Seiring bertambahnya usia, kebanyakan orang mula menghadapi cabaran dalam mengekalkan ketajaman ingatan dan kejelasan minda. Kehilangan ingatan dan kesukaran dalam kognisi adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal, tetapi terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk melatih minda agar tetap cergas dan mengurangkan risiko menjadi pelupa.
Membaca buku, artikel, atau bahan bacaan lain merangsang minda dan meningkatkan pengetahuan. Aktiviti ini membantu mengekalkan fungsi kognitif dengan merangsang otak untuk berfikir secara kritis dan analitis. Menulis, sama ada menulis jurnal, cerita pendek, atau artikel, juga boleh membantu melatih minda. Ia memerlukan pemikiran yang mendalam dan kemampuan untuk menyusun idea dengan jelas, sekaligus membantu anda untuk tidak menjadi seorang yang pelupa.
Permainan seperti catur, teka-teki silang kata, Sudoku, dan permainan memori adalah cara yang hebat untuk melatih otak. Permainan ini memerlukan penggunaan logik, strategi, dan pemikiran kritikal, yang semuanya baik untuk kesihatan mental. Dengan kerap bermain permainan minda, otak akan tetap aktif dan tajam.
Mempelajari sesuatu yang baru, seperti bahasa asing, alat muzik, atau kemahiran teknikal, dapat membantu menjaga otak aktif. Proses pembelajaran merangsang neuron dan mencipta sambungan baru dalam otak, yang penting untuk menjaga ketajaman mental. Selain itu, mempelajari kemahiran baru juga dapat memberikan rasa pencapaian dan kepuasan diri.
Latihan fizikal bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk minda. Senaman membantu meningkatkan aliran darah ke otak dan merangsang pengeluaran bahan kimia yang meningkatkan kesihatan otak. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berenang, atau yoga dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi kognitif.
Kegiatan sosial dan interaksi dengan orang lain adalah penting untuk kesihatan mental. Berbual dengan rakan, ahli keluarga, atau menyertai kelab atau kumpulan sosial dapat membantu menjaga minda aktif. Interaksi sosial merangsang otak untuk berfikir dan bertindak balas, serta meningkatkan mood dan mengurangkan risiko kemurungan.
Pemakanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Makanan yang kaya dengan antioksidan, vitamin, dan asid lemak omega-3, seperti ikan berlemak, beri, kacang, dan sayuran hijau, dapat membantu menjaga kesihatan otak. Minum cukup air dan mengelakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan gula juga penting untuk fungsi otak yang optimum.
Meditasi, yoga, dan teknik bertenang lain dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fokus serta konsentrasi. Dengan mengamalkan meditasi secara konsisten, otak dapat belajar untuk beristirahat dan mengatur emosi dengan lebih baik. Ini penting untuk menjaga keseimbangan mental dan mengurangkan risiko penurunan kognitif.
Menjaga minda tetap cergas dan mengurangkan risiko menjadi pelupa di usia tua memerlukan usaha berterusan. Melalui aktiviti seperti membaca, bermain permainan minda, belajar kemahiran baru, bersenam, berinteraksi sosial, menjaga pemakanan yang sihat, dan mengamalkan meditasi, kita dapat membantu melindungi fungsi kognitif dan menikmati kehidupan yang lebih aktif dan memuaskan. Oleh itu, adalah penting untuk memulakan langkah-langkah ini seawal mungkin dan menjadikannya sebahagian daripada rutin harian.
Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda. Begitu juga hal penjagaan rambut.
Terdapat pantang-larang yang mesti anda ikut agar rambut anda akan kekal sihat dan mengelakkan daripada berlakunya masalah-masalah rambut terutamanya rambut gugur. Mengapa pantang-larang seperti ini wujud? Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, di mana ia bermaksud kita mesti elakkan daripada masalah itu berlaku dahulu sebelum ia terjadi.
Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik. Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.
Jangan basuh rambut guna air panas
Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.
Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D
Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
Bersenam
Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.
Elakkan stres
Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.
Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan
Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.
Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia
Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak tujuh tahun lalu, pelakon senior Kenji Sawahi mengakui dia sudah belajar mendalami agama Islam bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.
Oleh itu, pemilik nama sebenar Lim Boon Wah itu berharap memperoleh hidayah daripada Allah, demikian lapor Harian Metro.
Kenji dengan rela hati belajar mendalami Islam kerana minat yang mendalam terhadap agama itu
Dia juga tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.
“Sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal,” katanya.
Sudah Biasa Dengan Masyarakat Islam Sejak Kecil
Ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.
Oleh itu, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis.
“Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.
“Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.
“Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan,” katanya.
Tiada Penyakit Kronik Di Usia Emas
Kenji tuurt meluahkan rasa syukur kerana Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepadanya dan rezeki tidak putus dalam lakonan meskipun kini berstatus warga emas.
“Syukur saya masih sihat dan tiada penyakit tiga serangkai itu (kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung). Pada usia yang sudah ’emas’ ini, saya memang menjaga pemakanan harian serta bersenam untuk kesihatan.
“Lagi pun, saya tidak suka orang panggil lelaki yang sudah berumur macam saya ini warga emas sebab saya masih kuat, sihat, bertenaga, aktif dan boleh bekerja,” katanya yang masih tenang hidup membujang.