Chear Global Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia memperkenalkan moped Ario 110.
Model itu dijana oleh enjin 107cc penyejukan udara, silinder tunggal, 4-lejang yang berupaya menghasilkan kuasa 4.8kW pada 7,500rpm dan tork 7Nm pada 5,500rpm.
Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan. Menerima pengiktirafan Euro3, Ario 110 dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz empat liter.
Selain itu, pelana Ario 110 didatangkan dengan pelana dua jahitan benang agar lebih tahan lama dan tidak ketinggalan dilengkapi dengan bakul depan.
Ads
Ketua Pegawai Operasi Chear Global Sdn Bhd, Leong King Choon berkata moped baru dari CMC tersebut menawarkan reka bentuk terkini dan prestasi cemerlang dalam kelasnya.
“Pembangunan Ario 110 mengambil masa setahun setengah dan menjalani ujian tunggangan sejauh 15,000 kilometer.
Ads
“Ario 110 menggunakan model dari syarikat induk Guangzhou Haojin lalu kami lakukan modifikasi mengikut kehendak pengguna dan keadaan di Malaysia,” katanya.
CMC Ario 110 ditawarkan dengan peredam ekzos sporty dan rim tuang untuk keselesaan tunggangan bersama tayar tubeless.
Ads
Didatangkan dengan pilihan warna merah metalik dan hitam metalik, harga jualan Ario 110 ialah RM3,988 seunit (tidak termasuk GST). Untuk melihat dengan lebih dekat, Ario 110 akan berada di pusat jualan bermula esok.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai sebuah jenama automotif gergasi asal Jepun, Toyota sentiasa melihat jenamanya sebagai di antara perintis kepada kemajuan teknologi dan kejuruteraan unggugl.
Dari lensa pasarannya di Malaysia, UMW Toyota Motor dilihat sekali lagi mencatat pencapaian cukup mantap dengan mencapai jumlah penjualan bulanan sebanyak 10,931 unit. Ia merupakan pencapaian bulanan tertinggi dalam lima tahun terakhir.
Dari jumlah itu, sebanyak 10,709 unit merupakan jualan untuk Toyota manakala 222 unit lagi adalah untuk Lexus.
Pencapaian gemilang ini mendorong jumlah jualan tahunan mereka hingga Oktober 2023 kepada 87,422 unit, berbanding dengan 80,153 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, mewakili peningkatan sebanyak 9.1% dalam jualan tahunan untuk sepuluh bulan pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Komitmen UMW Toyota Motor dalam penyempurnaan proses pengeluaran di kompleks Bukit Raja dan Shah Alam terus membuahkan hasil dengan operasi yang lebih efisien dan peningkatan kapasiti.
Penambahbaikan terus dilakukan dalam proses CKD (Completely Knocked Down), menandakan tekad mereka untuk kecemerlangan dalam pengeluaran.
Kehadiran model Toyota Alphard & Vellfire 2023 menjadi lambang kejuruteraan yang tepat, mengimbangi kecekapan dan keanggunan. Enjin baharu 2.4L 16-valve DOHC dengan turbocharger dan intercooler memberikan prestasi unggul tanpa mengabaikan kemewahan yang menjadi ciri utama Toyota.
Sebagai komitmen untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMW Toyota Motor turut melancarkan pelbagai promosi di bulan November di bawah tajuk “Celebrate the Symphony of Lights”.
Pelanggan Toyota berpeluang mendapatkan pembiayaan sehingga 100% untuk model-model terpilih, dengan faedah promosi sehingga RM15,000 tersedia untuk pelbagai model Toyota, termasuk Vios facelift dan Toyota Yaris baharu. Program Toyota Service Savers turut ditawarkan dengan ansuran bulanan yang mudah bermula dari RM18.
Usaha memulihara alam sekitar menjadi fokus utama UMW Toyota Motor melalui penyertaan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS) di Hutan Simpan Kubang Badak, Langkawi.
Mereka berusaha mencapai matlamat menanam 12,000 pokok pada tahun 2023, dengan penekanan khusus kepada pokok bakau yang memberikan manfaat alam sekitar yang besar. Langkah ini sejajar dengan komitmen Toyota dalam mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, memperlahankan pelepasan CO2 dan membawa kepada masa depan yang lebih lestari.
UMW Toyota Motor sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menjana prestasi, inovasi, dan kesedaran alam sekitar dalam industri automotif. Dengan terus mencipta impak positif, mereka terus mempertahankan kedudukan cemerlang dalam landskap automotif global.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki kereta terpakai merupakan salah satu pilihan ramai orang terutamanya yang ingin merasa menggunakan kereta kelas premium.
Namun sejauh mana tahap kualiti kereta terpakai yang dijual pastinya menjadi perkara cukup dirisaukan pengguna.
Bagi Ingress Swede Automobile, mereka menawarkan solusi tersebut. Tawaran terbaharu menerusi program Volvo SELEKT beroperasi di Mutiara Damansara.
Ia menyaksikan pelbagai seleksi kereta mewah terpakai Volvo ditawarkan. Program ini menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh.
Volvo SELEKT menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia.
Mereka turut menjanjikanperkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.
Menurut Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, Rabian Ab Rahman, “Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.
“Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra- milik Volvo SELEKT,” jelasnya lagi.
Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.
Ia juga hadir dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.
Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:”
▪ Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan di bawah program Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan peningkatan perisian terkini, memastikan mereka berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk dinikmati oleh pemilik baru.
▪ Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan di bawah program SELEKT akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan.
▪ Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Kenderaan Volvo SELEKT juga dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun.
▪ Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKTS yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci, demi memastikan pelanggan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang kenderaan mereka.
▪ Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tayar kereta tersangkut atau tersekat dalam lumpur sering kali terjadi, terutama ketika anda memandu di jalan dan kawasan yang berlumpur selepas hujan.
Bagi yang tidak berpengalaman, keadaan ini boleh mencetuskan panik. Namun, jangan risau! Terdapat beberapa teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini tanpa memerlukan bantuan yang besar. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil!
Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.
Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.
Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.
Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.
Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.