenama sama ialah penggunaan krim pencukur atau deodoran. Jika anda ingin bau perfume lebih kuat dan tidak terganggu dengan bauan lain gunalah produk jenama sama atau dari siri sama dengan perfume tersebut. Dirisaukan jika anda mencampur aduk pelbagai jenama bau akan bercelaru dan tidak memberikan kesan harum memuaskan hati.
SEMBURAN PADA NADI
Seperti mana yang kita tahu semburan perfume amat berkesan dilakukan di bahagian nadi. Namun sebenarnya perkara paling penting anda perlu tahu akan kekuatan perfume yang ingin digunakan. Teknik paling efisyen adalah semburan belakang telinga, di bahagian kolar leher dan belajang leher.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai wanita yang cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki terutamanya soal kulit wajah.
Mana kan tidak, walaupun tidak perlu jaga muka beriya-iya, kesan muka rosak atau kulit sensitif amat jarang berlaku.
Jadi kalau anda masih tertanya-tanya apa sebenarnya di sebalik mitos tersebut, ini adalah alasan yang berjaya Maskulin rungkai.
1. Hormon Lelaki Pengaruhi Keadaan Kulit
Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita.
2. Lebih Banyak Kolagen Berbanding Wanita
Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.
Manakala, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.
3. Kulit semakin tebal
Walau bagaiamanapun, semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Apa-apa pun, jangan cepat sangat panik okay? Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan kamu rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dapat disangkal, sepanjang bulan puasa tubuh kita melalui pelbagai perubahan, sedikit demi sedikit. Walaupun kesannya berbeza bagi setiap individu, ramai yang mengalami kulit kering dan bibir merekah akibat kekurangan hidrasi. Ini bukan sekadar gangguan kecil, tetapi boleh menjejaskan keyakinan dan keselesaan sepanjang hari.
Apatah lagi di kalangan mereka yang bekerja di bawah mentari panas dan suhu tinggi. Kekurangan air dalam badan menjadi faktor mengapa kondisi ini terjadi. Namun anda jangalah risau kerana perkara ini hanyalah sementara sahaja.
Mengatasi kulit kering sebenarnya cukup sederhana, namun juga perlu konsistensi. Hanya dengan mengubah beberapa cara dan aktiviti harian, ia nya pasti membantu
JAGA MANDI
Salah satu rutin harian yang perlu disesuaikan sepanjang bulan puasa adalah kekerapan dan tempoh mandi.
Walaupun mandi kerap memberi rasa segar dan membersihkan kulit, terlalu kerap mandi sebenarnya boleh menghilangkan minyak semula jadi yang melindungi kulit.
Akibatnya, kulit menjadi lebih kering dan mudah mengalami iritasi. Jadi, keseimbangan amat penting untuk memastikan kebersihan terjaga tanpa menjejaskan kelembapan kulit.
Pastikan mandi setiap hari, tetapi dengan kadar yang sederhana—tidak terlalu kerap dan tidak terlalu lama.
Idealnya, hadkan tempoh mandi antara 5 hingga 10 minit untuk memastikan kulit kekal bersih tanpa menghilangkan kelembapan semula jadinya.
GUNA PELEMBAP
Kulit kering boleh berpunca daripada pelbagai faktor, dan salah satu penyebab utamanya ialah penggunaan sabun yang tidak sesuai.
Ramai yang tidak sedar bahawa sabun badan yang digunakan untuk wajah boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit, menjadikannya lebih kering dan mudah teriritasi.
Oleh itu, penting untuk memilih produk pembersih yang lembut dan diformulasikan khusus mengikut jenis kulit bagi mengekalkan keseimbangan hidrasi sepanjang hari.
Oleh sebab itu, mulai sekarang pastikan menggunakan sabun yang mengandungi pelembap untuk menjaga kesegaran kulit. Apalagi khusus untuk sabun wajah, sebaiknya pilih yang mengandung tinggi pelembap.
PELEMBAP KULIT
Menggunakan sabun pelembap saja tidak cukup. Bila perlu, gunakan pelembap setelah mandi. Penggunaan pelembap kulit setelah mandi ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering sepanjang hari, apalagi ketika cuaca berubah-ubah seperti sekarang ini.
Ada banyak sekali produk pelembap kulit yang dijual di pasaran. Masing-masing tentu memiliki kebaikan tersendiri. Apapun pilihan kamu, pastikan pelembap tersebut mengandung banyak nutrisi untuk kulit.
Walaupun losyen pelembap dengan perlindungan matahari (sunblock) dapat membantu melindungi kulit, ia tidak bermakna anda boleh terdedah kepada panas berlebihan untuk tempoh yang lama.
Sinar ultraviolet (UV) bukan sahaja menyebabkan kulit kering dan bersisik, malah dalam jangka panjang, ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Oleh itu, setiap kali keluar rumah, lindungi diri dengan memakai topi, jaket, atau pakaian berlengan panjang agar kulit kekal sihat dan terpelihara daripada kesan buruk sinaran matahari.
TUBUH CUKUP MINERAL
Secara semula jadi, lebih daripada 70% tubuh manusia terdiri daripada cecair, menjadikannya asas utama dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Apabila tubuh mengalami kekurangan hidrasi, kesannya boleh dirasai dengan cepat—kulit menjadi kering, bersisik, mudah merekah, dan dalam keadaan lebih serius, boleh mengalami iritasi serta mempercepatkan tanda-tanda penuaan.
Justeru, pastikan tubuh sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi agar kulit kekal lembap, segar, dan anjal sepanjang hari.
Untuk memastikan kulit kekal lembap dan sihat, tingkatkan pengambilan air putih setiap hari. Sepanjang bulan puasa, jadikan waktu sahur dan selepas berbuka sebagai peluang terbaik untuk mengisi semula keperluan cecair dalam badan. Dengan amalan ini, kulit akan kekal segar, anjal, dan terlindung daripada masalah kekeringan.
JAUHI ROKOK
Merokok bukan sahaja membahayakan paru-paru, tetapi juga memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Kajian oleh Harvard University mendapati bahawa asap rokok boleh mengurangkan kelembapan kulit, menjadikannya kering, kusam, dan mudah merekah.
Lebih membimbangkan, pendedahan berterusan kepada asap rokok turut mengganggu pengeluaran minyak semula jadi kulit, menyebabkan kulit kehilangan perlindungan semula jadinya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan betapa banyak kotoran yang terkumpul di wajah anda selepas mengharungi hari yang panjang melakukan pelbagai aktviti.
Apatah lagi kita tinggal di negara bercuaca tropika yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.Dan juga dengan musim panas yang sedang melanda negara yang seakan tiada penghujungnya.
Jadi apa alasan anda untuk tidak menjaga kulit wajah dengan mencucinya sebelum atau selepas tidur?
Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.
Lebih teruk jika pulang sahaja ke rumah, anda tak mandi. Malah wajah langsung tak dibersihkan. Awas, jangan amalkan tabiat ini. Anda seharusnya bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima sebab mengapa anda perlu cuci wajah sebelum atau selepas bangun.
ELAK BAKTERIA
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
KURANGKAN JERAWAT
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
PROSES REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KULIT SENTIASA LEMBAP
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.