Tidak dinafikan sebagai lelaki kita seringkali dirujuk oleh pasangan untuk menentukan apakah menu makanan setiap hari. Begitu juga dengan aktiviti di hujung minggu yang kadangkala boleh buat kita berasa tiada idea. Usah risau, MASKULIN ada di sini untuk kongsikan 5 aktiviti menarik anda boleh lakukan bersama pasangan di hujung minggu.
Selepas sibuk selama dari Isnin hingga Jumaat bekerja, menghabiskan masa bersama pasangan di hujung minggu adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan. dan mencipta memori indah bersama.
Lebih menarik lagi jika 5 aktiviti yang MASKULIN kongsikan dibawah ini tidak memerlukan anda tidak perlu berbelanja besar pun. Paling penting ia menyeronokkan bukan sahaja untuk anda tetapi paling penting untuk pasangan!
Dari perut turun ke hati! Itulah satu perkara magikal tentang makanan kerana ia mampu menghadirkan mood yang baik untuk seseorang. Mendaftar ke kelas memasak merupakan salah satu cara menyeronokkan untuk belajar sesuatu yang baru bersama pasangan.
Pilih kelas yang menawarkan resipi yang anda berdua minati. Sebagai contoh mungkin masakan Italia atau sushi, dan nikmati proses memasak bersama.
Aktiviti ini bukan hanya tentang memasak, tetapi juga tentang bekerja sebagai satu pasukan dan menikmati hasil masakan anda bersama-sama.
Ini juga anda jadikan aktiviti tetap sekali setiap bulan. Salah satu contohnya ialah Asian Cooking Class yang bakal diadakan 18 Mei 2024!
Berdua di kawasan lapang sambil menikmati pemandangan tasik bersama air teh dan kek melazatkan memang satu aktiviti digemari oleh wanita. Sesekali anda sebagai lelaki tunjukkan usaha sedikit dengan mengatur aktiviti piknik. Berikan pasangan kejutan yang dia sendiri tak sangka.
Pilih taman yang tenang dengan pemandangan yang indah, bawa beberapa makanan kegemaran anda, selimut untuk duduk, dan beberapa permainan ringkas seperti frisbee atau kartu.
Ads
Piknik bukan sahaja memberi anda kesempatan untuk menikmati makanan bersama tetapi juga membolehkan anda berbual dan menikmati kebersamaan tanpa gangguan teknologi dan kesibukan harian.
Menonton Konsert Anime
Anime kini bukan hanya menjadi kegilaan lelaki sahaja. Siapa sangka pasangan anda mungkin lebih ‘hardcore’ minatnya kepada anime berbanding anda.
Konsert yang memainkan lagu-lagu anime merupakan salah satu acara yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi memberikan memori yang luar biasa buat anda dan pasangan yang sama-sama turut menyanyi bersama penonton yang lain.
Salah satu acara konsert anime yang bakal diadakan ialah ‘Musical World of Anime Charity Concert’ yang bakal diadakan pada Sabtu, 18 Mei 2024 bertempat di The Gardens Theatre, Midvalley.
Ads
Levi’s Pit Stop Paradise
Aktiviti melibatkan fesyen juga boleh menjadi perkara cukup menyeronokkan untuk anda dan pasangan. Sebagai contoh pada 11 Mei 2024, Levi’s Malaysia menganjurkan ‘Pit Stop Paradise’ di mana pelbagai aktiviti boleh anda sertai.
Jenama denim terkenal seantero dunia ini bakal menganjurkan program ini di butik Levi’s terbaru di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Di antara aktiviti yang boleh anda dan pasangan sertai adalah Levi’s Runaway & Style Workshop bersama jurugaya terkenal, Azrul Samzard.
Menerusi bengkel ini, Azrul akan berkongsi tentang tip bagaimana untuk memastikan penampilkan anda dengan seleksi pakaian Levi’s.
Azrul Samzard
Selain itu, aktiviti ‘Make it Your Own’ bersama artis graffiti Cloakwork pula membolehkan anda sama-sama mengekspresikan diri dengan seni graffiti pada denim mengikut daya kreatif masing-masing.
Levi’s Malaysia turut menawarkan servis percuma untuk anda melakukan kustom di Levi’s Tailor Shop pada seluar jean yang dibeli.
Sepanjang aktviti berlangsung juga anda dihiburkan oleh dua orang DJ secara langsung iaitu DJ Megan dan DJ Kingston.
Levi’s Tailor Shop
MASKULIN difahamkan aktiviti ini terbuka buat semua pengunjung Levi’s di The Exhange TRX dengan ahli Levi’s Red Tab boleh menikmati lima peratus diskun untuk semua barangannya pada 11 Mei 2024 sahaja.
1.Suami orang ni lebih matang, mereka juga tahu apa yang mereka kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Semenatara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu.
2. Suami orang ni lebih memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai “life in the moment” dan lebih memikirkan keseronokan sementara. Selain memang dah stabil, laki orang memang tahu mereka memang mampu untuk pasang lebih dari seorang!
3. Suami orang ini juga suka mendampingi wanita yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda pula biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting.
4. Biasanya laki orang ni tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah! Selain itu mereka sudah banyak pengalaman bercinta dengan ramai wanita sebelum ini juga.
5. Mereka tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial.
6. Suami orang ini biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian.
7. Mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung anda, antaranya:
Ikan
Antara pilihan ikan paling baik ialah salmon. Ikan ialah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang sihat. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti tuna atau sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, ambil salmon panggang bersama salad.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.
Serat boleh larut ini juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh ditambah hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi atau oren.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.
Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau segelas jus epal sehari.
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.
Pastikan dalam setiap hidangan tengah hari, masukkan sayuran hijau sebagai menu harian anda. Untuk mendapatkan mineral dan zat terkandung dalam sayuran hijau, elak daripada memasaknya terlalu lama. Sayur hijau juga boleh dimakan mentah seperti salad atau dijadikan ulam-ulaman.
Tomato
Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
Soya
Protein soya ialah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia membantu untuk mencegah penyakit jantung. Terdapat pelbagai makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe. Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas.
Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol. Anda boleh mengambil minyak zaitun satu sudu sehari sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan dalam masakan. Jika mampu gunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak lain dalam masakan.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat bagi menguatkan jantung. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh seperti roti perang dan bukannya roti putih.
Badam
Badam ialah jenis kacang yang mengandungi minyak menyihatkan seperti vitamin E bagi membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Avokado
Avokado kaya lemak tidak tepu dan berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh. Buah ini juga memungkinkan penyerapan karotenoid, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Amalkan makan avokado setiap hari bagi mendapatkan jantung yang sihat.
Beri
Semua jenis buah berasaskan beri seperti blueberi, raspberi dan strawberi kaya antioksidan dan berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Amalan pengambilan setiap hari menguatkan jantung sekali gus mengelak daripada serangan jantung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun sudah tiga tahun berlalu, Awal Ashaari akui, sehingga kini dia masih terkesan dengan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.
Memetik kapsyen yang dimuat naik di laman media sosialnya, Awal, 37, bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus bernafas menyambung hayatnya meskipun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan teruk dan remuk.
“Sejak kejadian tersebut, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mensia-siakan peluang kedua yang telah Allah berikan ini.
“Insiden itu juga telah menukar persepsi dan merubah diri saya buat selama-selamanya,” kata Awal memetik perkongsiannya yang disertakan klip video di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi pada 29 Mac 2015 itu, Awal hanya mengalami cedera ringan di bibir.
Pada masa itu, Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka bagi mengacarakan rancangan Melodi sempena Karnival Jom Heboh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.