Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak.

Personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati. Anda mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bagi anda yang bukan peminat bola sepak, pasti tidak begitu mengenali insan hebat ini. Maka dengan itu, kami kongsikan beberapa sikap sebenar Cristiano Ronaldo yang mungkin masih belum diketahui umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

1. Menderma kepada NGO

Ronaldo dilaporkan turut membayar kos rawatan pembedahan untuk kanak-kanak yang sakit dan melawat mereka di hospital.

2. Suka cabaran

Selama pembabitan lelaki ini menerusi dunia bola sepak, Ronaldo telah pun bersama-sama dengan beberapa kelab bola sepak dunia, iaitu Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab bola sepak Al-Nassr yang berpangkalan di Arab Saudi dan juga bermain untuk pasukan kebangsaan Portugal. Dia sering mencari cabaran baru untuk menambah baik prestasi permainannya. Sasarannya untuk menjadi yang terbaik dalam setiap liga yang disertainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

3. Tidak mencacah tatoo

Di saat ramai pemain bola yang mencacah tatoo di badan mereka, Ronaldo menolak kerana mempunyai sebabnya tersendiri. Dia menderma darah dua kali setahun, dan kerana itu pemain bola speak terkenal dunia ini tidak mahu mencacah tatoo di tubuhnya.

IKLAN

4. Janji kepada mendiang ayahnya

Pada tahun 2005, ayahnya meninggal dunia kerana penyakit kanser dan janjinya kepada mendiang, dia akan menjadi seorang pemain bola sepak terbaik dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

5. Kekal konsisten

Setiap pemain mempunyai masa sukar mereka, walaupun sering dikritik hebat, namun Ronaldo bangkit untuk memperbaiki permainannya. Disebabkan itu dia menjadi antara pemain terbaik dunia.

6. Utamakan keluarga

Dia meninggalkan bekas teman wanitanya, Irina Shayk kerana tidak menghormati ibunya. Bagi Ronaldo, ibunya adalah keutamaan dan segala-galanya. Kini, dia telah menemui wanita yang memahami dan menyayangi keluarganya. Mereka dilihat sangat bahagia bersama.

IKLAN

Cristiano Ronaldo Sering Jadi Perhatian, 8 Rahsia Bintang Bola Sepak Ini!

7. Bantu dunia perangi COVID-19

Khabarnya, beberapa hotel milik Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19. Media antarabangsa mendakwa kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit juga akan ditanggung oleh bintang bola sepak terkenal itu.

Tidak salah sekiranya kita membantu individu yang susah jika berkemampuan kan? Jadi, disebabkann itulah Cristiano Ronaldo sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.

8. Jumlah pengikut antara paling tinggi

Cristiano Ronaldo juga menjadi individu yang mempunyai pengikut yang paling ramai di laman Instagram mengalahkan barisan selebriti terkenal dunia yang lain. Sehingga kini, Ronaldo mempunyai seramai 299 juta pengikut dari seluruh dunia.

IKLAN

Maka, tidak hairanlah sekiranya Cristiano Ronaldo menjadi antara individu yang berpengaruh di dunia kan?

BACA LAGI : Rambut Pendek Lebih Kemas! Lihat Gaya 9 Selebriti Ini Dengan ‘Buzz Cut’!

Artikel ini diambil dan diolah dari Remaja.

Sumber: (1)

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI